GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Aku Je Kenal Diri Aku Siapa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


HAKIKAT DIRI KITA HANYA KITA YANG KETAHUI


Menjadi sifat manusia, dia akan gembira apabila dipuji dengan puji-pujian itu, mereka akan menjadi bangga dan lupa diri. Mereka lupa hakikatnya dia memiliki banyak dosa dan keburukkan namun semua itu ditutup rapi oleh Allah.

Buka Aib Diri Sendiri 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

كُلُّ أُمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan dalam bermaksiat. Iaitu seorang yang telah berbuat dosa di malam hari lantas di pagi harinya dia berkata bahwa dia telah berbuat dosa ini dan itu padahal Allah telah menutupi dosanya. Pada malam harinya, Allah telah menutupi aibnya, namun di pagi harinya dia membuka sendiri aib yang telah Allah tutupi.” (HR. Bukhari no. 6069)

Bahayanya Pujian

Bukan tidak digalakkan memuji atau dipuji namun hakikatnya puji-pujian akan menjarakkan manusia itu dengan manusia yang lain. Mereka menjadi takbur, angkuh, bangga diri, sombong dan suka mencari salah orang lain dengan kata lain mereka syok sendiri.

Pujian dan kemasyhuran boleh melupakan kita hakikat diri kita sendiri. Kita ini hanya insan biasa dan memiliki banyak keburukkan, dosa dan aib namun semua itu tersimpan elok oleh Allah.

Kata Muhamad bin Wassir seorang tabi'in yang terkenal kerana doanya dimakbulkan: "Jika dosa itu boleh berbau, nescaya orang tidak ingin mendampingi aku."

Kata Imam Ahmad: " Alangkan hinanya diri kita jika kamu semua ketahui apa yang dosa dan kesalahan aku niscaya kamu semua akan meletakkan pasir di atas kepala aku."

Sumber: Google images

Itulah hakikat diri kita sebenarnya dan kita yang paling tahu siapakah diri kita. Maka janganlah kita terlalu seronok dengan puji-pujian itu dan seronok dengan kemasyhuran kita kerana itu semua hanya tipu daya dunia untuk menguji iman kita. Jadilah orang yang rendah diri dan tawaduk kerana inilah sifat-sifat orang yang soleh. 

Wallahualam.

Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Baca juga: Adab Pujian

Jangan leka dengan puji-pujian.. Kembalikan pujian itu kepada Yang Maha Pencipta kerana Dia lebih layak terima pujian. 

1Ulasan

  1. pujian hanya untuk DIA. kita hanya hamba dan mmg xlayak pn utk pujian

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ