Post Page Advertisement [Top]

kurung najwa 2017
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tips Elak Rendang/Serunding Cepat Basi | Rendang satu juadah raya yang wajib.

Biasa orang masak rendang sekali banyak. Bila masak banyak ni satu je risiko dia... Mudah basi.

Tapi ada beberapa petua yang boleh kita buat untuk elak rendang atau serunding.

5 Tips Elak Rendang/Serunding Cepat Basi

5 Tips Elak Rendang/Serunding Cepat Basi
5 Tips Elak Rendang/Serunding Cepat Basi

#1. Kerap panaskan.

Ini petua yang mudah. Rajin-rajin panaskan rendang atau serunding. Paling tidak macam makan ubat.   3 kali sehari... Tak perlu lama pun setiap kali panaskan tu... Cukup sekali menggelegak... Atau serata panas.. Sudah la..

Kalau serunding biar betul-betul kering... Insha Allah boleh berbulan tahan.

#2. Jangan tutup masa panas

Jangan tutup periuk atau kuali rendang ketika masih panas. Biar dah sejuk atau hilang wap panas baru tutup.

#3. Tumis rempah hingga masak

Tumis rempah rendang atau serunding hingga masak betul. Nak tau masak hingga pecah minyak... Kemudian baru masuk bahan-bahan lain.

#4. Masak santan.

Ini petua mak MF pernah bagi tau. Masak santan tu dulu... Lepas tu baru guna untuk buat serunding atau rendang.

#5. Simpan dalam bekas kecil dan masuk dalam peti

Ini tips yang boleh tahan berbulan... Dah siap. Masak, masukkan dalam satu bekas kecil untuk sekali makan atau hidangkan. Ambil satu bekas je untuk sekali panaskan. Jadi, yang bekas lain tak kan terusik. Cara ni lebih hygiene dan selamat.

Ok... Itu antara 5 petua atau cara nak bagi rendang atau serunding tahan lama. Rendang MF paling lama 3 hari je tahan. Bukan sebab basi masuk hari keempat tapi sebab dah habis makan... Kadang dua hari je dah habis... Hehe...

Semoga bermanfaat. 

2 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Bottom Ad [Post Page]