Wednesday, 3 January 2018

Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017 | Alhamdulillah.... bertambah lagi setahun pencapaian blog mariafirdzdotcom ini...

Bila masuk tahun baru, masa untuk lihat semula apa yang telah dicapai sepanjang berblog tahun 2017.

MF akan rujuk Google Analytic untuk lihat perkembangan blog. Ini antara view yang dapat dilihat pencapaian blog selama setahun sepanjang 2017. MF bandingkan pencapaian ini dengan tahun lepas.




Pencapaian Blog mariafirdzdotcom 2017

Alhamdulillah, dari GA ini blog mariafirdzdotcom menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan MF kira sangat baik berbanding tahun lepas. Jumlah pageview setahun meningkat 63.85% iaitu dari 1.6 juta kepada 2.6 juta pengunjung tahun 2017. Uniq PV juga meningkat dari 1.06 juta kepada 1.4 juta tahun 2017. Bounce Rate juga makin mengecil angkanya... Tahun 2016 51.41% menurun kepada 24.47%. Banyak juga tu pengecilan angka tu... dan semestinya Adsense 100% la sebab tahun 2016 Adsense tak lulus pun.


Alhamdulillah, bulan April AdSense diluluskan tapi bulan Ogos baru dapat ternak jumlahnya kerana masalah teknikal. Ikutkan hujung tahun 2017 dah boleh dah cashout tapi sebabkan 4 bulan delay takpe lah kan... Insha Allah akan boleh cashout sikit masa lagi.

Dan tahun 2017, dengan rasminya MF jadi salah seorang ahli dari group AFBdotmy... Seronok dalam group AFB sebab banyak ilmu pasal blog dan rasa macam satu family.. Moga ukhwah ini terjalin hingga akhir hayat... insha Allah.. dan dari group AFB kami sama-sama kongsi ilmu dan rezeki.


Tahun 2017 juga MF tukar template sebanyak 2 kali.. Pertama pada bulan Mac, tapi sebab template tu kurang mesra dan nampak tak menarik.. bulan September MF tukar lagi... dan harap kekallah template ni untuk setahun dua... Bukan mudah nak cari template berkenan di hati serta responsive ni.

Tahun 2017, tak banyak entry MF tulis dan terbitkan... hanya 951 entry berjaya dipublish.. tahun-tahun sebelum tu seribu lebih juga... mungkin sebab tahun 2017 MF tak banyak join segmen dan giveaway kot... Entry 2017 lebih kepada menjaga kepentingan Google Adsense... Adsense ni dia nak entry yang panjang dan berkualiti... sebab entry kurang... Tapi mujur PV dan UV naik... Alhamdulillah...

2017, agak kurang berblogwalking... mungkin kekangan masa.. tapi alhamdulillah... masih ada sahabat blogger datang jenguk dan komen dengan setianya.. terima kasih MF ucapkan.

Harapan Berblog Tahun 2018

Tiada harapan yang menggunung... Cuma moga tahun 2018 diberikan kesihatan, idea dan kekuatan untuk terus berkongsi pengalaman dan ilmu yang bermanfaat untuk pembaca mariafirdzdotcom. Dan semoga tahun ni lebih banyak rezeki datang dari blog ini.. sayang sangat blog ni... Selain berkongsi ilmu, blog ni juga jadi rezeki sampingan untuk MF sekeluarga... Moga dia terus berbakti untuk MF dan semua warga pembaca diluar sana. Inilah harta dan bekalan akhirat untuk MF ... Insha Allah... 

6 comments:

  1. Wahhh tahniah .. satu pencapaian yg baik :)
    Semoga terus maju dlm berblog!
    Sy x berapa familiar dgn google analytic lgi huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..kagum dengan semangat MF berblog..Macam saya ni turun naik je..hahah..Kalau saya tak merasa dah pv macam ni sekarang..memang sekarang menurun banyak..Tu yang tahun ni buat azam tak nak fokus sangat dengan tulis review berbayar. Rugi masa..Duit memang dapat banyak tapi kepuasan menulis tu tak de..tulis review bila perlu je la kot..saya nak fokus menulis macam dulu2.. nak kumpul pembaca setia macam dulu2..

    ReplyDelete
  3. 900++ entry setahun, fuh banyak tu. tahniah MF

    ReplyDelete
  4. Tahniah Maria. Mmg superb lah blog Maria. Setiap Kali mama datang sini kurang2 Ada 50 org online. Nak nuntut laa. Anyway selamat tahun baru ye

    ReplyDelete
  5. Fuhhh banyak tu. Tahniah MF! Tak terdaya ciktie nak buat hehe

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^