GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Jenis Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Tua Sebelum Usia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



6 Jenis Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Tua Sebelum Usia | Tua.. Tak sesiapa ingin kelihatan tua... Kalau boleh nak sentiasa cantik dan kelihatan muda kan... 

Kalau boleh nak sorok umur sebenar di sebalik rias wajah. 

Tapi pernah tak orang teka umur kita.. Dan umur tekaan tu lagi tua dari usia sebenar... 

Terasa kan...

Tapi sebenarnya... Kulit kita akan kelihatan tua sebab dari cara hidup dan pemakanan kita sendiri.. 

Ada 6 Jenis Makanan dan minuman yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit kita... Terutamanya di wajah kita... 

Jika kita ambil secara berlebihan. 

6 Jenis Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Tua Sebelum Usia

6 Jenis Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Tua Sebelum Usia

1. Minuman bergula

Mempercepatkan kulit berkedut terutama di bahagian dahi. Gula ni bukan sahaja dalam minuman, tapi juga dalam makanan seperti kuih, pencuci mulut dan pemanis. Gula yang selamat ialah gula dalam buah-buahan.

2. Makanan berprotein tinggi

Makanan berprotein tinggi seperti telur, daging... Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan rambut kita beruban dengan cepat. 

So, tak boleh makanan ni ke?

Boleh tapi berpada-pada dan tak boleh berlebihan. 

Contohnya telur kan, ada yang kata ambil telur untuk diet, tapi kalau berlebihan protein pun tak bagus juga kan. 

3. Makanan berminyak

Makanan berminyak yang berlebihan akan menyebabkan kedutan di sekitar mata. Minyak memang perlu tapi kalau terlalu banyak memang akan menyebabkan tua sebelum usia.

4. Minuman bertenaga / isotonik

Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kerapuhan gigi. 

Nampak macam sihat kan... Tapi sebenarnya tak sihat... Sebab kandungan gula yang tinggi... 

5. Makanan tinggi garam

Seperti jajan, keropok lekor, jika berlebihan menyebabkan kulit kusam. 

Ikan masin dan makanan yang diawet juga mengandungi garam yang tinggi. Itu salah satu punca kulit kusam dan menyebabkan tua sebelum usia.

6. Minuman beralkohol. 

Yang ni memang haram bagi umat Islam... Tapi kesannya bagi meminum akan menyebabkan kulit kering. 

Jadi, jauhi minuman yang haram bagi umat Islam ya.. 
6 Jenis Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Tua Sebelum Usia
Sumber: Instagram

Dan untuk jenis yang lain kena kawal supaya tak berlebihan. 

Makan ikut piramid makanan lebih baik... 

Amalkan minum air kosong dan kurangkan makanan berminyak, bergaram dan minuman bergula bukan untuk kurus sihat tapi untuk kulit sihat dan awet muda... 

Jadi, 6 jenis makanan dan minuman yang menyebabkan tua sebelum usia ni kita elakkan atau kurangkan. Untuk kesihatan di kala berusia dan kelihatan awet muda. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ