GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jimat Banyak Beli Barang Anak Secara Online | Beli online dah sebati dengan diri ini... Jadi, bila ada sale memang tak kan lepaskan peluang.

Baru-baru ni Lazada buat sale sempena Baby Fair... Kebetulan pula masa tu Diapers anak hampir habis dan kat kedai yang selalu dok beli tu pun kehabisan stok. Ntah bila dia nak restock pun tak tau. Jadi, suami kata beli online la.. Laju je buka Lazada sebab tau ada Sale barangan baby..

Mencari lah Diapers jenama Genki..  Sebab Diapers tu hampir setanding dengan diapers jenama Mamypoko...

Shopping barang baby online


Alhamdulillah... Saiz yang dikehendaki ada sale... 3 bungkus pek besar saiz L50 baru RM89.90. Harga biasa dok beli kat kedai pun RM30.90.. Kalau darab 3 dah RM90 lebih dah. Jadi, harga tu murah sangat dah.

Nak lebih murah MF cari lagi kod diskaun di Google untuk dapatkan lebih penjimatan. Cari-cari, dapat satu kod diskaun RM10. Dapat lagi potongan harga RM10. Jumlah bayar hanya RM79.90. Murah sangat dah tu dari harga biasa.

Memang jimat banyak beli online bila ada sale begini... Cari yang free postage lagi jimat. Kalau Lazada memang biasa MF akan cari kod diskaun. Cuba satu persatu sampai dapat...

Susu anak pun MF beli kat Lazada juga. Yang ni beli sebab dapat kod diskaun dari Anmun Club. Rugi kalau tak guna... Sebab dapat jimat banyak juga. Biasa harga susu Anmum 1 tin besar 1.6kg harganya dalam lingkungan harga RM86 hingga RM90. dapat kod diskaun tu dapat la harga bawah RM80.

Cuma kecewa sikit bila tin tu kemek teruk bila sampai... Ni semua angkara pos laju Johor atau Kulai la punya kerja.  Ntah dia pijak ke apa barang tu... Sebab seller siap wrap tin susu tu dan buh plastik angin lagi dalam kotak... Nasib tak pecah je tin tu.

Beli online


Apa pun, isu ni akan dipanjangkan kat Lazada nanti... MF nak cadangkan kepada online seller ni... Buat macam nile.com. Pembeli boleh pilih jenis courier yang di orang nak guna... Asalkan courier tu dekat dengan pembeli dan pengguna... Kiranya dua-dua pihak senang nak pos dan nak terima barang. Jadi mudah.. Tak kan berlaku isu macam ni lagi kan.

Apa pun, MF memang suka beli online... Perkara macam tu tak menjadikan MF serik nak beli online pun... Sebab lebih jimat dan tak perlu nak penat buang tenaga cari barang. Tapi kalau barang tu ada je kat tempat tinggal MF ni, beli je la terus.. MF beli barang yang susah nak dapat dan harganya mahal dari biasa...

Kalau nak beli barang baby murah, boleh terjah Lazada dan Shopee yang memang tengah sale sekarang ni...

Sekian, 

5Ulasan

  1. sha pun suka beli online jugak haha kadang barang kat watson pun beli online je

    BalasPadam
  2. mmg nasib la klau dpt brg dah pecah lagi parah.. tapi mmg kdg2 beli onlinelebih murah dan jimat masa

    BalasPadam
  3. sayangnya kemek macam tu kan...gaknya diorang punggah ikut sempat je maria...nasib baiklah xterbukak susu tu...

    BalasPadam
  4. Dulu2 kak sha rajin juga shopping dr lazada.. tp ada sekali dua tu brg yg kak sha nak tak smpai.. terus beralih arah ke shopee..hehhe...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ