GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik | Sebagai penggemar kopi, apa sahaja yang berasaskan kopi pasti akan menarik perhatian MF. Tak boleh nak buang tahap suka kat minuman kopi, cuma boleh kurangkan.

Jika dulu lepas fasa tak menyusu lagi, boleh kata setiap hari nak je minum kopi... Macam ketagih plak... Tapi MF tak minum kopi 3 in 1.

Antara minuman kopi yang menjadi kegemaran MF ialah jenama Wonda. Biasanya Wonda hanya ada dijual dalam bentuk tin minuman. Tapi masa cuti CNY yang lepas ternampak kat shell Wonda Kopi Susu. Ingat nak minta suami belikan tapi tak keluar plak hasrat tu. Jadi biarkan je rasa teringin tu berlalu..

Baru-baru ni suami isi minyak kat Shell, dia belikan bawa balik kopi Wonda yang MF nampak iklannya hari tu... Apa lagi, teruja habis la kan..

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik 

Rasa Wonda Kopi Susu dan Wonda Mochaccino Memang Terbaik

Rasanya Yang Kurang Manis

Sekali rasa... Mmmm... Memang Terbaik... Memang rasa kopi pekat dan paling best tak manis. Rasa kopi lebih dari rasa susu tu... Memang terbaik lah... Produk dari Wonda ni memang menepati citarasa MF dan suami.

Gabungan Mocha dan Cappuccino Yang Lazat

Satu lagi perisa Mochaccino, gabungan rasa Mocha dan Cappuccino... Pun memang sedap dan lazat... Rasanya memang sedaplah... Nak tau korang kena rasa sendiri... Baru puas hati...

Biasanya MF beli kopi Wonda ni bila travel balik kampung atau bercuti... Rasa fresh dan membantu beri tenaga dalam perjalanan.

Tips Selepas Minum Kopi

Sekarang ni masih menyusukan anak jadi, minum kopi tapi terkawal dan dalam kuantiti yang disyorkan. Tak minum selalu.. Bahkan kopi juga adalah milk booster bagi MF... Cuma satu je... Bila minum kopi pastikan minum air kosong lebih barulah tak rasa perit tekak atau kering je...

Sekian, 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ