GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 Khasiat Beras Perang Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


9 Khasiat Beras Perang Yang Mungkin Ramai Tak Tahu | Beras perang, tak sepopular beras basmathi atau beras harian biasa. Tak ramai jadikan beras perang sebagai makanan ruji, sebab tekak kita biasa dah dengan beras putih biasa tu...

Beras perang ni, banyak khasiatnya... MF tau beras ni sebab ianya popular sebab dijadikan makanan utama untuk bayi... Tapi MF tak pernah la cuba untuk anak sendiri... Tapi kalau makanan baby yang dah diproses, antara kandungannya ialah beras perang.

Apa khasiat beras perang???

9 Khasiat Beras Perang Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

9 Khasiat Beras Perang Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
9 Khasiat Beras Perang Yang Mungkin Ramai Tak Tahu


1. Kandungan Selenium Yang Tinggi

Beras perang kaya dengan selenium yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.

2. Kaya Dengan Manganese

Secawan beras perang memberikan 80 peratus keperluan galian mangan (manganese) tubuh kita. Ia membantu tubuh melaraskan lemak serta memberi kebaikan kepada sistem reproduktif (kesuburan) dan saraf.

3. Membantu Menurutkan Berat Badan

Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang. Jadi, bagus bagi yang nak diet sihat. Boleh beralih kepada beras perang.

4. Elak Risiko Sakit Jantung dan Kolestrol

Selama ni kita tau oat aje yang bantu kurangkan kolestrol dalam darah. Beras perang pun juga boleh juga. Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.

5. Kaya Anti-Oksidan

Selama ini kita cuma tahu anti oksidan ini terdapat pada buah-buah beri atau sayur-sayuran. Tapi sebenarnya kapasiti anti oksidan beras perang sehebat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. Tinggi Fiber

Ia kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.

 7. Stabilkan Paras Gula Dalam Darah

Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.

8. Sesuai Sebagai Makanan Bayi

Bijirin beras perang boleh dijadikan makanan bayi kerana padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber. Ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding dengan beras/nasi putih yang telah melalui proses penggilapan.Membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan dengan kandungan nutrisi. Lepas ni kena tukar kepada beras perang la nampaknya. Lagipun anak MF tu dah tak selera nak makan beras biasa dah.

9. Elak Jangkitan 'Candida Yeast'

Candida yeast adalah sejenis kulat yang hidup di dalam mulut dan sistem usus kita. Kandungan beras perang dikatakan dapat memulihkan sistem penghadaman atau usus yang sensitif daripada ‘pertumbuhan berlebihan’ organisma candida ini.

Terjemahan dari : www.vegkitchen.com


Memang bagus beras perang ni, tapi sepadan juga harganya.
Ada kata ianya tak sedap dan sedikit berbau...
MF tak pernah cuba lagi setakat ni...
Tapi bila baca khasiat ni, macam nak cuba untuk pertama kali nanti... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ