GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Tips Jimat Bila Beli Online

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tips Jimat Bila Beli Online | MF memang kaki shopping online... Setiap bulan ada aje la barang yang dibeli.

Sebab utama beli online sebab kawasan MF ni kira kawasan jauh dari bandar... Jarak lebih kurang 30km atau 45 minit kalau nak ke bandar... Dengan kos minyak mahal, MF lebih memilih untuk shopping online.

Apa yang MF beli setiap bulan? Apa sahaja yang rasa berkeperluan untuk dibeli. Bahkan jika ada barang anak-anak tengah sale MF akan beli. Sebab nak pergi mall cari, dengan anak kecil berderet confirm penat... Jadi, kenapa buang masa dan tenaga jika ada pilihan yang lebih baik.

Memandangkan MF ni memang pembeli online tegar la kata orang... MF nak kongsikan tips jimat bila beli online.

5 Tips Jimat Bila Beli Online

5 Tips Jimat Bila Beli Online yang biasa MF lakukan. Zaman sekarangkan semua kena jimat kan. Jom, MF kongsikan tipsnya.

1. Beli waktu sale

Sekarang ni lazada, 11street, dan Shopee ada buat jualan mengejut.. Atau shocking sale. Kalau lazada dia guna istilah Flash sale.. Sama la tu konsepnya... Iaitu jualan barangan tertentu dengan tawaran harga yang paling murah. Biasanya barangan yang ditawarkan ada masa tertentu... Jadi rugi sangat kalau tak beli waktu tu.. Sebab harga memang jatuh menjunam.

2. Pilih yang ada free shipping

Ini selalu MF akan buat.. Cari barang dan filter untuk free shipping... Kalau boleh COD tanpa cas pun sangat baik. Kenapa free shipping? Sebab kos pos sekarang mahal... Mana-mana courier pun sama je kos dia.. Jadi, kalau dapat harga murah dengan free shipping jangan tak beli... Memang murah la tu.

3. Buat perbandingan harga

Beli online ni kena rajin jari sikit la... Rajin survey harga barang di beberapa laman web online.

Biasa sebelum membeli, MF akan survey di Lazada dan Shopee dulu... MF dah tak membeli di 11street selepas beberapa peristiwa yang mengecewakan.. Jadi, memang lupakan dan rasa serik pun ye juga.

Jadi lazada dan shopee je MF bandingkan. Mana yang lebih murah dan berbaloi beli.

4. Baca review

Ini sangat penting bila beli online.. Murah walaupun murah tetap kena cari review yang lebih baik. Pastikan dapatkan review lebih dari 3 bintang ke atas.

MF suka cari review pasal produk bukan pasal masalah penghantaran... Bab hantar lambat tu biasa sebab courier sekarang memang banyak je yang lambat. Tapi baca review pasal barang... Ok ke tidak... Tambahan kalau beli produk elektrik.. Wajib baca review... Sama juga dengan produk kosmetik... Review itu membantu untuk kita beli barang yang berkualiti dan harga lebih murah.

5. Cari kod voucher di website tertentu

Ini penting ni.. Cuba cari aje kod voucher diskaun untuk lebih jimat. Atau, boleh juga subscribe/langgan berita terkini dari website shopping ni melalui email. Diorang ni selalu hantar kod voucher diskaun dan kod promo melalui email bagi pelanggan yang langgan info dari diorang. Jadi, rugi kalau tak guna.


Info Tambahan:

Beli waktu penjual buat "Live"

Di mana-mana platform shopping online, kebanyakan penjual akan gunakan waktu tertentu untuk buat live dan menyediakan banyak voucher dan diskaun jimat untuk pembeli. Memang jimat banyak...

Itu antara tips yang boleh MF kongsikan. MF suka beli online.. Cuma sekarang ni rasa malas pula sebab syarikat penghantaran area rumah MF buat perangai.. Pos laju dah jadi pos lembab dah.. Kebanyakan dah makin slow dah hantar barang. Mungkin masalah kekurangan pekerja tu sebab jadi slow ni.. Kadang seminggu baru sampai... Tapi sebab jimat beli online.. Sabar aje menunggu barang. Asalkan jangan beli kalau urgent nak guna..

Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

  1. Terbaiiikkkk... Memang betullah kan.. Nak belanja pun kena ada ilmunya juga.. Kot tak, memang habis tak cukup lah duit kita tu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ