13 Jun 2018

KITA INGAT TAPI KITA LUPA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

KITA INGAT TAPI KITA LUPA.

Sumber: Google image 

Kita ingat, bila kita banyak duit, hati kita akan senang.

Kita ingat, bila kita banyak harta, kita akan hidup gembira.

Kita ingat, bila kita berpangkat tinggi, kita akan dihormati dan semua kata-kata kita dituruti.

Kita ingat, bila kita cantik, jodoh kita cepat.

Kita ingat, bila kita ada rumah besar, kita boleh tidur lena.

Tapi kita lupa:

Orang yang banyak duit, banyak tanggungjawabnya.

Orang yang banyak harta, banyak pula ujiannya.

Orang yang berpangkat, hidupnya dikawal.

Orang yang cantik, ada yang masih belum berkahwin.

Orang yang duduk rumah besar belum tentu lena tidurnya.

Tidak semua yang kita fikir itu betul hakikatnya. Kerana orang yang berada di dalam situasi itu sahaja yang mengetahui.

ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ

Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Hadid - 57:20)

Wallahualam.
Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu 

Senang kata... Syukur seadanya apa yang kita Ada. Sebab yang ada ni pun pinjaman semata bukan kita punya tapi Allah yang punya.

Jangan lihat apa yang orang lain ada, tapi syukuri apa yang kita dah ada. Insha Allah... Bahagia hati kita.

Ni nak raya ni. . Memang ramailah yang akan pertontonkan apa yang dia rasa nak pertontonkan. .

Tenangkan hati dengan syukur. Usah lihat kelebihan orang tapi kenangkan apa yang kita ada.

Hidup bukan untuk perbandingan tapi untuk disyukuri.

1 ulasan:

  1. setiap satu harta benda kita akan dipersoalkan nanti. kemana kita salurkan duit.. untuk siapa semuala.. T.T

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^