11 September 2018

Bihun Bodo

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tahu apa itu bihun bodo?

Bihun bodo tu, bihun goreng kosong... Takde campuran bahan lain...

Takde sayur, takde udang ke, ayam ke..  Takde... Yang ada hanya bahan asas dan guna bahan ringkas.

Bihun bodo ni senang, tapi kena juga tau teknik asas memasak untuk rasa yang ummmppp...

Bihun bodo ni paling sedap buat sarapan..  Minum petang pun ok...

Bihun bodo

Bihun bodo
Bihun bodo 

Bahan asas buat bihun bodo...

Bihun, cili kisar, sos cili, kicap, bawang merah dan bawang putih, gula dan garam sebagai perasa.. Optional kalau nak tambah telur atau tauge.

Cara memasak:

Tumis bawang hingga naik bau, lepas tu masukkan cili kisar, sos, kicap dan sedikit air untuk masak cili tu hingga betul masak.

Lepas masukkan telur dan kacau hingga telur hancur.. Masukkan gula dan garam. Akhir sekali masukkan bihun dan kacau rata. Siap dan hidangkan.

Memang kosong je bihun ni... Tapi Sedap sebenarnya...

Sekarang ni menu bodo-bodo macam ni yang sedap... Tak perlukan bahan yang banyak...

Yang penting...

Masak dari hati, masak with iman... Insha Allah .. Sedap... 

5 ulasan:

  1. ksian bihun tu dipanggil bodo..heheh.. sama la ida pun kdng ltk telur ngn carrot je.

    BalasPadam
  2. hahahahaha bihun bodo ni kalau makan time lapar terus terasa nikmat

    BalasPadam
  3. ye, betul tu.bihun bodo ke mee bodo ke nasi goreng bodo ke kalau masak dengan ikhlas dan ditambah dengan kasih sayang memang sedap betul jadinya.

    BalasPadam
  4. Sedap pulak nampak mee hoon tu..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^