GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu! | Minggu lepas, berturut-turut MF ajar tajuk mandi wajib. Tajuk ni dah pernah diajar tapi biasalah, kena ulang semula sebagai ingatan dan ulangkaji. Sebabnya, kadang ada lagi yang tahu mandi wajib yang betul walaupun dah bersekolah menengah.

Mandi wajib ni penting... Silibus yang wajib diajar oleh guru di sekolah dan sepatutnya tanggungjawab yang wajib bagi ibu bapa untuk diajar kepada anak-anak di rumah.

Mandi wajib salah satu komponen pendidikan seks dalam pendidikan Islam sebabnya, lima daripada enam sebab mandi wajib tentang haid, nifas, wiladah, keluar mani dan jimak itu berkaitan dengan pendidikan seks.

Jadi, bila sebut bab mandi wajib, mestilah MF tekankan bab haid sebab pelajar perempuan di sekolah harian biasa ni, kalau suruh solat kat rumah, alasannya ialah datang haid... sedangkan tak semua darah yang keluar tu adalah darah haid.

Bila MF terangkan bab pusingan haid dan cara kita kitaran haid, terang tentang darah istihadhah barulah diorang faham.

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu!
Beriya conteng kat whiteboard ajar bab mandi wajib dan haid... 😃

Dan ada juga pelajar risau bila tak datang haid. Biasalah remaja kan... Jadi MF terangkan juga sebab kenapa diorang tak datang haid atau haid lewat daripada biasa.

Mungkin ada juga dalam kalangan wanita yang dah berkahwin pun risau tak datang haid... Kalau dah kahwin ni, lewat datang haid fikir pregnant je la kan... tapi mengandung tu salah satu je daripadanya, ada 11 sebab lain kenapa haid lambat.

12 Sebab Lewat Datang Haid Yang Wajib Perempuan Tahu!

Tekanan

Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

Masalah kesihatan

Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan

Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin

Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, eloklah berjumpa dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan

Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid

Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Terlalu Gemuk

Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira

Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda adalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos

Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Ubat Pencegah hamil

Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil

Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

APA YANG ANDA PERLU BUAT SEKARANG?
Sekiranya anda hamil, buatlah temujanji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh membuat ulangan 2-3 hari kemudian dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimanapun, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.

Kredit: https://klinikdrjuhaidah.com/

Jalan selamat ialah jumpa doktor... Tapi bagi anak dara, tengok balik faktor diatas... cuba kurangkan faktor tersebut..

Semoga bermanfaat. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ