GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Betul Ke Akan Berakhir Dengan Happy Ending?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Betul Ke Akan Berakhir Dengan Happy Ending? | Kiraman Katibin adalah dua malaikat yang tidak pernah culas terhadap tugasan yang diberikan oleh Allah kepada mereka untuk mencatit setiap amal perbuatan kita.

Yang kita buat sembunyi sembunyi mahupun terang terangan, pasti semuanya tertulis didalam buku catatan amal kita.

Mari kita katakan sahaja ia adalah merupakan buku catatan peribadi kita. Kerana yang terkandung didalam buku catatan tersebut tidak akan ada perihal peribadi orang lain melainkan perihal peribadi kita semata mata.

Maka sudah pastilah buku catatan tersebut  sangt peribadi bagi kita. Justeru itu kita sahaja yang berhak untuk melakukan yang terbaik agar segala catatan yang tertulis di dalamnya bakal membawa kita ke penghujung episod perjalanan hidup yang "happy ending".

Betul Ke Akan Berakhir Dengan Happy Ending?
Sumber: google images

Apakah Buku Catatan Peribadimu Akan Berakhir "Happy Ending"?

Ya! "Happy Ending". Atau boleh sahaja kita katakan happy yang tiada penghujungnya. Kita tidak mati, tidak lelah, tidak rimas, tidak mengantuk dan sebagainya. Hanya ada kenikmatan yang bisa membuatkn kita happy sampai bila bila.

Baik! Kita mula disini. Ada sebuah kisah di India, apabila filem kegemaran mereka tidak berakhir dengan "happy ending". Menggila peminat dibuatnya. Disebabkan terlalu marah, maka mereka pun telah membakar panggung wayang tersebut tanda tidak puas hati. Bagi mereka, ending filem filem mereka mesti menepati citarasa mereka. Jika tidak, siaplah!.Gila bukan?

Tetapi itu dunia. Watak di setiap filem hanya lakonan semata. Bagaimana filem itu bermula dan berakhir sama ada "sad ending mahupun happy ending" sudah barang pastilah ditentukan oleh pengarah filem tersebut.

Kita bagaimana ya? Apakah yang kita telah arahkan dan usahakan pada diri masing masing agar akan tercatatnya disetiap buku peribadi kita catatan catatan yang akan berakhir dengan "happy ending"?

Sebenarnya bicara mencari "happy ending" ini adalah bicara Iman dan Taqwa. Tidak akan beroleh seseorang itu kehidupan yang "happy ending" melainkan dia hidup didalam kerangka Iman dan Taqwa yang benar kepada Allah. 

Cubalah cari kehidupan diluar kerangka Iman dan Taqwa ini, dimana segala perintah Allah tidak dilaksanakan malahan terus menerus gemar melakukan perkara yang ditegah oleh Allah sehingga menemui ajal tanpa bertaubat. Percayalah! pasti kehidupan akan berakhir dengan "sad ending"

Sebenarnya sesiapa pun yang hidup didalam kerangka Iman dan Taqwa, maka akan terbinalah keampuhan "perisai" di dalam diri sebagai bekalan penting kehidupan kerana setiap saat terpaksa meniti berbagai liku liku kehidupan yang penuh dengan cabaran serta godaan.

Lalu dengan keampuhan "perisai" di dalam diri inilah mereka akan sentiasa mengambil jalan jalan kebaikan untuk dimanfaatkan sebaik baiknya. Maka dengan itu tercatatlah amalan amalan kebaikan yang menghiasi buku buku catatan amalan peribadi mereka.

Manakala jalan jalan dosa dan maksiat mampu dijauhi bahkan mampu juga dibenci. Jika tergelincir ke lembah dosa dan maksiat sekalipun, cepat cepat dia bertaubat memohon ampun kepada Allah kerana khuatir dosa tersebut bakal menjadi pencacat cela buku amalan peribadi.

Tanda "Happy Ending"

Tanda "Happy ending" juga boleh dilihat melalui bagaimana kita mati. Jika mati dalam keredhaan Allah (khusnul khatimah), maka kita akan beroleh "happy ending" iaitu balasan syurga yang telah dijanjikan oleh Allah.

Tetapi sekiranya mati dalam keadaan Allah tidak redha (su'ul khatimah), maka akan bermulalah episod "sad ending" yang tidak berkesudahan di dalam neraka yang penuh azab siksa. Wal'iyyazubillah.

Mengakhiri bicara ringkas ini, saya menasihati diri saya dan semua agar perkemaskanlah Iman dan Taqwa kita kepada Allah agar kita mampu untuk menikmati sebuah "happy ending" kehidupan sepertimana yang telah dinikmati oleh para nabi, orang orang soleh dan para syuhada. Wallahu'alam

Kredit : #AkhiAdifGorment via Telegram Channel

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ