GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Adakah Kita Termasuk Dalam Golongan Asi?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Adakah Kita Termasuk Dalam Golongan Asi? | Asi, mungkin janggal istilah ni... ada yang tau mungkin ada yang tak tau...

Jom kita belajar apa itu ASI?

Siapa golongan Asi?


Adakah Kita Termasuk Dalam Golongan Asi?

Maksud Asi :

Asi dari sudut Bahasa Arab ialah orang yang melanggar perintah.
Dari sudut istilah, Dr.Abdul Karim Zaidan menyatakan orang asi ialah “sesiapa yang mempunyai asas iman iaitu ikrar dengan syahadah tetapi mereka tidak menunaikan hak-hak syahadah tersebut, mereka melanggar beberapa perintah syarak dan mendatangi larangan-Nya.

Asi juga bermaksud orang-orang yang derhaka kepada Allah.
Orang- orang ini percaya kepada Allah tetapi melakukan dosa dengan sengaja (sama ada dosa kerana melakukan larangan mahupun dosa kerana meninggalkan perintah Allah).

Orang seperti ini tidak ada rasa penyesalan, bahkan menentang segala akibatnya tanpa rasa takut mendapat balasan (ancaman dari Allah).
Ia melanggar batas-batas ketentuan Allah. Ia selalu melakukan maksiat dan tidak mahu bertaubat.

Golongan yang termasuk golongan asi ialah:


  • Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.
  • Orang yang mengingkari ayat-ayat Allah.
  • Orang-orang yang tidak mahu memutuskan hukum dengan hukum Allah.
  • Orang yang melupakan Allah.
  • Orang yang menuduh wanita baik-baik (muhsanah) berzina tanpa bukti.
  • Orang yang melakukan kezaliman.

golongan maksiat
Adakah Kita Termasuk Dalam Golongan Asi?

Ancaman Allah kepada orang yang melakukan maksiat:

Setiap kemaksiatan dan kederhkaan akan tercatat dan tersimpan dalam sijjin.
Sijjin adalah sebuah kitab yang khusus mencatat segala perbuatan orang-orang yang derhaka. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka jahim.

Sebab berlaku maksiat

Lemah Iman

Kadang-kala iman menjadi lemah dan berterusan dalam keadaan lemah dan ditipu dengan bisikan hawa nafsu dan hasutan iblis.

Iman menjadi lemah apabila seseorang melupakan Allah dan tidak berzikir atau mengingati-Nya. Lalai daripada mengerjakan ibadah, tidak mempelajari ilmu yang meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap agama Allah.

Jahil

Faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya maksiat adalah jahil.

Orang yang dinyatakan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud, “Sesungguhnya taubat itu hanyalah untuk orang yang mengerjakan amalan- amalan kejahatan dalam keadaan jahil, dan mereka bertaubat dengan segera, merekalah yang Allah terima taubat mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana”.

Ibn Al-Kathir menyatakan, “Berkata Mujahid dan ramai ahli ilmu, setiap orang yang melakukan maksiat sama ada secara sengaja atau tidak, adalah orang yang jahil sehinggalah dia berhenti melakukan dosa tersebut.

Kejahilan yang dimaksudkan di sini bukanlah kejahilan akal berkaitan hukum perlakuan tersebut, tetapi yang dimaksudkan adalah kejahilan hati, perasaan, minda dan roh berkenaan keagungan Allah, uluhiyyah, rububiyyah, nikmat kurniaan Allah dan kejahilan berkaitan kehinaan diri manusia yang sepatutnya membawa ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah.

Orang yang melakukan maksiat adalah jahil daripada sudut ketiadaan perasaan sensitif serta  takutnya pada ancaman Allah ke atas dirinya dan mudarat yang menimpa akibat perbuatannya sejak di dunia ini lagi.

Cara Mengelak Dari Melakukan Maksiat (Perkara Yang Dimurkai Allah)


  • Sentiasa mengingati Allah dan bertakwa kepada-Nya di mana sahaja seperti zikir.
  • Sentiasa membawa Al-Quran dengan mentadab’burkan maknanya serta mempelajari hadis-hadis Rasulullah. Sekarang dah ada aplikasi al-Quran yang boleh didownload secara percuma di smartphone masing-masing.Tiada masalah nak membaca dan beribadah dengannya.
  • Sentiasa menambahkan ilmu berkenaan Islam serta mengulang kajinya secara berterusan. Boleh join banyak channel telegram yang berfaedah untuk menambah ilmu agama di mana sahaja. Contohnya channel Channel Jalan-jalan Cari Ilmu
  • Sentiasa menghubungkan segala ilmu keduniaan dengan konsep tauhid dan prinsip syariat Islam.
  • Segera bertaubat kepada Allah apabila tersalah melakukan sesuatu perkara maksiat walaupun dianggap kecil. Jangan pandang remeh dengan dosa kecil.
  • Sentiasa beristigfar dan memohon keampunan Allah pada setiap hari dan setiap masa. 
  •  Mengenali tipu daya syaitan dan cara mengatasinya.
  • Sentiasa berfikir berkenaan kebesaran dan segala sifat keagungan Allah dengan membabitkan alam semesta ciptaan Allah. Bermusafir, hiking antara aktiviti yang mendekatkan diri kita dengan ciptaan Allah.


1Ulasan

  1. terima kasih di atas perkongsian. semoga kita tidak tergolong dari golongan asi. semoga dilindungiNya..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ