GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sepatutnya Macam Ni Cara Kita Sambut Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sepatutnya Macam Ni Cara Kita Sambut Ramadhan | Ramadhan semakin hampir. Moga kita sempat bertemu lagi dengan Ramadhan.

Sana sini orang masih sibuk bercerita pasal PRU14, hingga cerita Ramadhan tenggelam.

Masih tak kurang kisah 'bawang' PRU14...

Kutuk sana-sini...
Umpat dan fitnah tanpa rasa berdosa...

Sedangkan bulan rahmat dan pengampunan Allah semakin tiba...
Harap perbuatan dihentikan segera.

Tak kurang juga, ramai yang mula bercerita pasal raya...
Ada pula cerita tentang kuih yang beraneka...

Semuanya fikirkan dunia...
Sepatutnya, bagaimana cara kita nak terima kedatangan Ramadhan yang hampir tiba...

Ini yang sepatutnya kita lakukan bila Ramadhan hampir menjelma...

cara sambut ramadhan

Sepatutnya Macam Ni Cara Kita Sambut Ramadhan

Dari ustazah Norhafizah di IKIM.

#1. Syukur

Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah dibulan yang mulia ini

#2. Ucapan

Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan orang yang mendengar menjawab  "Allahu Akram"
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapannya "Allah lebih Mulia"

#3. Wajah Berseri

Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

#4. Hias Rumah

Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.

Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu...hiasilah diri dengan AMALAN  dan TAQWA

Tak salah fikirkan hal dunia, namun matlamat utama menuju Ramadhan jangan dilupa.

Moga Allah terima amalan dan ibadat kita di bulan yang penuh barakah dan bulan mulia.

Ramadhan Kareem untuk sahabat semua

Maaf Zahir Batin

0Ulasan