Biskut Raya 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biskut Raya 2018 | Alhamdulillah.. Berlalu sudah 1 Syawal.. Esok dah 2 Syawal, sah boleh mula puasa enam... Tapi masih ramai semangat raya kan...

Tahun ni MF sekeluarga beraya di rumah sendiri di Johor. Alhamdulillah, tahun ni cuti raya sekali dengan cuti sekolah.. Jadi, insha Allah MF akan balik ke kampung di Kedah juga.. Moga dipermudahkan.

Disebabkan rumah sendiri... Jadi segalanya kena sediakan sendiri.

Tahun ni azam MF dan suami nak sediakan juadah kuih raya dari air tangan kami sendiri...

Gagah dan gigih lah kami buat kuih raya sendiri tahun ni.

Lepas 2 minggu baru datang mood buat kuih raya.

Biskut Raya 2018
Biskut Raya 2018 

Biskut Raya 2018 

Kuih pertama kami buat Semperit Dahlia susu. Tu pun sebab tengok TV... Baru mood tu datang.

Biskut seterusnya Biskut Jagung dan Keropok Laksa Cheese..  Hasil tangan suami.

Kemudian suami buat lagi biskut ovaltine...

Cukup 3 jenis.

MF rasa macam tak cukup... MF tambah pula dengan biskut sarang semut dan kek lapis masam manis.

Kemudian  beberapa hari lagi nak raya suami pula buat pula Cornflakes Madu Kismis...

Itulah biskut raya kami untuk tahun 2018. Ada juga beli.. Iaitu Tart Nenas Gulung tapi untuk makan sendiri je.

Ingat nak buat biskut Mazola tapi tak menang tangan dah .. Tambah dengan anak demam sehari sebelum raya.

Tapi gagahkan diri masak rendang dan serunding. Dan buat ketupat palas malam raya.

Alhamdulillah.. Puas hati masak sendiri... Lagi puas orang makan dengan seleranya...

Alhamdulillah..

Itulah kisah biskut raya untuk tahun 2018. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Assalamualaikum. SInggah sini. Dah lama tak blogwalking hihi. Apapun kuih raya nampak sedap...Kemain.

    ReplyDelete
  2. ray langsung tak sempat nak buat apa2 kuih heeee

    ReplyDelete
  3. seronok ade mood nak buat kuih.. kalo CT surrender dulu. takut tunggang langgang dapur mak =P

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^