GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ajaibnya Bila Baca Doa Makan Sebelum Memandu, Ini Yang Terjadi!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ajaibnya Bila Baca Doa Makan Sebelum Memandu, Ini Yang Terjadi!! | Doa makan, semua orang tahu... Bahkan kanak-kanak pun tahu. Doa makan adalah doa yang terawal diajar oleh ibu bapa kepada anaknya.

Tapi sebenarnya, ramai tak tahu yang doa makan ni sebenarnya bukan doa untuk makan sahaja.

Jika kita tengok balik lafaz dan makna doa makan..

اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

Maksudnya: Ya Allah berkatiber rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Takde pun dalam makna tu pasal makan. Yang disebut ialah rezeki sedangkan rezeki Allah itu luas.

Pengalaman MF sendiri, anak MF yang sulung dulu dok dengan pengasuh. Jadi, ada waktunya, suami MF yang pergi ambil  anak, tapi waktu suami tak ambil MF la yang akan ambil anak.

Biasa bila masuk je dalam kereta, Faiqah akan baca doa.. doa yang dia akan baca ialah doa makan.

Bacalah dia sampai habis doa... Barulah MF memandu hingga sampai rumah.

Ajaibnya, setiap kali ambil Faiqah dan dia bacakan doa makan, Alhamdulillah takde jammed langsung. Jalan lancar je.. cepat sampai rumah. Tapi bila hari tak ambil dia, MF terus balik dari sekolah takde lah baca doa makan... Mesti akan tempuh jalan yang sesak...

Itulah bukti doa makan bukan untuk makan sahaja. Bahkan takde hadis pun tentang doa makan yang kita baca tu dari Nabi s.a.w.

Doa makan

DOA MAKAN DAN SESUDAH MAKAN YANG SAHIH.


Riwayat yang shahih bagi DOA MAKAN adalah dengan membaca:

بسم الله
Atau bacaan penuh:
بسم الله الرحمن الرحيم

Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama samada dibaca penuh atau sekadar baca بسم الله sahaja, kerana berdasarkan hadith riwayat Muslim, Baginda bersabda:

يا غلام سم الله وكل بيمينك

 "Wahai budak! Sebutlah nama Allah (baca: بسم الله) dan makanlah dengan tangan kananmu!" (Hadith riwayat Muslim)

Seterusnya, berkenaan bacaan SESUDAH MAKAN.

Terdapat riwayat yang shahih melalui perbuatan 'Urwah bin al-Zubair (seorang Tabi'in) bahawa beliau membaca doa tadi

(اللهم بارك لنا يما رزقتنا وقنا عذاب النار)

sebagai doa yang dibaca sesudah makan. (Rujuk: Tabyidh al-Shahifah Bi Ushul al-Ahadith al-Dha'ifah oleh Syeikh Muhammad Amr Abd al-Lathif, m/s 40. Cetakan pertama, tahun 1409 H. Maktabah al-Tau'iyah al-Islamiyyah, Geza)

Selain itu, ada beberapa doa lain yang shahih yang dibaca sesudah makan berdasarkan hadith Nabi s.a.w. Antaranya:

1- Daripada Abi Umamah katanya: Rasulullah s.a.w apabila diangkat hidangan daripada hadapan Baginda (selesai makan), Baginda membaca:

 الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه، غير مودع ولا مستغنى عنه ربنا

Cara baca: (Alhamdulillahi hamdan katsiran thayyiban mubarakan fih, ghaira maudi'in wala mustaghna 'anhu rabbuna). Riwayat al-Bukhari dan lain-lain.

2- Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Nasaie dalam al-Sunan al-Kubra, dan Abu al-Syeikh dalam al-Akhlaq bahawa Baginda s.a.w membaca sesudah selesai makan dengan doa:

اللهم أطعمت وسقيت وأغنيت وأقنيت واجتبيت، فلك الحمد على ما أعطيت

Dinilai hasan sanadnya oleh al-Syeikh Muhammad Amr 'Ab al-Lathif. Wallahua'lam.

Sumber: Ustaz Zulfadhli via Telegram channel

Jadi, biasakan yang betul. Tambah ilmu, jangan digelak bila ada imam baca doa makan selepas solat. Sedangkan kita yang jahil.

Ikuti thread tweeter ini... Untuk lebih faham tentang doa makan...





Sumber gambar : Facebook


Jadi lepas ni boleh Aje baca doa makan bila-bila masa bukan hanya untuk makan. Nak makan baca bismillah pun dah cukup sebenarnya... 

Semoga bermanfaat.

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ