GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

11 Kesan Buruk Berdengkur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Kesan Buruk Berdengkur | Berdengkur satu penyakit sebenarnya... Berdengkur juga satu gangguan buat orang lain. Dan orang yang alami berdengki akan rasa tak selesa dan rendah diri juga.

Orang yang biasa alami dengkuran ketika tidur ni ialah orang yang obesiti, ada penyakit asma. Tapi setiap orang boleh alami dengkuran ketika tidur akibat keletihan dan penat badan kerana melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.


11 Kesan Buruk Berdengkur

Ada beberapa kesan daripada berdengkur ketika tidur. Antaranya:

1. Kekeringan mulut, pening dan rasa tidur yang tidak puas.

2. Mengganggu emosi pasangan. Tapi sesetengah daripada pasangan dah jadi satu kebiasaan. Ustaz pula kata kena bersyukur, sekurang-kurangnya itu tanda pasangan kita ada kat sebelah. 😁

3. Tindak balas dan fungsi kognitif penghidap akan menjadi perlahan dan terjejas.

4. Rasa mengantuk yang melampau pada waktu siang.

5. Tertidur ketika sedang membaca, berbual, menonton televisyen, duduk, menaiki kenderaan dan juga ketika memandu.

6. Meningkatkan risiko diabetes secara mendadak.

7. Menyebabkan berlakunya sawan.

8. Risiko penyakit Alzheimer

9. Risiko sakit jantung dan juga strok.

10. Risiko strok.

11. Lemah daya ingatan, hilang tumpuan, stress, dan jangka hayat lebih pendek...

Banyak juga kesan tak baik dalam kehidupan orang yang alami dengkuran... Jadi kena lah cari penawar.

11 Kesan Buruk Berdengkur
Sumber: Google images

Boleh refer pada pakar hidung untuk rawatan yang lebih sesuai. Elakkan makan produk kerana setakat ni dengkuran ni bukan penyakit yang serius, tapi ada penyakit yang boleh sebabkan dengkur.

Tapi MF ingat dulu ada satu produk pasangkan kat hidung untuk rawat dengkur. Tapi dah takde nampak dah iklan tu...

Apa pun, moga orang yang alami dengkur teruk dapatkan rawatan sebaiknya untuk sembuhkan dengkur.

2Ulasan

  1. pernah jugak tengok iklan tu easy breathe tak silap. Dari kecik dah biasa dah dengan dengkur ni so bila dengar orang berdengkur rasa nak tidur sekali.

    BalasPadam
  2. sometimes people tak sedar pun yang diorg berdengkur

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ