GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok | Insha Allah... Esok, jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni semua orang dok tunggu...

Ada yang suka Ramadhan sebab ada tarawih, ada juga sebab banyak juadah.. Yang pasti anak-anak suka ramadhan sebab nak raya... Hehe..

Bila nak puasa, apa persiapan kita?

Kalau suri rumah biasanya akan fikir juadah lah... Tapi kalau kaum Adam pula, apa persiapan depa?

Dalam buat persiapan nak puasa kena ada panduan... Silap persiapan boleh datangkan sia-sia...

Jom ikuti beberapa panduan ini dalam membuat persiapan nak puasa...

15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok

15 Panduan Untuk Persiapan Puasa Esok

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypothalamus (otak dalam otak).

Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. hypothalamus yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypothalamus. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-laru berair. DONGENG.

Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

5. Selepas mandi, sebelum pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan selepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk  kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Selepas itu bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan renjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa masak malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.

13. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

14. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypothalamus. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

15. Tidur qailullah ( 1 jam sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas kulitnya (alamak, pernah buat ni). Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam

Sebelum sampai Ramadhan, berazam untuk berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan.

Kredit: Bahagian Dakwah JAKIM

Menarik sangat fakta ni... Siap ada bukti saintifik...

Bagus info ni kalau kita kongsi kan dengan anak-anak murid atau anak kita sendiri... Sebagai galakkan dan semangat supaya mereka tahu banyak manfaat puasa yang Allah perintahkan..

Semoga bermanfaat...

Selamat berpuasa semua... 

0Ulasan