GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MOTIVASI PAGI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Bahagia akan datang apabila kita membahagiakan orang lain, jangan mengharapkan bahagia dari orang lain sebelum kita memberinya dahulu, orang yang belum merasa bahagia bermakna dia masih belum membahagiakan orang lain atau dia membahagiakan orang lain dengan mengharapkan balasan atau penghargaan, gembirakan orang lain dengan ikhlas terutama orang yang terdekat denganmu iaitu keluargamu sendiri dan sekitarnya.

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Bermulanya dengan satu tapak maka terciptalah pengalaman dan cabaran untuk menaiki tangga tangga yang lain dan setelah sampai di puncaknya maka akan tersenyum lah kamu meraihkan kejayaanmu itu.

Ketahuilah tidak ada lift untuk berjaya, jika kita menanam pokok dan kita mengharapkan berbuah pada keesokkan hari adalah mustahil, segalanya memerlukan proses, kita harus melalui proses demi proses supaya mematangkan diri untuk terus hidup walaupun terkadang dilihat menyakitkan namun akan manis akhirnya.

Allah akan sentiasa mengikut sangkaan hambanya. Hati-hati dengan apa yang anda fikir dan rasa kerana yang mana logic sama ada baik atau buruk, semua akan menjadi kenyataan.

Cepat atau lambat bergantung kepada emosi yang disertakan semasa berfikir atau rasa kepada sesuatu perkara itu secara berulang didalam fikiran dan rasa anda sendiri.

Oleh itu berhati hati apa yang dirasa dan difikirkan kerana semua itu adalah doa dan musuh yang paling utama adalah dirimu sendiri juga, berjuanglah dengan penuh gagah sehingga kamu berjaya didunia dan akhirat.

1Ulasan

  1. Betul tu.. Bahagiakan org lain, insyaallah kita juga akan bahagia :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ