GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Untuk Kaki Pancing Untuk Panggil Ikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Untuk Kaki Pancing Untuk Panggil Ikan | Memancing satu hobi yang best. Masa kecik dulu, MF memang suka memancing... memancing kat parit je, tapi dapat ikan seronok sangat. Bila dah ada anak ni, minat tu datang semula. Tambah suami pun ada minat yang sama. Minat kami ni bertambah membuak bila tengok satu rancangan kat Astor "Kail Pagi Makan Petang". Memang best rancangan ni... Tapi tu la.,. tunggu anak besar baru dapat teruskan minat ni dengan suami.

Doa Untuk Kaki Pancing Untuk Panggil Ikan
Sumber: google images

Memancing ni menguji kesabaran. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan oleh mereka-mereka yang memang gemarkan aktiviti memancing untuk mengisi masa lapang atau yang terluang. Jadi, nak kenal lelaki yang sabar carilah kaki pancing... haha... boleh buat laki tuh...

Dalam memancing, ada kala dapat ikan ada kala tak kan... Kadang ada kita tengok, orang tu memancing kat tempat yang sama kita pancing, tapi dia dapat ikan kita tengok saja je pancing tu... Mesti ada ilmu kan... Ya, mungkin juga.. Tapi kena ingat dalam memancing itulah rezeki Allah nak bagi... Kena doa dan tawakal banyak juga dengan Allah..

Doa Untuk Kaki Pancing Untuk Panggil Ikan

Jadi, antara doa yang boleh kita amal buat kaki pancing, ialah surah al-Jathiya ayat 12.


اللَّهُ الَّذي سَخَّرَ لَكُمُ البَحرَ لِتَجرِيَ الفُلكُ فيهِ بِأَمرِهِ وَلِتَبتَغوا مِن فَضلِهِ وَلَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Maksudnya, “Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Jathiya ayat 12)

Kepada kaki pancing samada yang baru hendak berjinak-jinak atau yang dah terer memancing, atau yang nak memancing ikan samada di tasik, kolam, ataupun lautan bolehlah amalkan doa ini semoga ada manfaatnya.

Semoga mendapat hasil tangkapan ikan yang banyak. Insyaa-Allah…

Tetapi jangan lupa pada cara memancing, teknik dan petua yang betul masa memancing. Tips seperti pemilihan joran, umpan dan masa juga penting untuk dapatkan hasil yang lumayan...


p/s: Tak ramai orang perempuan minat memancing... Tapi MF suka aktiviti ni, boleh buat bersama keluarga... ajar anak-anak memancing, boleh belajar banyak perkara tentang kehidupan... Kira family bonding activity.

0Ulasan