GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 Jenis Sedekah Yang Boleh Kita Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Jenis Sedekah Yang Boleh Kita Amalkan Dalam Kehidupan Seharian | Sedekah itu sunat hukumnya tapi sangat digalakkan dan dituntut. Tujuannya untuk mengikis sifat kedekut, mensucikan rezeki dan harta dan barakah nya akan menjadikan rezeki kita digandakan oleh Allah dalam pelbagai bentuk rezeki seperti kesihatan tubuh badan, kebahagiaan rumah tangga dan ketenangan hati dan fikiran.

Bila sebut sedekah, kita fikirkan wang derma, beri duit kat tabung masjid, tolong anak yatim... Tapi sebenarnya sedekah bukan hanya dalam bentuk wang? Malah, apa-apa sahaja pemberian kita kepada orang lain yang memerlukannya dikira sebagai sedekah.

7 Jenis Sedekah Yang Boleh Kita Amalkan Dalam Kehidupan Seharian

7 Jenis Sedekah Yang Boleh Kita Amalkan Dalam Kehidupan Seharian untuk kita semua amalkan dan untuk mendapat keberkatan hidup. 

1. Niat bersedekah kerana Allah

Apabila kita mahu bersedekah, terlebih dahulu niatkan sedekah itu kerana Allah. 

Mudah sahaja! 

Katakan kepada diri kita "Saya bersedekah kerana-Mu, ya Allah. 

Bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Jika kita berniat sedemikian, dengan izin Allah, Allah akan hadiahkan pahala dan rezeki kepada kita.

2. Sedekah dalam bentuk wang

Ada antara rakan-rakan kita yang berkata, "Saya mahu bersedekah, tetapi saya tidak ada banyak wang. 

Jangan bimbang, kita masih boleh bersedekah walaupun dengan hanya 10 sen. Mudah, bukan? 

Hal ini kerana Allah menilai keikhlasan kita bersedekah.

3. Sedekah dalam bentuk pertolongan

Kita juga boleh memberi sedekah tanpa wang. Bagaimanakah caranya? 

Hulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. 

Sebagai contoh, kita menolong ibu dan ayah di rumah ataupun membantu orang lain, rakan-rakan di pejabat dan sebagainya.

4. Bersedekah dengan berkongsi ilmu

Sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara yang bermanfaat, berkongsilah dengan rakan-rakan yang lain. 

Hal ini kerana berkongsi ilmu juga dikira sebagai sedekah. Dengan izin Allah, ilmu kita semakin bertambah dan Allah akan mempermudahkan urusan kita.

Jadi, berblog ini satu medan sedekah yang berpanjangan. Jangan kedekut ilmu. Sebab tiada satu pun ilmu di dunia ni kita punya, segalanya milik Allah. Tapi dalam berilmu ada adab. Jika ambil ilmu dari orang lain, jangan lupa berikan kredit kepadanya.. Itu lebih mulia.

5. Menziarahi orang sakit dikira bersedekah

Apabila kita mendengar ada orang sakit, jika kita mampu ziarahilah mereka dan mendoakan supaya Allah menyembuhkan sakit mereka itu juga dikira sebagai sedekah.

6. Bersedekah kepada haiwan

Kita digalakkan berbuat baik dengan semua makhluk Allah, termasuk haiwan. 

Sedekah yang mudah boleh kita lakukan kepada haiwan adalah dengan memberi makan kepadanya. Niatkan kerana Allah, Allah akan memurahkan rezeki kita.

Jangan dihalau kucing yang datang bila kita makan.. Tapi kongsikan dengan kucing yang datang itu. Jangan dimarah semut yang datang atas meja.. Sebaliknya dia hanya ingin berkongsi rezeki dengan kita.

7. Bersedekah dengan senyuman

Barangkali ada yang bertanya, "Apakah sedekah yang paling mudah?" Jawapannya adalah memberi senyuman. Latih diri bermanis muka dengan memberi senyuman apabila bertemu sesiapa sahaja.

Pastikan ada orang untuk beri senyuman nanti tak pasal orang cop kurang siuman. 😊

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini dapat membuka minda kita bahawa mudahnya bersedekah. Lantaran, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang. Jom kita bersedekah! 😍

Olahan dari sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ