GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa di akhir Ramadhan 😢

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa di akhir Ramadhan 😢 | Lagi 3 hari Ramadhan akan berakhir...

Apa perasaan korang?

Sedih?
Gembira sebab nak raya?
Keliru?

Sememangnya dan sepatutnya kita patut sedih bila Ramadhan dah nak habis... Itulah tanda hati kita ada iman...

Kerana Ramadhan akan datang belum tentu kita sampai kepadanya.

Apa pun, ada baiknya kita banyak kan doa di akhir Ramadhan ini.

Antaranya, kita boleh doa begini...

Doa di akhir Ramadhan 😢
Doa di akhir Ramadhan 😢

Doa di akhir Ramadhan 😢

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Rahman.. ya Rahim

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dlm hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah, terimalah puasa kami dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan mu Ya Allah.. Sehingga Engkau  memenangkan kami dengan segala kebaikan yg dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan dibulan ini.

Selamatkan kami didalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian jua dengan rahmat Mu, golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) dimalam al-Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار؛
(سورة البقرة: ٢٠٠؛)

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمَعُ العَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَوَّابُ الرَّحَيْمُ؛
(سورة البقرة: ١٢٧؛)

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ؛

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

2Ulasan

  1. rasa sedih sbb ramadhan nak habis dan rasa gembira sebab nak berkumpul dengan family :') sha share eh doa ni

    BalasPadam
  2. sedihnya bila ramadhan dah nak berakhir..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ