18 Julai 2018

Perbezaan SST dan GST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perbezaan SST dan GST | Isu besar yang menjadi perdebatan masa kini...

Ada yang faham gini, ada yang faham gitu...

Berdasarkan dari sumber yang boleh dipercayai...



sedikit pencerahan ..

1. Negara kita pernah melaksanakan SST sebelum GST dikuatkuasakan pada April 2015. SST ni apa? SST ialah Sales Tax and Services Tax: dua komponen yang berbeza.
a. Sales Tax dikenakan ke atas pembuat barangan ketika barang itu dijual.
b. Services Tax dikenakan ke atas pembekal perkhidmatan seperti restoran dan hospitaliti.

2. Pada waktu itu, kadar Sales Tax ialah 5%, 10% dan 15%. Ia berbeza mengikut jenis barang, misalnya kereta 10% dan rokok, arak 15%. Manakala Services Tax berkadar 6%.

3. Siapa yang wajib bayar SST? Dua pihak sahaja iaitu pembuat barangan (pengilang) dan pembekal perkhidmatan (talikom, tnb, hospital dan yg sewaktu). Jadi, cukai hanya dikenakan pada satu peringkat sahaja. Misalnya, pembuat kasut menjual kasut kepada pemborong kasut. Jika harga kasut itu ialah RM10 dan Sales Tax ialah 10%, maka pembuat kasut akan jual kepada pemborong kasut pada harga RM11.00 (RM10+1). RM1 itu akan dibayar kepada kerajaan.

4. Begitu juga jika kita makan di KFC, McD misalnya, maka kita kena bayar Services Tax. Menurut Menteri Kewangan, Services Tax akan dikenakan pada kadar 6%. Maka, sepatutnya, harga bagi perkhidmatan sama sahaja seperti era SST lama, GST dan SST baharu. Sebab, rate bagi 3 zaman tersebut adalah sama. Jika ada kenaikan harga, itu adalah disebabkan oleh faktor yang lain.



Perbezaan SST dan GST

Setahu MF yang kurang ilmu ni, SST telah dilaksanakan sejak dahulu lagi..  Semasa perlaksanaan GST, SST tidak dihapuskan...

Peniaga amat merasai beban GST berbanding kita pengguna biasa ni... Ini pengalaman kami sebab selalu berurusan dengan pengeluar dan pengilang besar.

Apa pun... Cukai ni adalah satu sumber pendapatan negara untuk menampung kos pentadbiran yang ada.

Jika GST yang dikutip kita nampak hasilnya ke mana... Rasanya tidaklah rakyat terasa nak marah... Tapi, tak nampak sangat hasilnya tu ke mana...

Apa pun, moga GST kenangan lepas ni.. Jangan sejarah berulang kembali..

Tak payah bising sebab kalau bising di laman sosial, takde apa yang berubah...

Kita doa je yang baik-baik untuk negara kita.. Itu senjata kita yang paling kuat buat orang mukmin...

Hukum Kutip Cukai Dalam Islam

2 ulasan:

  1. Kita pun tak berapa faham sangat pasal sst ni. Tapi memang tahulah ia memang dah ada sebelum gst diwujudkan

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^