05 Mac 2018

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah | Resepi tertunggak... Buat minggu lepas lagi...

Tercetus idea nak buat ayam golek sebab nak test oven baru yang terjebak di CjwowShop. Mulanya menggodek idea mencari resepi di Google dan Facebook... Tapi akhirnya, buat resepi sendiri juga.

Mudah je buat ayam golek ni.. Bagi yang takde tempat nak golek boleh panggang...

Resepi Ayam Golek Juicy Mudah

Resepi Ayam Golek Mudah

Bahan-bahan

1 ekor ayam, cuci bersih dan kelar dibahagian yang banyak isi untuk lebih serapan dan cepat masak bila bakar nanti.
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang serai (racik dan tumbuk)
7 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu besar serbuk lada hitam (jangan guna yang jenis halus, yang jenis kasar sikit. Atau kisar je biji lada hitam)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu besar sos tiram pedas
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu madu
1/2 kiub pati ayam
Garam dan gula sebagai perasa

Cara membuatnya:

Resepi Ayam Golek Mudah

Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati... Kemudian lumurkan pada seluruh ayam dan perap selama sejam (tak perlu masuk dalam peti sejuk).


Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius api atas bawah, selama 40 - 60 minit bergantung kepada oven masing-masing. Kalau ayam besar, tambah lagi la masanya.

Tips: 

Untuk nak hasilkan juicy tu, kat bahagian bawah oven tu, masukkan air dalam tray... jadi, masa bakar akan kekalkan kelembapan pada ayam. Jadi, walaupun bakar lama, ayam tak kan kering... tapi juicy dan lembap isinya...

Resepi Ayam Golek Mudah

MF buat rencah ni lebih sikit sebab nak perap dan frozenkan...

Bila buat macam ni ayam lebih tahan lama dan sedap, sama ada dibakar ataupun digoreng.

Resepi Ayam Golek Mudah
Ni Tak berapa garing, MF bakar semula untuk nampak lebih shining dan gelap sikit warnanya.

Resepi Ayam Golek Mudah
Isi yang siap masak... Juicy dan lembap je isinya kan... 

Sedap juga resepi buat sendiri ni... Ingat nak cari burung puyuh pula nak perap dan frozenkan... Bila nak makan chilled dan bakar je... Nak masuk dalam air fryer pun boleh... Senang dan jimat masa kan...

Selamat mencuba. 

4 ulasan:

  1. teringin nak buat...tapi belum sempat2 lagi... asyik beli ayam golek kat luar je..

    BalasPadam
  2. fulamak..menjejes air liur tgk

    BalasPadam
  3. Sedapnyaa! Nanti nak try jugak lah buat :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^