GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Basuh Mesin Basuh Dengan Power Max Wash Drum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Basuh Mesin Basuh Dengan Power Max Wash Drum Cleaner | Sejak guna mesin basuh berkali korang basuh mesin basuh korang? Mesti ada yang pernah basuh, ada juga yang tak basuh langsung. Sebab nampak bersih je kan.

Sebenarnya, mesin basuh kena basuh juga. Sebab keladak-keladak kotoran tu melekat kat dalam mesin tu. Kalau yang semi-auto senang nak basuh tapi kalau yang full automatik memang kena basuh dengan betul. Sebab tu kat bahagian menu automatik tu ada Tub Hygiene ataupun Tub Clean... Fungsi dia untuk basuh mesin basuh.

Sepanjang 6 tahun lebih guna mesin basuh boleh dikatakan 3 kali je kot buat Tub Hygiene.. Tapi kurang berkesan sebab tak tau cara yang betul. Kotoran hilang tapi tak betul-betul keluar sepenuhnya. Jadi, kali ni cari solutions yang betul sebab anak dah pakai baju sekolah putih, tak nak la ada hitam-hitam yang melekat kat baju putih dia lagi.

Kali ni, MF cuci guna serbuk pencuci khas untuk cuci tab mesin basuh automatik. Nama dia Power Max Wash Drum Cleaner. Boleh beli kat Cosway je.. Tapi yang ni MF beli online kat shopee je... Murah je pun sekotak ada 2 bungkus harga dalam RM10 ke RM15 bergantung kepada seller di shopee. Boleh 2 kali guna.

Semalam terus cuba buat. Untuk buat memang buat malam sebab nak tunggu siap tu lama.

Cara Basuh Mesin Basuh

Cara Basuh Mesin Basuh Dengan Power Max Wash Drum

Caranya pun tak susah. Ikut sahaja arahan pada kotak.

  • Step pertama, masukkan 1 bungkus serbuk pencuci ke dalam mesin basuh.
  • Step kedua, tekan Tub Hygiene. Tunggu hingga air penuh.
  • Bila air dah penuh, biarkan mesin tu pusing 2 3 minit kemudian stop.
  • Rendamkan mesin dengan air penuh bersama serbuk pencuci tu selama 5 jam.
  • Lepas 5 jam, baru tekan start semula untuk teruskan proses mencuci hingga siap.

Mudah je kan.

Dalam proses rendam tu dah boleh nampak kesan dia... Semua keladak dan kotoran akan terapung dan keluar dengan sendiri... Naik ke permukaan air sabun tu.

Cara Basuh Mesin Basuh

Bila dah siap, akan nampak juga sisa keladak pada dasar mesin basuh. Cuci je la sendiri guna tangan.

Cara Basuh Mesin Basuh

Ikutkan kena buat lagi sekali ni, tapi Takpe rehatkan dulu mesin basuh ni, tunggu 2 3 minggu buat lagi sekali.

Bagi yang kerap mencuci baju memang kena buat la selalu. Tambah pula kalau ada anak yang lasak dengan kotoran degil. Memang tersangat digalakkan buat.

Bagi yang takde  masa nak cari pencuci ni boleh guna cuka dan soda bikarbonat. Masukkan soda dalam tempat sabun tu, kemudian tuang cuka... Nanti berbuih-buih larutan tu. Kemudian buat aje la cucian macam biasa. Tapi guna serbuk pencuci tu pun takde mahal mana.. Mudah pun mudah. Tak rugi buat.

Lega tengok mesin dah bersih sikit dari sebelumnya. Lepas ni boleh beli lagi serbuk pencuci dan boleh cuci mesin basuh secara berkala. Barulah mesin basuh bersih dan basuhan pun pun lebih bersih tanpa bau lagi.

Sekian,
Semoga bermanfaat. 

5Ulasan

  1. wah..bgus ni mesin basuh kt umh kalau bsuh mesti kluar bnda hitam2 tu..hbis kena baju

    BalasPadam
  2. Waw.. dapat ilmu baru harini. Terima kasoh atas perkongsian ye.

    BalasPadam
  3. Tapi mesin kinah takde pulak button tub hygeine hmmm

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum maria....betul tu mmg kena basuh mesin basuh kita ni...sesekali basuh mmg byk keluar kotarannya...

    BalasPadam
  5. Ada ke button tub hygiene? Zizie br tahu ni..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ