15 Mei 2018

Jadual Ganjaran Puasa Untuk Galakkan Anak Berpuasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jadual Ganjaran Puasa Untuk Galakkan Anak Berpuasa | Melatih anak berpuasa seawal usia sangat mencabar.

MF sendiri pun, bukan main banyak alasan dia nak berbuka tu... Godaan terbesar bagi si kakak ialah bila lihat adik dia makan... Hehe..

Tapi tahun bertekad nak cuba galakkan dia berpuasa... Tak penuh pun separuh hari.. Sekurang-kurangnya dia cuba berpuasa.

Jadi, MF terjumpa carta dan jadual Ganjaran Puasa ni. Dikongsi kan oleh rakan sejawat MF dari telegram.

Jadual Ganjaran Puasa Untuk Galakkan Anak Berpuasa

Jadual Ganjaran Puasa Untuk Galakkan Anak Berpuasa

Bagus jadual ni... Berikan ganjaran bintang atau seumpamanya yang menarik dia untuk berpuasa.

MF nak beli sticker hello kitty sebab kakak suka hello kitty..  

Harap kakak dapat puasa penuh dan solat cukup tahun ni.. Insha Allah... 

Bukan mudah nak didik anak zaman sekarang... Mencabar sungguh... Tapi, insha Allah.. Allah akan bantu.   Yakin tu... 

2 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^