07 Februari 2017

AWAS! INI YANG SUAMI ISTERI WAJIB TAHU TENTANG MEROYAN!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.

Baru-baru ini ada seorang ibu sanggup sembelih anak sehingga mati dipercayai akibat meroyan dan ini bukan kes pertama berlaku di Malaysia...



Sebenarnya ada 3 peringkat meroyan yang para suami dan isteri juga wajib tahu!  

Dari sudut dan istilah perubatan mental penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Istilah orang kita panggil meroyan.

1. Baby blues

Baby blues ni peringkat permulaan meroyan. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan hingga dua minggu paling lama.

Perkara ni agak biasa la untuk ibu yang baru bersalin anak pertama. Perubahan hidup dari tanggungjawab kepada diri dan suami berubah kepada tanggungjawab bertambah dengan ada anak... Tidur dulu lena sampai pagi.  Dah ada anak tidur tak tentu masa.... Kadang sejam sekali atau dua jam sekali bangun anak menangis nak susu.  Tambah tertekan kalau suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Ada suami jenis sekali ketuk sekali jalan tu yang payah tu...

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :

+ mood yang berubah-ubah.
Sekejap marah, sekejap suka, sekejap merajuk pula. Ada yang istilahkan sebagai mood swing... Sebenarnya mood swing ni bukan meroyan je... Wanita ketika datang haid pun alami perkara ni sebab perubahan hormon...

+ mudah cemas
Risau dan cemas tak tentu pasal. Anak menangis sikit, dah kelam kelibut dibuatnya.

+ selalu menangis
Akibat tertekan dia akan menangis... Dengar anak menangis dia pun menangis sekali.

+ kurang selera makan
Kurang makan mungkin sebab perubahan menu...orang berpantang kena pantang banyak jenis makanan. Itu buatkan dia lagi stress.

+ susah tidur
Rehat yang tak cukup... Tidur kurang dan bila sekejap tidur sekejap bangun buatkan dirinya susah nak tidur.

Mohon suami alert dengan tanda-tanda ini...

2. Pospartum depression

Meroyan pada peringkat pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.

Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :

+ mood swing yang teruk
+ menangis yang melampau lampau
+ susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
+ rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
+ rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
+ rasa diri tak berguna

3.Pospartum Psychosis

Meroyan peringkat teruk. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan-bukan sila berhati hati. Dah tahap kena rasuk dah ni... Dan ada saudara MF pernah kena penyakit ni..  Dia letak anak dia atas alang rumah... Fuhh... Nasib ada orang nampak... Kalau tak.. Nauzubillah...

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.

Jom bantu isteri.. Sayang isteri bukan setakat nafkah seksual sahaja...  Bukan tahap tu... Tapi lebih daripada tu...

Nak jadi suami bukan senang... Bukan sekadar cinta sayang pastu buat anak... Banyak emosi, jiwa, raga nak kena jaga dan kawal...

Kenalilah tanda-tanda pelik pada isteri terutama selepas bersalin... Yang paling penting... Jangan bagi isteri stress ketika berpantang... Tu punca utama penyakit ni...



CARA MENCEGAH MEROYAN

Bagi para suami yang ada kelebihan... Simpan cuti tahunan anda... Dan ambillah cuti lebih bila isteri bersalin... Jaga dia... Jangan paksa isteri dijaga oleh orang yang dia tak suka... Contohnya, dia tak selesa balik rumah mak mentua... Jangan paksa dia.. Usahakan cari pembantu lepas bersalin jika tak mampu jaga sendiri... Ataupun tak reti...

Jangan kata susah... Sebab inilah hakikat bila dah kahwin... Kalau tak jangan kahwin dengan perempuan...  Jangan salahkan wanita... Kerana wanita itu makhluk beremosi...

Bagi isteri pula... Belajarlah kawal emosi dan tekanan... Sejak awal hamil... Doakan anak kita mudah dan mempermudahkan kita... Doakan yang baik-baik... Jaga hati suami dan adik beradik serta orang lain... Jangan sakitkan hati orang lain...

Banyakkan berzikir dan baca al-Qur’an. Berhadas besar tak bermakna kita tak boleh baca langsung al-Quran...  Bacalah ayat lazim yang memang dalam hafalan kita... Jangan terlalu nakkan kesempurnaan... Suami ni ada yang jenis ala kadar... Janji dia buat... Contohnya dia memasak di dapur... Dapur tak kemas... Tak payah kita fikirkan dapur kemas ke tidak... Rumah berhabuk sikit tak nak... Tak perlu fikirkan kesempurnaan...  Belajarlah jadi wanita yang sederhana...

Kukuhkan komunikasi suami isteri... Jangan biarkan isteri memendam rasa... Andai suami kita jenis payah berbincang... Carilah seseorang yang amanah untuk kita luahkan perasaan....

Perempuan ni memang tak boleh pendam perasaan dalam hati... Kalau simpan...camtulah... Untung kalau dapat bini mulut kasar... Sebab dia memang jujur.. Dia tak puas hati memang terus luahkan...

Jadi... Komunikasi tu penting juga dalam rumahtangga untuk menangani masalah meroyan...

Teruskan mencari ilmu rumahtangga walaupun berpuluh tahun pun dah hidup bersama... Kerana kita suami isteri diciptakan berbeza untuk saling melengkapi. 

ANTARA BOS LELAKI VS BOS PEREMPUAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kerja makan gaji ni ada la jawatan peringkat atasan.. kalau kita sebagai kuli ni sentiasa kena ikut arahan bos di atas.. Secara normalnya, bila kita bekerja dalam organisasi yang besar, bos kita pasti sentiasa bertukar-tukar orang... Ada yang lelaki dan ada perempuan.. dan sememangnya, pasti akan berbeza cara pengurusan organisasi itu bila melibatkan bos lain jantina ni kan... 

Ada beberapa perbezaan karakter antara bos lelaki dan perempuan yang membuat 

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh onepoll.com, sebahagian besar pekerja perempuan ternyata lebih suka bekerja dengan bos dibandingkan bos perempuan. Dalam buku Why Men Can’t Listen and Women Can’t Reads Maps karangan Barbara and Allan Pease juga disebutkan bahawa terdapat perbezaan dalam cara memimpin antara lelaki dan perempuan.



Bos perempuan

Positif
1. Lebih berempati. Kerana sesama perempuan, cenderung boleh memahami bila kita perlu meninggalkan pejabat untuk alasan keluarga.

2. Tidak perlu risau mengenai gangguan seksual di pejabat.

3. Lebih baik dalam berbincang dalam tugasan.

4. Lebih sering memberi pujian pada bawahannya dan merupakan pendengar yang baik.

5. Boleh membicarakan banyak hal dalam satu waktu. Mereka boleh menyampaikan visi, misi, dan keadaan pengurusan lengkap dengan cerita mengenai perasaannya terhadap pengurusan dan organisasi tersebut.

Negatif
1. Seringkali, melibatkan emosi dalam pekerjaan.

2. Cenderung sering terpengaruh mood dan kerap membawa permasalahan peribadi ke pejabat.

3. Lebih senang membicarakan masalah perasaan dan segala lika-likunya (meskipun di luar jam kerja!)

Bos lelaki

Positif
1. Lebih logik dan profesional.

2. Jarang menggunakan emosi. Memberi hukuman sesuai dengan peringkat kesalahan.

3. Lebih baik dalam membuat keputusan dan juga memiliki visi yang lebih baik dalam menjalankan tugas untuk jangka panjang.

4. To the point dan tidak meleret.

5. Lebih banyak bicara fakta. Rencana kerja dan strategi perusahaan pasti menjadi prioriti.

Negatif
1. Lebih rentan dengan isu penganiayaan dan pelecehan seksual. Paling tidak, menimbulkan gosip tak sedap.

2. Lebih senang bawahan perempuan yang mudah diatur dalam menjalankan tugas, daripada yang terus bertanya.
Diolah dari: http://www.parenting.co.id

MF juga pernah alami dan berpengalaman sekejap je dengan bos lelaki... dan berpengalaman lebih dengan bos perempuan... memang betul apa yang dinyatakan di atas... dan sebenarnya selesa kerja dengan bos lelaki lagi... Apa pun memang ada pro dan kontranya... cuma bos perempuan ni terlalu straight sangat...ikut protokol...dan lebih takut dengan pegawai atasan.. tu buatkan segalanya ikut prosedur... lelaki ni berani dan bertindak ikut rasionalnya... dan untungnya, bila dapat bos bersikap "Family Men"... 
3 HARI JE KITA HIDUP SEBENARNYA...

3 HARI JE KITA HIDUP SEBENARNYA...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam    : Sudah menjadi sejarah 
2. Hari ini      :  Apa yang sedang kita lakukan 
3. Esok          :  Hari yang belum pasti 

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. 
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. 
Jadi mengapa menunggu esok untuk berbuat baik.

Renungkanlah.... 



HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: 

   1. Nafas Naik 
   2. Nafas Turun 

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. 

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 

Syukur dengan setiap nafas yang ada.. Jangan kufur nikmat.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT: 

1. Kekal di dalam neraka 
2. Kekal di dalam syurga 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun  IMAN
Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. 

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... 

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surattanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana suratitu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. 

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :- 
   1. Dia mungkin didenda 
   2. Segala suratnya masuk tong sampah.  

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. 

Jangan jadi hamba yang kufur nikmat... dah dapat segalanya tapi guna kepada yang mengundang kemurkaan Allah..

06 Februari 2017

AWAS! BAGI IBU BAPA YANG ADA DAN  BAKAL ADA ANAK PEREMPUAN!

AWAS! BAGI IBU BAPA YANG ADA DAN BAKAL ADA ANAK PEREMPUAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

ALERT buat Ibu ayah yang ada & mengandungkan anak perempuan.

Ambil tahu... ia penting untuk masa depannya.

Sihat atau tidak rahim seseorang wanita banyak bergantung seawal kelahirannya lagi.

Anak anak perempuan mudah dijangkiti kuman di faraj apabila meletakkan bedak direct ke bahagian sulitnya.

Bahan utama nak buat bedak talkum ni ada magnesium silicate hydroxide yang kita kenal sebagai talc, mengandungi bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru paru. - (Pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang - 2009).

Walaupun benda ni dah didedah lama, but still ada parents yang masih gunakan talkum dengan niat 'mewangikan' anak, finally anak disahkan kanser sebab kita =(

Banyak kajian menemui zarah zarah talc dalam tumor ovari wanita disebabkan mereka kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit. Zarah talc ini boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Walaupun pemakaian talkum seminggu sekali di bahagian sulit, tapi ia sudah cukup menambah risiko kanser 36% dan 41% bagi mereka yang memakainya setiap hari. Nauzubillah....

Bukan tu saja, debu putih halus daripada talc yang berterbangan ni boleh disedut bayi dan terdedah kepada masalah laluan pernafasan membengkak dan boleh menyebabkan pneumonia.

Sumber: google images


Tips MENYAYANGI RAHIM bagi setiap wanita seawal bayi lagi : 
  • Jika ada lelehan atau discharge basuh faraj/wap dengan air garam.
  • Makan banyak sayur dan buah seawal usia 6 bulan lagi hingga dewasa.
  • Minyak ikan dan vitamin C baik utk melawan penyakit rahim. 
  • Check jika ada history penyakit rahim dalam family. Setiap penyakit ada kaitan dengan pengaruh baka dan 10% boleh menyumbang kepada puncanya. 
  • Kahwin dan hamil ketika usia 20an mencegah ketumbuhan fibroids & adenomyosis. 
  • Tangani stress pada diri. 
  • Elakkan makan junk food dan fast food - ia bukan saja boleh menyebabkan kegemukkan malah haid yang tidak teratur disebabkan pemakanan dan hormon tidak seimbang ini menyebabkan gangguan pada rahim dan merosakkannya. 
  • Masa period elakkan keluar rumah pada waktu maghrib dan malam.
  • Nenas baik bagi wanita yang tidak merancang hamil. Nenas berfungsi untuk bersihkan darah kotor di belakang rahim. Sebab tu masa pregnant orang orang tua tak bagi makan nenas. Dia bersifat mencuci.

====================================================
Sumber Asal: Copyright@Nazira Nazir buku 9bulan10hari


Bab letakkan bedak pada anak tu, masa anak sulung MF buat... tapi atas kesedaran dan pembacaan, mengenai kesan bedak talkum pada bayi, MF tak letak lagi... anak kedua dan ketiga memang tak guna bedak langsung... bahkan memang tak suka guna bedak talkum... tapi kadang orang tua, suka sangat siapkan anak kita dengan bedakkan... tapi asalkan tak letak di alat sulit anak-anak ok lagi  la kan... 

Untuk anak ketiga ni, alami ruam panas dan ruam kulit... jadi, solusi nya Mf gunakan krim talkum tea tree jenama Cosmoderm... memang berkesan dan selamat pada kulit bayi... Alhamdulillah dengan izin Allah. 
8 TANDA ANAK STRESS YANG WAJIB IBU BAPA TAHU!

8 TANDA ANAK STRESS YANG WAJIB IBU BAPA TAHU!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Sebagai ibu bapa kita kena faham bahasa badan atau 'body language' yang anak anak tunjukkan sebab kadang kadang anak ni tak tau nak cakap yang dia SEDANG STRESS.

Bila anak menangis terus cakap anak ni lapar susu ni. Tak cukup makan ni. Sedangkan kemungkinan besar anak kita sedang mengalami tekanan yang kita tak faham.


Sumber: google images

Jom kita cuba fahami signal anak kita.

1) Susah tidur
Masa tidur tak menentu dan sering tidur lewat malam kadang hingga menjengah ke waktu dinihari.

2) Terlalu aktif
Terlampau aktif sehingga hilang kawalan.

3) Pemalu
Sangat pemalu seolah olah hilang keyakinan diri.

4) Suka mengamuk
Marah apabila kemahuannya tak dituruti. Boleh mengakibatkan kerosakan barang dan kecederaan fizikal.

5) Cerewet makan
Memilih makanan dan hanya mahu makanan kesukaannya sahaja.

6) Kencing malam
Terlampau tertekan sehingga boleh kencing malam. Khusus untuk anak anak yang dah besar.

7) Mudah menangis
Terlalu sensitif dan amat mudah mengalirkan air mata.

8) Ketakutan
Ketakutan melampau sehingga hilang rasa ketenangan dan memerlukan perhatian yang lebih dari ibu ayah.

Kalau anak anak ada salah satu tanda tanda atas, cepat cepat bertindak untuk bantu anak rasa selesa dan tenang. Bawak anak keluar ambil angin sambil bacakan surah surah pendek pun inshaAllah anak akan lebih tenang. Peluk dan berikan perhatian dan layanlah anak-anak sebentar dan tinggalkan dunia kerjaya kita dan dunia sosial kita.. 

Walaupun begitu, tak semua tanda ni menunjukkan anak stress sebenarnya... tapi mungkin juga atas faktor-faktor lain juga...seperti memang sikap, atau ada sesetengah anak-anak mengalami gangguan emosi dan sebagainya..  Apa pun, jangan mudah melenting andai anak-anak ada 8 tanda ini. 

"AKU MEMANG MULUT JAHAT, TAPI HATI AKU BAIK TAU"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada orang argue dirinya memang laser di alam maya, tapi di alam nyata bukan seperti itu..

Itu persepsi tentang diri sendiri... tapi persepsi orang lain...


Jika benarlah, kita adalah hiprokrit dalam bahasa mudah, kita sebenarnya orang munafik...

Lagipun, orang yang baik tak kan mengaku diri dia baik..

Jadi, melalui penulisan orang boleh kenal kita bagaimana sebenarnya... Jangan menipu...jika membawa 2 watak berbeza, maknanya itulah tanda orang munafik yang jelas dan nyata.

05 Februari 2017

26 TANDA SOMBONG YANG KITA TAK SEDAR ADA PADA KITA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

*Nauzubillah Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri...*

Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.



1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim

Semoga memberi manfaat.


LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

LEBIH SESAT DARIPADA BINATANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


[Lebih Sesat Daripada Binatang]

Firman Allah SWT :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
 وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
 وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);

أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;

أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
mereka itulah orang-orang yang lalai.

[Surat Al-A'raf 179]

Janganlah kita jadi orang yang lalai dan degil dengan suruhan dan perintah Allah...  sebab binatang pun dengar dan turut perintah Allah dan mengikut fitrah..  

04 Februari 2017

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN TELINGA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

NIKMAT PENDENGARAN

Deria terawal dikurniakan oleh Allah adalah PENDENGARAN. Deria terakhir ditarik oleh Allah sebelum kita mati juga adalah PENDENGARAN.

Di dalam al-Quran, Allah mendahulukan ungkitan nikmat PENDENGARAN berbanding penglihatan. Antaranya rujuk surah al-Isra' ayat 36.

Bahkan ciri-ciri golongan yang layak beroleh hidayah juga adalah di kalangan mereka yang suka menDENGAR dan mengikuti pedoman agama. Antaranya rujuk surah al-Zumar ayat 18.

Allah juga mengingatkan bahawa sikap degil, buat-buat pekak bakal menyebabkan manusia menjadi jahat serta hilang pedoman. Bahkan hingga 'berevolusi' menjadi lebih sesat dari  binatang. Rujuk al-A'raf 179.

Di dalam surah al-Kahfi pula Allah menceritakan terpeliharanya iman pemuda al-Kahfi setelah Allah memelihara penDENGARan mereka.

Terlalu banyak perihal nikmat menDENGAR yang termuat di dalam al-Quran. Yang pasti ia adalah nikmat yang perlu diurus dengan baik.

Malangnya hari ini, ramai manusia yang tidak suka menDENGAR. Mereka beranggapan kononnya sabar menDENGAR merupakan proses indoktrinasi yang membodohkan. Sebaliknya pula mereka suka memaksa orang lain untuk menDENGAR kata-kata mereka atas nama kebebasan dan keterbukaan.

Maka lahirlah generasi yang degil tidak menDENGAR kata.

[Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad]

Sumber: Tazkirah Ringkas@telegram



Telinga nampak organ yang Simple di kepala tapi besar manfaat dan fungsinya...  

Buta mata takpe lagi tapi jangan pekak telinga... Telinga juga membantu kita seimbangkan badan ketika berjalan... 

Besar fungsi telinga yang menjadi fungsi pendengaran ini... Walaupun telinga ini tak seperti lidah tapi ianya juga akan ditanya di akhirat nanti apa yang diperlakukan oleh tuannya semasa di dunia... 


Tapi memang betul... Generasi sekarang banyak melihat dari mendengar... Pengalaman MF sebagai guru dan sebagai ibu... Anak-anak akan lebih mengikut apa yang dilihat dari apa yang dia dengar... 

Pelajar sekarang tidak suka pembelajaran jenis talk and chalk lagi... Perlukan pembelajaran yang ada aktiviti dan pergerakan... Tapi sebenarnya proses pendengaran itu sangat bagus... Kerana dari telinga juga ianya akan tersimpan di memori kita... 

Jadi, sama-sama kita mendidik diri dan anak-anak supaya menjadi pendengar yang baik.   

03 Februari 2017

DRAMA SUMPAH IBU KISAH ANAK PUNGUT YANG DERHAKA KEPADA IBU SUSUAN!

DRAMA SUMPAH IBU KISAH ANAK PUNGUT YANG DERHAKA KEPADA IBU SUSUAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tamat sudah satu lagi siri drama yang akhirnya terlayan tanpa sengaja.. hajat hati malas nak layan drama TV kat TV9.. entah macam mana boleh terjebak... ini mungkin gara-gara cuti sekolah la ni.. kalau waktu kerja memang tak dan nak layan drama nye.. dok berdrama dengan anak-anak je gayanya.. 

Memula baca sinopsis Drama Sumpah Ibu.. mesti drama biasa-biasa je ni.. tengok tajuk tahu dah kisah anak derhaka la ni.. tapi entah macam mana boleh layan ntah.. mungkin sebab watak Intan dan mak dia tu buatkan nak tengok je.. 



Apa pun kisah ini memang banyak juga pengajarannya.. terutama bab anak dengan mak kan... walaupun mak susuan tapi tetap mak kita... tetap sama je.. sebab air susu bukan boleh diganti semula dengan sesuatu benda pun...

Sinopsis Drama Sumpah Ibu
Drama Sumpah Ibu mengisahkan tentang seorang gadis yang bijak bernama Intan. Dia berasal dari keluarga yang miskin dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi untuk membantu keluarganya. Ibu Intan terpaksa bertanggungjawab menyara mereka sekeluarga selepas ayahnya lumpuh. Intan juga mempunyai seorang abang yang cacat dan juga seorang adik. 
Haris yang merupakan kekasih kepada Intan sentiasa menjadi pendorong buatnya. Malah Haris juga banyak membantu keluarga Intan. Kasmah, ibu kepada Intan begitu menyayanginya. Namun Intan kerap memarahi ibunya kerana terasa terbeban dengan kemiskinan keluarga mereka. Demi mengutamakan masa depan Intan, Kamsah sanggup menjual semua barang kemasnya. Dia mengharapkan Intan dapat melanjutkan pelajaran dan membantu keluarga bila dia dah berkerjaya kelak. 
Namun setelah berjaya, Intan mula lupa diri. Dia memilih kemewahan dan melupakan pengorbanan ibunya. Malah Intan juga sanggup curang terhadap kekasihnya Haris yang selama ini banyak membantunya. 
Hendak dijadikan cerita, kekasih baru Intan yang bernama Nasir terlibat dalam projek pembinaan di kampung Intan. Intan sanggup mencadangkan kepada Nasir untuk memberi wang pampasan dan menghalau penduduk kampung termasuk keluarganya. 
Ketika ayahnya sakit tenat dan pada saat ayahnya meninggal dunia, Intan langsung tidak pulang. Malah Intan sanggup membiarkan adiknya dipukul ketika adiknya datang untuk memujuknya pulang. Sikap Intan itu membuatkan ibunya menjadi murung dan sedih. Kamsah kecewa dengan sikap Intan yang seolah telah melupakan sumpahnya untuk berjasa kepada keluarga bila dah berjaya.

Tapi watak Intan yang lupa diri tu memang menjadi..Sebenarnya dalam drama ni watak Ibu tu buatkan MF geram juga.. sebab watak mak pilih kasih.. 

Memang bagi pengajaran kat ibu-ibu diluar sana juga sebenarnya... jangan sesekali pilih kasih.. jangan sanjung sangat anak.. kot anak yang kita sanjung tu la buat kat kita... 

Dan akhirnya, dosa anak yang derhaka mestilah balasan di dunia dia akan dapat... hebatnya kuasa ibu... kat dunia lagi akan dibalas... di akhirat lagi lah.. 


Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Tapi tu la kan.. hati ibu kan... mudah terasa... MF sendiri jadi ibu kadang-kadang terasa gak dengan anak sendiri.. tapi fikir balik anak tu kecil lagi.. kdang apa dia buat sebab dia ikut... atau mungkin khilaf kita masa kita bersama ibu kita dulu kan.. Allah tunjukkan semula bila kita ada anak... 

SAYANGI ANAK KECIL KERANA ITU MASA SILAMMU
HORMATI ORANG TUA KERANA ITU MASA DEPANMU


8 PETUA MUDAH BERSIHKAN PERIUK HANGIT DAN MELEKAT!

8 PETUA MUDAH BERSIHKAN PERIUK HANGIT DAN MELEKAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Periuk terhangit.. itu biasa... bila mula multitasking kat dapur... takpun.. sambil masak layan Facebook... haha... tapi tak susah mana nak bersihkannya... yang pasti rendamkan dengan air... dan untuk bersihkannya boleh guna 8 petua ini:


Sumber: google images

Baking Soda/Serbuk Penaik
Ambil 1 sudu baking soda, masukkan dalam periuk dan rendam beberapa jam Kesan hangus akan menjadi lembut dan bolehlah dicuci seperti biasa..

Cuka makanan campur Soda Bikarbonat
Rendamkan air secukupnya ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi. Kemudian masukkan secawan cuka. Didihkan Perhatikan kesan hangus akan mula tertanggal. Padamkan api dan campurkan dengan soda bikarbonat. Sental sehingga kerak hangus tertanggal. Tambahkan lagi soda bikarbonat jika perlu. Cara ini sesuai untuk kesan hangus yang nipis seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.

Garam dan Limau
Perahkan beberapa biji limau (ikut besar periuk dan kuali) kemudian campurkan sesudu garam. Biarkan lebih kurang satu jam. Sental dan cuci seperti biasa.

Garam
Didihkan garam bersama dengan bekas yang hangus tadi. Bila mendidih perlahan-lahan kacaukan menggunakan senduk. Perhatikan jika kesan kerak tertanggal teruskan kacau. Jika tidak, biarkan beberapa jam sehingga kesan hangus tertanggal sendiri.

Tomato
Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato didalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman sebelum teruskan kerja menyental dan mencuci.

Minuman berkarbonat
Sesuai untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Rendamkan bekas yang hangus dengan minuman berkarbonat.Biarkan dalam beberapa jam atau semalam untuk kesan yang cepan. Nampak kan... minuman berkarbonat boleh cuci karat, camne lah orang boleh telan minuman ni... nak sental usus agaknya kan... huhu

Cuka
Caranya masukkan air secukupnya kedalam bekas yang hangus. Masukkan secawan cuka dan cuba didihkan dahulu dengan cara mengacau sehingga kerak tertanggal. Jika kesan kerak tidak terlalu serius, selalunya cara ini amat berkesan

Garam Kasar dan Minyak
Selepas memasak, dan ketika periuk masih  panas rendamkan terus ke dalam air. Cuba basuh dan bilas dan cuba tanggalkan kerak hangus seboleh mungkin. Ambil segenggam garam kasar  dan ratakan keseluruhan permukaan dalam kuali dan periuk sambil menyental lagi sehingga kerak hangus tertanggal. Bilas dan lap sehingga kering. Panaskan semula kuali dan periuk tersebut seketika. Kemudian sapukan minyak ke bahagian dalam kuali dan periuk menggunakan berus.

Kredit: Karangkraf.com

8 CONTOH PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA ISLAM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kita marah kan kalau orang bukan Islam mempersendakan dan mempermainkan agama Islam... Tapi sedarkah kita, dalam kalangan orang Islam sendiri ada yang mempersendakan agama sendiri... Mungkin kita tak perasan...



Jom kita lihat contoh perbuatan yang mempersendakan agama

PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA 
· Mempermainkan dan mempersendakan ajaran Islam sama ada melaui lisan atau perbuatan. Seperti pakai tudung, sekejap pakai sekejap buka... main-main pula dia kan.. rasa nak pakai,pakai... rasa tak nak pakai dia tak pakai..

· Memperkecilkan tuntutan agama. Menganggap solat dan menutup aurat umpamanya sesuatu yang menyusahkan dan membazir serta membuang masa.

· Bangga apabila melanggar larangan Allah. Rasa bangga tak puasa, tak solat dan sebagainya... dan terang-terangan dia memperlihatkan dosa dia. \

· Menghina orang yang bertakwa. Menghina ulama, ustaz dan golongan yang berdakwah.

· Menjunjung perbuatan maksiat. Menyokong perbuatan maksiat, program hiburan yang melalaikan.

· Tidak bersolat. 

· Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai. Pernah jadi isu bab ni tahun lepas. Walaupun perempuan tu ada kelebihan Allah bagi...tapi itu bukan tiket kita untuk makan depan orang lain yang berpuasa.
· Tidak membayar zakat yang difardhukan, sama ada zakat fitrah atau zakat harta. 

GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA 
· Musyrikin 
- Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid

· Munafik 
- Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keIslaman.

· Murtad 
- Orang yang keluar daripada Islam

· A'shi 
- Orang Islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya

Renungkanlah... adakah kita dalam kalangan itu... kalau ada kawan kita tergolong dalam golongan dan pernah lakukan perbuatan seperti ini.. tegurlah dengan hikmah.. tak pun share aje entry ni... 

BILA KAU SEDIH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila sebut tentang ujian, setiap manusia ada ujian masing-masing.

Ada yang di uji dengan kemiskinan.

Ada yang di uji dengan kesakitan.

Ada yang di uji dengan masalah orang sekeliling yang sering fitnah, kutuk dan membuka aibnya.

Ada yang di uji dengan masalah keluarga yang porak peranda.

Ada yang di uji dengan maksiat. Ketagih sehingga jatuh berkali-kali.

Tak kurang juga ada yang diuji dengan kesenangan yang melalaikan.



Namun...

Setiap ujian itu hanya satu yang Allah mahu.

Allah mahu kita kembali padaNya.

Allah gembira mendengar suara kita.

Allah rindu mendengar rintihan kita.

Allah amat mencintai kita.

Yakinlah teman...

Allah akan balas segala kesabaranmu dengan syurga yang kekal selamanya!

Tika itu, tiada lagi kesedihan, tiada lagi bebanan, tiada lagi tangisan dan kesakitan. Yang ada cuma kebahgiaan.

02 Februari 2017

ANAK SULUNG TETAP TERISTIMEWA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selalu dia kena marah tiap kali ada buat salah,
selalu dia yg kena bebel bila ada masalah,
selalu dia kena kemas kalau adik buat sepah mainan, buat tumpah air, selalu adik je berpeluang bermanja.
Adik punya pasal semuanya dia yg kena.

Sebelum ada 2,3,4,5,6,7,8,9 mahupun 10, kita bermula dengan satu begitu juga anak, kita bermula dengan yang sulung.

Kerana dia, kita belajar melahirkan, menyusukan, menukar lampin dan bagaimana mendidik anak-anak, kekoknya kita tiap kali lalui benda baharu.

Hadir yang kedua, kita minta yang sulung untuk berdikari kurangnya perhatian pada anak yang sulung automatik berlaku.

Kekadang marah itu mudah sangat dilepaskan semua padanya, adik baru lelap dia terlanggar buaian adik memang kena la.

Hati yang luka masih boleh dirawat, tapi jangan dilengahkan rakan-rakan, peluklah anak sulung kita setiap hari ucapkan terima kasih padanya kerana kita belajar banyak benda baru kerana hadirnya dia.

Sayang itu adil anak sulung memang biasa kena marah, memang selalu kena tapi yang sulung tetap istimewa kerana dia yang pertama.


Yang sulung tetap istimewa...
Ya!!! Kakak tetap yang istimewa...
Sangat rajin membantu walaupun usianya masih mentah sangat..
Sangat pandai memujuk...

Marahnya kami bukan kerana benci tapi kerana sayang sangat kat kakak...

Kerana tanpa kakak yang pertama.... Tiadalah panggilan keramat UMMI dan ABI...

Itulah yang sulung kan... Selalu kena beralah... Tapi setakat ini masih mampu adil.. Kalau adik buat kakak.. Tetap marahkan yang salah... Adik tetap kena yang salah... Sama sahaja anak Ummi Abi... Tiada siapa yang lebih... Sehabis baik... Kami suami isteri akan berlaku adil... 

VIRAL CAS RAWATAN PERGIGIAN DI KLINIK KERAJAAN NAIK DISAHKAN BENAR!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

*CAJ RAWATAN GIGI KLINIK KERAJAAN NAIK MENDADAK MULAI 1 FEB 2017*

a) Cabutan Gigi
Harga Lama : RM1 
Harga Baru : RM15 

b) Cuci Gigi 
Harga Lama : RM 2
Harga Baru : RM 55

c) Tampalan
Harga Lama : RM2
Harga Baru : RM25

*_Pekeliling berkuatkuasa 1/2/2017_*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat pemberitahuan daripada Bahagian Kewangan bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 dan emel Bahagian ini bertarikh 26 Januari 2017 mengenai perkara di atas.

2.     Sepertimana sedia maklum, kadar baharu bagi caj perubatan warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 akan  berkuatkuasa mulai 1 FEBRUARI 2017.  

3.     Walaubagaimanapun, caj yang melibatkan PERGIGIAN adalah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga  1 MAC 2017. Surat pekeliling KSU mengenai pelaksanaan caj pergigian akan dikemukakan kelak. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua PTJ di bawah seliaan jabatan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan masing-masing.  Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Unit Hasil, Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-8883 2408 / 3063 / 2399 / 3078.

4. Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Sekian, terima kasih.

Murni Rahayu binti Ahmad Anuar
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel   : 03-8883 3068
Faks : 03-8883 4364



Akhirnya Viral tentang kenaikan bayaran perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Kerajaan disahkan benar... 

Hmm... Walaupun kenaikan ni hanya melibatkan kelas 1 dan 2 sahaja...  Tapi semestinya ianya mengundang rasa panik pada semua golongan rakyat... 

Nampaknya lepas ni ramai la diam aje kalau gigi sakit... 

Apa pun pengalaman MF pernah cabut gigi di klinik swasta dan klinik kerajaan...  

Sebatang gigi hampir 2 ratus bayarannya..  Kat klinik kerajaan hanya RM1... Selesa? Selesa lagi kat klinik kerajaan... 

Walaupun begitu MF rasa tak patut la naik mendadak camni kan... Memang kos ubat dan segala kos lain yang rakyat tak nampak tu dah naik... Tapi berita kenaikan harga ni mengundang rasa tak senang sebab berikutan kenaikan harga minyak... 

Apa pun... Nak buat camne kan..  Kita rakyat biasa... Boleh bersuara tapi... Hmmm... Tak tau dah nak komen apa dah dengan ekonomi negara kita ni...  Hadap juga la walaupun azabnya hanya rakyat biasa yang rasa... 

Takpe la kan.. Biasa susah nak hidup kag dunia... Jangan susah nak mati dan susah akhirat juga kan... Depa nak senang katdunia biaq p... Akhirat depa jawab sendiri... 

01 Februari 2017

D.I.Y | ORIGAMI BEKAS PENSIL GUNA KERTAS WARNA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Idea ni dapat dan belajar dari anak murid sendiri di sekolah... diorang belajar dari cikgu seni diorang la ni... Idea ni membuatkan MF tertarik sebabnya setelah sekian lama mencari solusi hobi si anak yang suka sepahkan pensil dan pensil warna segenap cerok rumah... tu yang belajar macam mana nak buat... memandangkan senang sangat nak buat... tu yang MF gigih belajar buat...


BAHAN-BAHAN:

6 helai kertas warna
Gunting
Pisau
Gam

Langkah 1:
Lipat kertas untuk dapatkan bentuk segi empat sama. Buat keenam-enam helai. Semuanya jadi 6 helai kertas warna segi empat sama sisi.



Langkah 2:
Lipat ke dalam keempat-empat bucu kertas.


Langkah 3:
Lipatkan ke dalam untuk kedua-dua bahagian.. Rujuk gambar di atas.

Langkah 4:
Lipat kepada dua bahagian. Rujuk gambar di atas.




Kertas lebihan tadi, jangan buang... korang gunting untuk dijadikan selitan di bahagian dalam lipatan kertas ni nanti... 

Langkah 5:
Selitkan kertas warna lebihan tadi yang kontra dengan warna yang first korang buat tadi... Rujuk gambar di atas. 

Finally, ianya akan jadi macam ni... 








Buat keenam-enam kertas warna begini... 



Bila dah siap keenam-enam, cantumkan setiap bahagian guna gam. 

Tadaaaa

v
v
v
v


JADILAH BEGINI... LETAKKAN KERTAS DIBAHAGIAN BAWAHNYA UNTUK ELAKKAN PENSIL KELUAR...


Menarik kan.. colorful gitu... mudah, murah dan jimat... boleh buat homeschooling dengan anak-anak juga.. 

WW | TANDA-TANDA ANDA SEORANG PENAGIH HANDPHONE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



INFO PENTING | BETUL KE CARA KITA ISTINJAK SELAMA NI???

INFO PENTING | BETUL KE CARA KITA ISTINJAK SELAMA NI???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL

Hendak, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bererti cara kita itu betul.

Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian yang sulit dijangkau.

Selain untuk menjaga kesehatan juga penting untuk memastikan amal ibadah kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?

Banyak orang merasa diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Azab kubur bg yang tidak jaga kencingnya, dalil:
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – – اِسْتَنْزِهُوا مِنْ اَلْبَوْلِ, فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْهُ – رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيّ

وَلِلْحَاكِمِ: – أَكْثَرُ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْ اَلْبَوْلِ – وَهُوَ صَحِيحُ اَلْإِسْنَاد ِ

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Bersihkanlah diri dari kencing. Karena kebanyakan siksa kubur berasal dari bekas kencing tersebut.” HR Ad Daruquthni dan Al Hakim, “Kebanyakan siksa kubur gara-gara (bekas) kencing.” Sanad hadits ini sahih

Jadi bagaimana kita bersihkan dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih. Ada caranya…

Lelaki :
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar.

Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

*Kaum wanita pula :*
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicucikan bahagian dalam dengan memasukan sedikit  jari tengah dan diputar putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata mata. 

kerana hanya dengan menyiram air saja  tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.



*SANGAT PENTING*

Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk *memasukan satu jari kedalam dubur,*

Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur sambil siram dengan air hingga terasa najis benar benar telah hilang dan bersih.

*Betul atau tidak cara kita selama ini?*

Kalau yang tak betul mari sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. 

Dijanjikan NERAKA untuk mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).

*Rasulullah SAW bersabda :*



Wallahu a'lam...

🚿🚿     🚿🚿     🚿🚿      🚿🚿        
 : لا حياء في الدين 
tidak ada kata malu dalam urusan yang berkaitan agama

7 JENIS WANITA YANG TIDAK BERSYUKUR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Wanita wajib ada iman... dan perlu kuatkan diri dengan iman... Jika takde iman, jadilah wanita tak bersyukur... Yang sering pertikaikan apa yang Allah dah tetapkan untuk wanita...

Perhatikan dan renungkan dialog ini..


Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan ISTERI A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan REMAJA perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan ISTERI B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya. Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan D:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan sedikit ilmu yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Bukankah ibu itu seorang wanita? Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?

Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?

Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya! Tapi masih ramai wanita yang angkuh dengan suaminya”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah.

Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Sumber: internet


Dan telah menceritakan kepada kami Harmalah bin Yahya telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab telah menceritakan kepadaku Ibnu Musayyab dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya seorang wanita bagaikan tulang rusuk, jika kamu meluruskannnya, niscaya akan patah, jika kamu membiarkannya, maka kamu dapat bersenang-senang dengannya namun tetap bengkok. (Shahih Muslim 1468 – 65)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Husain bin Ali dari Za`idah dari Maisarah dari Abu Hazim dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, kemudian dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia berbicara dengan baik atau diam, dan berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan, karena sesungguhnya dia diciptakan dari tulang rusuk, dan bagian yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas, jika kamu berusaha untuk meluruskannya, niscaya akan patah, jika kamu membiarkannya, dia akan senantiasa bengkok, maka berwasiatlah terhadap wanita dengan kebaikan.
(Shahih Muslim 1468 – 60)

Jadi, kerana itu Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita...