GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Cara Kuruskan Badan Lepas Bersalin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


10 Cara Kuruskan Badan Lepas Bersalin | Semalam buat pertama kalinya pergi sekolah selepas bersalin. Tujuan pergi sekolah tu sebab nak kemas meja yang bersepah dan nak ambil fail mengajar untuk siapkan sebelum naik sekolah selepas habis cuti 90 hari...

Pertama kali sampai, ramai yang tak kenal.... Haha.. maklumlah beza sangat sebelum dan selepas bersalin. Pastinya ramai nampak MF slim selepas bersalin walaupun hakikatnya ada lagi part kembang setaman disana sini... 😁

Mulanya, memang lepas bersalin target nak kuruskan badan kembali ke berat asal. Tapi lepas baca apa yang doktor sarankan... Cuma kirakn BMI badan.. jika normal tak payah nak sibuk kuruskan atau tambah berat... Cukup maintain Dengan pemakanan seimbang dan sihat. Insaf rasa lepas doktor kata gitu..

Jadi, sekarang ni MF memang dah dapat berat badan ideal cuma ada part tertentu kena buat senaman sikit untuk bantu kecilkan supaya lebih ideal.

Sebenarnya, bila lepas bersalin memanglah cutting Dan alignment badan dah berubah... Tapi tak mustahil untuk dapatkan bentuk badan dan berat badan yang ideal walaupun menyusu badan.

Jadi, berdasarkan pengalaman dan pembacaan serta apa yang MF sendiri buat untuk kuruskan badan dan dapatkan bentuk badan ideal selepas bersalin, MF nak kongsikan dengan korang 10 cara mudah MF kuruskan badan selepas bersalin tanpa ambil sebarang produk pun.

Jom kita buat sama-sama... Takde yang mustahil ok.

10 cara kuruskan badan selepas bersalin

10 Cara Kuruskan Badan Lepas Bersalin

1. Menyusu Badan

Menyusu badan mampu kuruskan badan dengan cepat pembakaran kalori memang tinggi ketika menyusu badan. Jadi, jangan takut nak menyusu dan jika susu kurang usahakan hingga berjaya... Insha Allah... Banyakkan doa dan tawakal juga.

2. Makan sikit tapi kerap

Jika masa mengandung, selera membuak-buak ok... Nasi sepinggan tak cukup. Masa berpantang kan ada petua jangan bertambah bila makan nasi, ye.. itulah cara nya nak kuruskan badan... Jangan bertambah bila makan nasi.. makan sikit tapi kerap.

3. Makan menu berpantang secara konsisten selama 6 bulan.

Petua ni mesti ibarat satu cabaran yang hebat. Tapi menu berpantang kat sini bukanlah ikut cara berpantang orang dulu... Cuma menunya sahaja kita ikut. Iaitu lebih kepada menu yang tak guna minyak seperti bakar, stim atau rebus.

4. Elakkan makan malam lebih dari jam 8 malam.

Yang ni memang cuba konsisten sekarang ni... Kawal nafsu makan berat ... Sebaiknya sebelum jam 7 malam dah makan malam dah... Lepas tu lapar waktu malam, MF cuma makan biskut lemak dengan air coklat ataupun air coklat tambah oat untuk bagi kenyang.

5. Ambil snek malam yang sihat tapi kenyang

Snek malam seperti buah-buahan atau kekacang boleh bantu kenyangkan perut dan dalam masa yang sama menyihatkan badan.

6. Buat kerja rumah

Walaupun lepas pantang, tetap buat kerja rumah. Kerja rumah ni mampu kuruskan badan sebab senaman yang melekakan.

7. Stabilkan metabolisme badan

Ada orang dah buat macam-macam petua tapi tak kurus juga.. jadi, itu mesti masalah metabolisme badan. Jadi, kena stabilkan metabolisme badan dulu.. Insha Allah lepas tu baru semua petua akan jadi berkesan.


[Baca] 10 Tips Tingkatkan Metabolisme Badan


8. Bertungku

Bertungku ni cara lama... Tapi kalau nak kuruskan tang perut tu memang sangat berkesan. Untuk kecilkan paha pun boleh... Rajin-rajinlah bertungku.

9. Fikir Positif

Badan sihat tapi otak dan akal tak sihat jadinya tak sihat juga.. jadi fikir positif dan bersihkan hati.. Insha Allah... Semua yang kita buat boleh berjaya termasuk bab nak kuruskan badan ni.

10. Banyakkan minum air kosong dan air suam.


Walaupun ini petua terakhir MF tulis ni, tapi sebenarnya inilah petua yang paling utama untuk kuruskan badan. Banyakkan minum air kosong. Bila menyusu rasa lapar kan.. jangan cepat nak makan, tapi sediakan air kosong sebelah. Bila lepas menyusu terus minum air je... Bila perut penuh air kurang keinginan nak makan tu.. air ni bantu lawaskan kencing dan membuang jadi masalah perut buncit lepas bersalin juga akan dapat diatasi dengan minum air sahaja.

Itu je kot petuanya... Yang penting think positive.. Banyakkan minum air dan senaman setiap hari... Mesti boleh kurus punya.

Niatkan kita nak kuruskan badan kerana Allah, untuk mudahkan kita buat ibadah dengan lebih mudah dan senang... InshaAllah, Allah akan bantu juga jika niat kita dilandasan yang betul. 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ