GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Mudahnya Membina Sebuah Rumah di Syurga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudahnya Membina Sebuah Rumah di Syurga


Solat sunat Rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum mahupun sesudah solat fardu lima waktu. Bagi solat Rawatib sebelum solat fardu ianya dikenali sebagai solat sunat Qabliyah dan bagi solat Rawatib yang dikerjakan sesudah solat fardu ianya dikenali sebagai solat Ba’diyah.

Mahukan rumah di syurga? Maka jagalah Solat Sunat Rawatib yang 12 rakaat / 10 rakaat ini.

Solat sunat rawatib yang muakkad (sangat dituntut) ada 12 rakaat atau 10 rakaat. Hanya bilangan rakaat sahaja yang dipercanggahkan oleh ulama' kerana adanya lafaz hadith yang berbeza (yakni perbezaan pada qabliyah zuhur samada 4 rakaat atau 2 rakaat).

Dalil yang mengatakan solat sunat rawatib itu ada 12 rakaat:

و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ سَالِمٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَوْسٍ عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلَّا بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَوْ إِلَّا بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ قَالَتْ أَمُّ حَبِيبَةَ فَمَا بَرِحْتُ أُصَلِّيهِنَّ بَعْدُ و قَالَ عَمْرٌو مَا بَرِحْتُ أُصَلِّيهِنَّ بَعْدُ و قَالَ النُّعْمَانُ مِثْلَ ذَلِكَ و حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ بِشْرٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ هَاشِمٍ الْعَبْدِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا بَهْزٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ النُّعْمَانُ بْنُ سَالِمٍ أَخْبَرَنِي قَالَ سَمِعْتُ عَمْرَو بْنَ أَوْسٍ يُحَدِّثُ عَنْ عَنْبَسَةَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ فَذَكَرَ بِمِثْلِهِ

Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Nu'man bin Salim dari 'Amru bin Aus dari Anbasah bin Abu Sufyan dari Ummu Habibah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, katanya;

"Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang muslim mendirikan solat sunnah ikhlas kerana Allah sebanyak dua belas rakaat selain solat fardhu, melainkan Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." -Atau dengan ayat lain- "Melainkan akan dibangunkan baginya rumah di syurga." Ummu Habibah berkata;

"Setelah itu, aku selalu melaksanakan kedua belas rakaat itu." 'Amru juga berkata; "Aku tidak pernah meninggalkannya setelah itu." Nu'man juga mengatakan seperti itu. Dan telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Bisyr dan Abdullah bin Hasyim Al 'Abdi keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Bahz telah menceritakan kepada kami Syu'bah. Nu'man bin Salim mengatakan; telah menceritakan kepadaku, katanya; Aku mendengar 'Amru bin Aus menceritakan dari Anbasah dari Ummu Habibah katanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah seorang hamba muslim berwudhu` kemudian menyempurnakan wudhu'nya, lalu solat kerna Allah setiap harinya…" lalu dia menyebutkan hadith semisalnya. - (Sahih Muslim > Bab: Keutamaan solat rawatib sebelum dan sesudah solat wajib serta jumlah bilangan rakaatnya)

S

Dalil bagi waktu-waktunya pula:

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا مُؤَمَّلٌ هُوَ ابْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْمُسَيَّبِ بْنِ رَافِعٍ عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ عَنْبَسَةَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَنْبَسَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ

Telah menceritakan kepada kami Mahmud bin Ghailan berkata

; telah menceritakan kepada kami Muammal -yaitu Ibnu Isma'il- berkata; telah menceritakan kepada kami Sufyan Ats Tsauri dari Abu Ishaq dari Al Musayyib bin Rafi' dari Anbasah bin Abu Sufyan dari Ummu Habibah ia berkata;

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa dalam sehari semalam solat sunnah dua belas rakaat maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga; empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah isya dan dua rakaat sebelum subuh." Abu Isa berkata; "Hadits Anbasah dari Ummu Habibah dalam bab ini derajatnya hasan sahih, dan hadith ini juga telah diriwayatkan dari Anbasah dengan jalur lain." - (HR. at-Tirmidzi > Bab: Keutamaan solat sunnah dua belas rakaat dalam sehari)

DAN dalil yang kata solat sunat rawatib itu ada 10 rakaat pula:

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الصُّبْحِ وَكَانَتْ سَاعَةً لَا يُدْخَلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا حَدَّثَتْنِي حَفْصَةُ أَنَّهُ كَانَ إِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ وَطَلَعَ الْفَجْرُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ

Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Nafi' dari 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhu berkata;

"Aku menghafal sesuatu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berupa solat sunnat sepuluh rakaat yaitu; dua raka'at sebelum shalat Zuhur, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah shalat Maghrib di rumah Beliau, dua rakaat sesudah solat 'Isya' di rumah Beliau dan dua rakaat sebelum solat Subuh, dan pada pelaksanaan solat ini tidak ada waktu senggang buat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ".

Telah menceritakan kepada saya Hafshah: "Bahawasanya bila mu'adzin sudah mengumandangkan adzan dan fajar sudah terbit, Beliau solat dua rakaat". - (Sahih al-Bukhari > Bab: Solat Sunnah Dua Rakaat Sebelum Solat Zuhur)

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan solat-solat sunat rawatib ini. Tidak perlu berbalah tentang perbezaan bilangan rakaat. Boleh pilih samada untuk amalkan 12 rakaat ataupun 10 rakaat.

والله علم

Kredit : Page Jalan-Jalan Cari Ilmu


Selain solat sunat Rawatib ada banyak amalan lain juga boleh menjadi asbab kita membina istana di dalam syurga... Antaranya, amalkan 10 kali bacaan surah al-Ikhlas setiap hari di dalam rumah. Selain itu, puasa sunat dan solat sunat tahajud juga antara perkara boleh mendapat ganjaran dari Allah iaitu membina rumah di dalam syurga. Siapa tak nak syurga kan..

Jom kita sama-sama bina istana di dalam Syurga. Nak buat tak susah... Tapi nak amal dengan  istiqamah tu mencabar kan.. Moga kita dapat buat dengan istiqamah dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Insha Allah.. 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ