بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam | Ulam pucuk daun kari.. Pernah makan tak?

Kalau orang kampung, rasanya mungkin pernah makan... MF mula makan ulam pucuk daun kari ni sejak anak dara.. Pertama kali cuba, terus suka.. Rasa lemak dan wangi... Fuhh... Boleh bertambah nasi... Tambah sedap kalau ada sambal tumbuk kan..

Daun kari bukan sekadar perencah untuk wangi kan masakan, tapi ada khasiatnya yang tersendiri...

Banyak manfaat amalkan ulam pucuk daun kari... Sebab banyak sumber nutriti semula jadi ada dalam daun kari.

Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.

Dan nutrisi ni baik untuk kulit dan usus...

Apa manfaat daun kari untuk kesihatan?

Ini khasiat daun kari jika selalu amalkannya.

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam

Inilah 15 Sebab Kenapa Daun Kari Sedap Berkhasiat dibuat Ulam


1. Mengatasi penyakit diabetes


Khasiat daun kari yang pertama adalah mengatasi penyakit diabetes. Siapa sangka jika daun wangi yang satu ini punya manfaat penting untuk menjaga kadar gula di dalam darah untuk mencegah diabetes.

2. Mencegah anemia


Hal ini didapatkan dari kandungan zat besi yang ada di dalam daun ini sangat bagus untuk menambah produksi sel darah merah dalam tubuh dalam mencegah anemia.

3. Penghilang letih

Daun  kari juga berkesan untuk meredakan keletihan. Jika memiliki kegiatan yang cukup padat, minumlah teh dari daun kari untuk kembalikan kesegaran tubuh.

4. Bagus untuk pencernaan


Fungsi daun ini iaitu akan membantu melancarkan pencernaan dan mencegah banyaknya gangguan pencernaan seperti susah buang air besar.

5. Rawat cirit birit


Khasiat daun kari untuk sistem pencernaan iaitu mengatasi penyakit cirit birit. Daun herbal ini akan menghentikan cirit birit secara semula jadi tanpa memberikan kesan sampingan pada sistem pencernaan.

7. Menambah selera makan


Nafsu makan yang tidak tinggi merupakan gejala gangguan kesihatan yang perlu diatasi segera. Masalah ini boleh diatasi dengan daun kari sebagai daun penambah selera makan.

Patut la semalam... Buat ulam masa tengah hari... Petangnya ku bantai lagi Sepinggan besar nasi... 😅😅😅

8. Meredakan muntah


Muntah yang tidak reda disebabkan kerana rasa mual yang menyerang perut. Untuk meredakan muntah,  boleh menggunakan daun kari. Daun yang satu ini akan menormalkan rasa mual di perut agar tidak menimbulkan rasa ingin muntah.

9. Ubat sembelit


Penyakit sembelit tidak perlu ubati dengan ubatan moden yang mungkin memiliki kesan sampingan. Cukup dengan menggunakan daun kari sebagai ubat, maka sembelit akan hilang dengan izin Allah.

10. Baik untuk kesihatan perut


Jagalah kesihatan perut mulai dari sekarang dengan memanfaatkan khasiat daun kari. Daun ini tidak akan membuat asid perut naik atau pun menimbulkan sakit perut. Manfaat daun wangi ini akan membuat perut terasa lega dan tak sebu.


Selain 10 manfaat dan khasiat daun kari untuk kesihatan, ada lagi 5 manfaat lain

5 Manfaat dan Khasiat Daun Kari:


  1. Mengatasi jangkitan kulit
  2. Ubat bisul
  3. Menyembuhkan luka
  4. Mengubati gatal-gatal pada kulit
  5. Mencegah penuaan kulit


Banyak kan khasiatnya..., rasa yang lemak dan wangi tu buatkan selera membuak... Dan penambah selera memang salah satu dari khasiat daun kari.

Kalau yang tak pernah cuba, boleh cuba.. Pasti memikat..

Sumber rujukan:
www.khasiat.co.id
www.harianmetro.com.my

6 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. boleh try ni.. banyak je daun kari kat rumah

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi makan Ulam Pucu Daun Kari ni. Tapi kalau masak kari guna daun kari memang wajib ada. Khasiatnya pun banyak. Voleh lah dicuba nanti Ulam ni.. TQ Kak MF

    BalasPadam
  3. tak pernah tau daun kari boleh dibuat ulam, biasa campur dalam masakan je, good sharing :D

    BalasPadam
  4. woww..tak pernah try lagi daun kari jadi ulam,selalu buat untuk masakan je...

    BalasPadam
  5. Mmg sedap daun kari dijadikan ulam ... ni mknan rutin sy dan suami stiap hri , bru sy tahu byk khasiatnya ye. Tq share info khasiat ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama