Syurga seorang wanita - Maria_Firdz

Maria_Firdz

Info | Motivation | Lifestyle | Review

13 Julai 2018

Syurga seorang wanita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Syurga seorang wanita

Syurga seorang wanita
Syurga seorang wanita
-sumber: google images-

Syurga seorang wanita adalah ketika dia menjadi seorang hamba,
selalu dapat menjaga diri dan taqwanya.
Berhijab, bersikap dan beribadah sesuai tuntunan Allah dan teladan Rasulullah.
Selalu percaya bahawa Tuhan menyaksikan segala perbuatannya.
.
Syurga seorang wanita adalah ketika dia menjadi seorang anak,
selalu patuh dan taat kepada orang tuanya.
Selalu meminta ampunan Allah untuk Abi Uminya.
.
Syurga seorang wanita adalah ketika dia menjadi saudara,
dapat menjadi teladan dalam hal agama dan sikap.
Selalu mencontohkan yang baik bagi kakak adiknya
.
Syurga seorang wanita adalah ketika dia menjadi seorang sahabat,
dapat membuat tenteram sahabat-sahabatnya dan sentiasa mengingatkan mereka kepada kebaikan.
Selalu memberikan sedekah terbaik, senyuman tulus yang bersumber dari dalam hatinya yang paling dalam
.
Syurga seorang wanita adalah ketika dia menjadi seorang isteri,
ikhlas menerima nafkah dan kebaikan dari suami sebagai sebuah kurnia.
Selalu mendoakan agar ketua keluarga mendapatkan nafkah halal untuk diri dan anak-anaknya dan taat pada suaminya
.
Syurga seorang wanita adalah ketika dia menjadi seorang ibu,
menjadi madrasah pertama dan sahabat termulia untuk anak-anaknya.
Selalu lembut sikap dan perilakunya agar buah hatinya tumbuh dalam iman yang kukuh kepada Rabbnya.
.
Wanita adalah tumpuan peradaban dunia.
Dia adalah puncak dari semua.
.
Sahabat muslimahku, tirulah
kesucian Maryam,
copylah kecerdasan Aisyah,
ambillah kemurahan hati Fatimah,
terapkanlah kesabaran Asiah.
dan teladani ketulusan Khadijah.
.
Semoga semua wanita yang membaca tulisan ini adalah wanita ahli Syurga,
wanita yang dirindukan Syurga,
wanita yang dicemburui bidadari Syurga.
Apapun peranannya kini, dia adalah pembawa cahaya bagi sekitarnya.
Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^