13 Februari 2018

Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap | Ikan kerisi, sebelum ni jarang beli ikan ni.. suami kata susahkan bini dia nak siang sebab ada sisik... Tapi bagi MF yang sememangnya dididik menyiang ikan bersisik, itu perkara biasa saja..  MF kata belilah kalau nak makan...

Pertama dia beli dulu, anak-anak suka makan. . selera betul. Mak bapak ni bila tengok anak selera makan mesti beli lagi kan... So, hari ni suami ke pasar pagi untuk dapatkan ikan kerisi fresh... Ikan ni cepat betul busuk dan pecah perut... Jadi, kena cari yang fresh.

Ikan kerisi, sedap kalau digoreng garing.. tapi teringat resepi mak pernah masak lemak dulu-dulu sebelum kahwin, terus nak try masak... Bahan pun ada...

Masak lemak ni MF buat versi tumis... Kalau nak buat style orang Negeri Sembilan tak tumis pun boleh... simple je resepi ni.. campak-campak je..

Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap

Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api Mudah tapi Sedap

Bahan-bahan

Ikan kerisi
5 ulas Bawang putih
3 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 sudu cili kisar
1 cawan santan pekat (MF guna santan kotak M&S je)
Gula dan garam secukup rasa
Daun kunyit

Cara memasak


Goreng ikan kerisi separuh masak. Tujuannya supaya ikan tu tak hancur bila kita masak dalam menu yang jenis berkuah macam ni.

Tumbuk bawang putih, kunyit hidup, dan cili padi hingga halus.

Tumiskan bahan yang ditumbuk dalam sedikit minyak.

Masukkan santan dan air...

Masukkan cili kisar dan biarkan hingga mendidih.

Lepas dah mendidih, masukkan ikan, daun kunyit serta garam dan gula...

Biarkan seketika hingga nampak santan masak dan sedikit pekat.

Angkat dan hidangkan.

Simple kan... Senang je nak masak Masak lemak cili padi ni... Asalkan ada santan dan cili padi... Mesti jadi punya.

Selamat mencuba bagi siapa yang nak cuba. 

3 ulasan:

  1. Ikan kerisi adalah kegemaran auni bila goreng garing. Kalau ikan lama memang tak berapa nak sedap dah. Kalau fresh, pejal dan manis je ikan ni. Sedap sangat.

    BalasPadam
  2. sllu ikan kerisi ni bt goreng jer..
    dulu tak pernah makan,,
    tp sejak kawen ni mak mertua ske goreng ikan ni
    jadi suke plk makan

    BalasPadam
  3. sedap ikan kerisi. kalo goreng saja pun soooodap. lagi2 part yang rangup2 tu..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^