GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Harta Yang Membimbangkan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Harta Yang Membimbangkan


بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ صَالَحَ أَهْلَ الْبَحْرَيْنِ وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ فَقَدِمَ أَبُو عُبَيْدَةَ بِمَالٍ مِنْ الْبَحْرَيْنِ فَسَمِعَتْ الْأَنْصَارُ بِقُدُومِ أَبِي عُبَيْدَةَ فَوَافَتْ صَلَاةَ الصُّبْحِ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا صَلَّى بِهِمْ الْفَجْرَ انْصَرَفَ فَتَعَرَّضُوا لَهُ فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ رَآهُمْ وَقَالَ أَظُنُّكُمْ قَدْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدْ جَاءَ بِشَيْءٍ قَالُوا أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ

Abu 'Ubaidah datang dengan membawa harta (jizyah) dari negeri Bahrain. Kedatangan Abu 'Ubaidah ini didengar oleh Kaum Ansar bertepatan dengan waktu solat Subuh bersama Rasulullah SAW. Setelah solat selesai, baginda segera pergi namun mereka berkerumun menghampiri baginda. Maka Rasulullah SAW tersenyum ketika melihat mereka seraya berkata: "Aku kira kalian telah mendengar bahawa Abu 'Ubaidah telah tiba dengan membawa sesuatu". Mereka berkata; "Benar sekali wahai Rasulullah". Maka Baginda bersabda: "Bergembiralah dan bercita-citalah dengan apa yang dapat membuat kalian berbahagia. Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku takutkan (akan merusak agama) kalian, akan tetapi yang aku takutkan bagi kalian adalah jika harta dunia dibentangkan (dijadikan melimpah) bagi kalian sebagaimana (perhiasan) dunia dibentangkan bagi umat (terdahulu) sebelum kalian, maka kalian pun berlumba-lumba mengejar dunia sebagaimana mereka berlumba-lumba mengejarnya, sehingga (akibatnya) dunia (harta) itu membinasakan kalian sebagaimana dunia membinasakan mereka (HR Bukhari No: 2924) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Harta adalah anugerah Allah kepada setiap manusia.

2.  Harta juga menjadi ujian kepada kita, sama ada menjadikan kita semakin dekat dengan Allah atau semakin lalai dan jauh daripada Nya. 

3.  Rasulullah tidak bimbang kemiskinan yang ada pada seseorang, namun baginda bimbang anugerah harta dan perhiasan didunia yang menyebabkan manusia lalai dan leka serta berlumba-lumba mengejar harta dan semakin jauh pada Allah.

4.  Dunia boleh menjerumuskan seseorang kepada kebinasaan, disebabkan persaingan yang tidak sihat untuk mendapatkannya, kecintaan yang berlebihan terhadapnya serta kesibukan dalam mengejarnya sehingga melalaikan dari mengingat Allah dan balasan di akhirat (Lihat catatan kaki Shahihul Bukhari 3/1152).

5.  Ibnul Qayyim: Orang yang mencintai dunia/harta (secara berlebihan) tidak akan lepas dari tiga (kerusakan dan penderitaan): Kekalutan (pikiran) yang tidak pernah hilang, keletihan yang berpanjangan dan penyesalan yang tiada berakhir .

Semoga harta tidak menjadikan kita leka dan lalai beribadat kepada Allah.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

0Ulasan