GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

BAHAGIANYA HIDUP INI

BAHAGIANYA HIDUP INI.


Pesan seorang teman, jika kita hendak bahagia kita kena belajar menerima kekurangan yang kita ada. Jangan tengok orang yang ada-ada tapi cuba tengok orang yang tak ada-ada.

Mereka bahagia dengan cara mereka. Tidak risau dan tidak gelisah, pancaran kepuasan jelas di wajah mereka.  Memang betul bila hati sudah mula redhai apa yang kita miliki maka hilanglah segala hasad dunia di hati kita. Dulu gaji kita kecil, itu yang kita makan dan kini gaji semakin besar, itu juga yang kita makan.

“Yang namanya kaya (ghina’) bukanlah dengan banyaknya harta (atau banyaknya kemewahan dunia). Namun yang namanya ghina’ adalah hati yang selalu merasa cukup.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Namun Islam tidak melarang untuk kita mencari harta kerana Islam tidak mengalakkan ummahnya meminta-minta. Hanya 3 orang yang dibolehkan meminta berdasarkan hadith sahih.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِى الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا

“Wahai Qobishoh, sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali untuk tiga orang:

(1) seseorang yang menanggung hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melunasinya.

(2) seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sandaran hidup, dan

(3) seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya berkata, ‘Si fulan benar-benar telah tertimpa kesengsaraan’, maka boleh baginya meminta-minta sampai mendapatkan sandaran hidup.

Meminta-minta selain ketiga hal itu, wahai Qobishoh adalah haram dan orang yang memakannya bererti memakan harta yang haram.” (HR. Muslim no. 1044)

Jom bahagiakan hati kita. Wallahua'lam.
Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

0Ulasan