GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Baca dan Amal Ayat Ini Agar Dilapangkan Rezeki

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baca dan Amal Ayat Ini Agar Dilapangkan Rezeki | Bila sebut rezeki siapa tak suka kan. Rezeki ni pelbagai... Segala bentuk kesukaan, kegembiraan, kebahagiaan adalah rezeki.

Untuk memperoleh rezeki yang berterusan ada amalan tertentu yang boleh kita amalkan. Selain solat sunat Duhai, bersedekah dan zikir, ada juga beberapa ayat al-Quran yang boleh kita amalkan untuk amalan murah rezeki.

Antara ayat amalan untuk dilapangkan rezeki. Amalkan membaca ayat ini tiga kali setiap kali selepas solat. Insyaallah.

Sumber : Google images

Baca dan Amal Ayat Ini Agar Dilapangkan Rezeki 


Ayatnya iaitu:

وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

"dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki" [Surat Al-Ma'idah 114]

Amalkan selalu dengan harapan Allah sentiasa lapangkan rezeki dan berkati rezeki yang dikurniakan oleh Dia.

Mudah je potongan ayat tu kan... 10 minit dah boleh hafal. Ingat sekali dengan maksudnya supaya kita lebih faham dengan apa yang kita minta dengan Allah.
InshaAllah...

Semoga bermanfaat...
Salam Jumaat... 😊

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ