GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hakikat Sebuah Rezeki

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hakikat Sebuah Rezeki | Sebut rezeki yang merewang dalam fikiran kita ialah gaji banyak, job banyak, urusan bisnes lancar, aset sana sini, kereta dan rumah besar.

Dulu kalau nak murah rezeki, kita fikir solat sunat Duhai, zikir dan sedekah itu punca pintu rezeki. Tapi sebenarnya kita silap. Hakikat makna rezeki yang sebenarnya dalam Islam lebih luas dari apa yang kita fikirkan.


Hakikat Sebuah Rezeki

Hakikat Sebuah Rezeki 

Ternyata.....

🍁 Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah  rezeki.

🍁 Langkah kaki yang dimudahkan untuk  solat  berjemaah di masjid, adalah  rezeki.

🍁 Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah  rezeki.

🍁  Punyai  kawan-kawan dan sahabat yang  soleh dan solehah yang saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

🍁  Saat keadaan sulit penuh keterbatasan, itu juga  rezeki. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justeru membuat kita kufur, sombong, angkuh bahkan lupa diri dan mudah terdorong melakukan maksiat.

🍁  Punya orang tua yang sakit, ternyata itu adalah  rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita tulus  ikhlas menjaga dan mengurus kedua orang tua kita.

🍁 Tubuh yang  sihat, adalah  rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk rezeki, kerana sakit adalah penghapus/penggugur dosa jika kita redha dan sabar.

🍁 Suami Isteri dan anak-anak yang  sihat itu  rezeki,

🍁 Anak-anak pelajarannya  lancar itu  rezeki,

🍁 Hidup  rukun  sesama  jiran tetangga itu rezeki...

🍁 Bahkan bila anda mendapat kiriman/pesanan tausiah keagamaan yg mengajak kebajikan dari Group WhatsApp itu juga  rezeki, kerana  anda mendapatkan Ilmu darinya...

Justru apa yang harus kita  berwaspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, lebih-lebih lagi jika mewah, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan,  sedangkan... masih terlalu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan...

"Mari sebarkan kebaikan dan nikmati  Rezeki-rezeki yang Allah amanahkan  kepada  kita"

‎ *ۚ ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ* 

".. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid - 57:20)

Olahan sumber : Facebook Usrah Solehah

Jadi, bangun pagi, syukur dengan rezeki yang ada... Wajib syukur sebab Allah masih bangunkan kita dari tidur, dapat lihat, sihat sempurna. Jadi wajib syukur dengan nikmat sihat, Islam dan iman kita.

Jangan nampak rezeki tu duit sahaja, sedangkan banyak rezeki lain yang lebih dari nilai duit tu Allah berikan kepada kita setiap hari.

Syukur selalu..

Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

  1. betul tu. hakikatnya pengertian rezeki tu lebih luas sebenarnya....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ