بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bolehkah Ibu Bapa Cium Mulut Anak Sebagai Tanda Kasih Sayang? | Persoalan ini ditimbulkan oleh en.somi, sebab dia tengok satu fenomena ibu bapa cium mulut anak-anak yang bersekolah rendah semasa hantar anaknya ke sekolah. Dua situasi, bapa cium anak perempuan dan mak cium mulut anak lelaki.

Boleh ke mak bapak cium mulut anak? Persoalan ni, berkait dengan hukum juga. Seperti yang kita tahu, menyayangi anak kecil sangat digalakkan oleh Nabi s.a.w. Pelukan dan ciuman kasih sayang kepada anak-anak salah satu terapi yang baik untuk membentuk akhlak yang mulia. Tapi persoalannya boleh ke cium kat mulut. JIka dalam masyarakat kita, cium mulut ni satu perkara yang janggal sangat dibuat dikhalayak umum. Hatta suami isteri sekalipun... Itu adab dan tatasusila orang kita. Tapi di barat, perkara tu jadi kebiasaan mereka.

Bila sebut boleh tak boleh ni.. puas juga menggodek, membelek buku fiqh dan website para ustaz mencari hukum dan perbahasannya. Setakat ni takde hadis yang melarang. Yang ada hadis tentang Saidina Abu Bakar mencium puterinya di pipi.

"Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah putrinya sedang berbaring kerana di serang sakit panas yang tinggi. maka aku melhat ayahnya Abu Bakar, mencium pipi seraya bertanya:"bagaimana kedaanmu, wahai putriku." [HR. Bukhari]

Bolehkah Ibu Bapa Cium Mulut Anak Sebagai Tanda Kasih Sayang?


Bolehkah Ibu Bapa Cium Mulut Anak Sebagai Tanda Kasih Sayang?


Apa pun ada beberapa syarah ulama yang menegah perbuatan tersebut dengan alasan yang tersendiri.

Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.” 

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)




Ada sebab kenapa ciuman mulut antara anak dengan ibu bapa dilarang... 

3 Sebab Dilarang Cium Mulut Anak

1. Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat

Dr Charlotte Reznick, seorang penulis, psikolog pendidikan dan anak di Universitas California Los Angeles ,UCLA, berpendapat mengenai kesan buruk jika terlalu sering mencium anak-anak di bibir.

“Ketika seorang anak mencapai 4 atau 5 atau 6 dan pada usia sekitar itu keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak-anak keinginan seksualnya muncul lebih awal, terkadang muncul pada usia 2 atau 3) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual(syahwat) mereka.”

2. Rasul dan Sahabat hanya mencium pipi putra-putrinya

Mencium pipi merupakan bentuk kasih sayang orangtua pada anaknya, maka hal ini diperbolehkan sering-sering dilakukan. Sedangkan mencium anak di bibir sebaiknya mulai dihentikan jika sudah terbiasa melakukannya.

"Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah putrinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai putriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)

3. Mulut sarang kuman

Ada bayi yang terkena penyakit kerana sering diciumi bibirnya. Ingatlah bahawa mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir, kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh.

Jadi, harap jelas.. walaupun takde hadis khusus, tapi sebaiknya memang tak digalakkan. Tak perlu nak tiru gaya mat salleh sangat. Cukup dengan pelukan dan ciuman di pipi.

Tempat Yang Digalakkan Mak Ayah Cium Anak

Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.

1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.

4. Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.

Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.

1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.

2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.

PANTANG LARANG!

Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.

Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 - 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!

Sumber: Dr. Taufiq Razif.. Follow Telegram beliau untuk dapatkan lebih ilmu keibubapaan.

5 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. terima kasih atas perkongsian ini maria..memang kekadang confuse jugakkan bila timbul isu ni.Tapi bagi akak,bila anak perempuan ni,kita kena ajar juga mereka dari kecil tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh bila bersama dengan ayah kandung.ataupun dengan lelaki selainnya..Tapi mak memang suka cium mulut anak kan...hehehehe

    BalasPadam
  2. Dah selalu sangat tengok parents sekarang jenis macam ni... Tertanya juga tp diamkan je dalam hati, sebab parents Mai setakat cium pipi saja.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama