GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sebab Wanita Ini Diiktiraf Ahli Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sebab Wanita Ini Diiktiraf Ahli Syurga

Sebab Wanita Ini Diiktiraf Ahli Syurga
Sumber: Google images



عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قَالَ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَأَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ لَكِ أَنْ يُعَافِيَكِ قَالَتْ لَا بَلْ أَصْبِرُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ أَوْ لَا يَنْكَشِفَ عَنِّي قَالَ فَدَعَا لَهَا

"Ata' bin Abi Rabah menceritakan Abdullah bin 'Abbas pernah berkata kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan padamu wanita yang diiktiraf sebagai ahli syurga?" Aku (Ata') menjawab: "Ya!"

Abdullah bin 'Abbas menjawab: "Wanita berkulit hitam itu, kerana dia pernah datang bertemu Rasulullah SAW dan berkata: Aku sering dirasuk (kena gangguan hingga hilang akal) dan TERDEDAH AURAT."

Baginda SAW menjawab: "Sekiranya engkau bersabar, maka syurgalah ganjaranmu, sekiranya engkau mahu aku boleh mendoakan penyembuhanmu."

Wanita itu kemudiannya berkata: "(Kalau begitu, aku pilih) untuk sabar, TETAPI AKU RISAU (SEMASA SAWAN ATAU RASUKAN ITU) AURATKU AKAN TERDEDAH, MAKA DOAKAN AGAR AURATKU TIDAK TERSINGKAP (DILIHAT ORANG)." Baginda kemudiannya mendoakan permohonannya itu (Sahih al-Bukhari & Muslim).
 
- Wanita dalam kisah ini sangat tinggi sifat taqwa dan solehnya. Apa yang dirisaukannya adalah auratnya terdedah kepada mata manusia. Bandingkan pula dengan sesetengah Muslim yang sengaja mencari jalan agar aurat dilihat orang dalam berbagai caranya.. (KETAT, TUDUNG KEPALA YANG TIDAK MENUTUP DADA, JARANG TEMBUS KE KULIT, SANGGUL BONGGOL UNTA, WARNA TEBAL UNTUK CAT MUKANYA, LIRIK MENGGODA, WANGI MELAMPAU....) Allah! Selamatkan kami daripada maksiat sengaja mendedahkan aurat...

Kredit : Abdullah Bukhari Abdul Rahim via Telegram Channel

KALAU TANYA NAK PERGI SYURGA, SEMUA ORANG JAWAB NAK, TAPI USAHA CARA NAK PERGI NERAKA...

RENUNGKAN....

0Ulasan