07 Februari 2018

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style | Menu daging sebenarnya banyak, tapi antara rajin dengan tak je nak buat.

Semalam menu daging saja buat yang sedap sikit.. biasa masak sambal atau sup je... Semalam teringat menu daging masak hitam macam makan kat kenduri kahwin...

Apa lagi kita Google lagi resepi... Jumpa resepi mudah kat blog Kak Eny Abdullah.

Semak bahan tengok ada ,terus la masuk dapur siapkan bahan dan terus buat. Kalau cakap je tak jadi kan... Hehe...

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

Daging Masak Hitam Berempah Utara Style

Bahan-bahan 

500 gram daging - MF potong besar tapi nipis
1/4 cawan kicap manis
1 sudu serbuk lada hitam

Bahan rempah

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga - MF tak letak pun sebab takde stok pula kat dapur
3 biji cengkih
1 biji bunga lawang

Bahan kuah

1 1/2 sudu besar cili kering - dikisar - MF guna sikit je sebab cili kisar MF jenis pedas punya..
1 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari - MF ganti dengan 1 sudu serbuk kari
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis

3-4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara Memasak


  1. Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul-betul lembut dan empuk. Tekstur daging mestilah empuk dan mudah lerai.
  3. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan cili kisar dan bawang besar kisar bersama daun kari serbuk kari dan serai dan masak sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.
  4. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kredit Resepi: Eny Abdullah

Tengok bahan dan cara masak tu macam susah ... Tapi bila dah masak tu senang je step dia... Bahan nampak macam leceh tapi senang je nak dapatkan... Hanya guna rempah yang biasa kita dok guna tu Aje...

Tak menyesal cuba resepi dari Kak Eny ni tau.. jadi, korang patut juga cuba resepi dari blog kak Eny Abdullah... Memang simple tapi dijamin sedap.. 

7 ulasan:

  1. dah kenyang makan tadi terliur terus bila tengok resipi daging masa hitam ni

    BalasPadam
  2. sedap nih kalau makan dengan nasi minyak
    hehehe

    BalasPadam
  3. Mesti sedap sebab banyak rempah yang digunakan

    BalasPadam
  4. Nak kena cuba juga la resepi kak eny ni..tapi kena g cari daging dulu..jarang kami beli daging

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^