GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Sedekah Dari Harta Ghulul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Sedekah Dari Harta Ghulul 


عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ دَخَلَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَلَى ابْنِ عَامِرٍ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ فَقَالَ أَلَا تَدْعُو اللَّهَ لِي يَا ابْنَ عُمَرَ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلَا صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ

Dari Musab bin Sa'd dia berkata, "Abdullah bin Umar menemui Ibnu Amir untuk menjenguknya yang saat itu sedang sakit. Ibnu Amir lalu berkata, 'Tidakkah engkau mendoakanku wahai Ibnu Umar'. Ibnu Umar menjawab, 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak diterima solat tanpa bersuci, dan tidak diterima sedekah dari pengkhiatan (harta haram) ' (HR Muslim No: 329) Status Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Orang yang solat tanpa berwuduk atau bertayamum, tidak akan diterima oleh Allah.

2.  Orang yang bersedekah dari harta yang Ghulul (harta haram) tidak diterima oleh Allah.

3.  Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta rampasan perang yang dicuri, harta rompakan, rasuah, menipu atau sebarang sumber yang haram.

4.  Sedekah dengan harta yang berkaitan dengan hak orang  lain (ghulul), maka Ibnu Rajab menyatakan sedekah tersebut tidak diterima, bahkan ia berdosa kerana telah memanfaatkannya.

Kredit : telegram.me/hadisharian_ikram

Apa itu rezeki yang haram?

Iaitu rezeki yang ada hak orang lain di dalamnya. Seperti harta curi, rampasan atau harta yang syubhah di dalamnya.

Bab harta ni ramai tak endah sangat... Sebab nya ianya rezeki kan.. Sedangkan banyak sahaja sumber rezeki yang haram tanpa kita sedar. Bukan babi je haram. 

6Ulasan

  1. thanks for sharing.. saling mengingati antara satu sama lain =))

    http://byshaz.blogspot.my/2018/02/bestnya-join-gals-hadiah-untuk-5.html

    BalasPadam
  2. tula..
    dr dulu ayu tertnya2 jugak
    sbb pernah mnx seseorang ni pegangkan duit
    agak banyak jugak..
    tapi untuk seketika lost contact
    bile dpt jmp balik nak mintak semula duit tu katenye da sedekah kan pada orang lain

    BalasPadam
  3. menakutkan kalau fikir halal ke rezeki kita? besrsih ke. Allah dah kata yg halal itu nyata dah... kita je yg tak jaga..

    BalasPadam
  4. Semoga kita dilindungi dr rezeki yg haram...

    BalasPadam
  5. maknanya konsep 'robin hood' tu mng islam tolak mentah2 laa kan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ