31 Januari 2017

5 BARANG IMPIAN 2017 YANG INGIN DIMILIKI DI LAZADA MALAYSIA SEMPENA CNY

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lazada, satu shopping Mall online kegemaran MF dan suami... boleh dikatakan banyak barang MF beli di Lazada terutama tahun 2016... Lazada banyak menunaikan impian kami tahun 2016... Jadi tahun ni semestinya ada juga barang impian yang MF dan suami inginkan...

5 barang yang MF dan suami impikan di Lazada ialah:


Memang nak sangat Primada ni... Memang mudah dan jimat masa. Dengan kekuatan mata pisau 6 bilah dan kelajuan 33000 rpm buatkan MF nak miliki alat canggih ni di dapur... Mudah dah kalau nak buat cili kisar... Tak payah lagi nak rebus cabai dah...





Tujuan utama nak miliki printer ni adalah sebagai alat dan projek untuk kembangkan bisnes printing kami suami isteri... Printer Laser yang mudah dan cepat untuk print segala jenis dokumen dan foto memang menjadi idaman kami.... Lagi satu, MF kan cikgu sememangnya memerlukan satu printer yang efektif dan cepat untuk print banyak bahan untuk sekolah... 




Satu lagi alatan atau gadjet untuk rumah.. memang dah lama idam nak pakai Vacum ringan dan kecil macam ni... rumah yang ada anak kecil memang kena pakai vacum sebab habuk berterbangan bila kita guna penyapu... jadi, bagi menjamin persekitaran yang bersih dan bebas habuk dalam rumah, Hand Vacuum Cleaner ni salah satu alatan rumah yang menjadi impian kami suami isteri.



Steam Iron satu impian yang masih tak dapat dicapai... Harap tahun ni Lazada dapat tunaikan impian ni...  kenapa steam iron jenama Tefal... Sebab... Jenama ni memang terkenal dan pasti sangat dengan kualiti barangan elektrik nya... Lagipun steam iron ni nampak mudah nak guna serta ringan... Itu yang penting... Supaya kerja meng'iron' baju tak jadi beban lagi dengan adanya steam Iron Tefal ni...




Ni satu lagi gadjet yang menjadi impian MF.... Satu keperluan dah Power Bank ni bagi MF dan suami... maklumlah smartphone kami dah masuk 3 tahun baterinya dah low sikit tapi masih bertahan la... Jadi, power bank satu keperluan suami isteri... tambah suami sebagai orang bisnes mesti handphone on sentiasa kan... Tambahan pula MF memerlukan power bank ni untuk memudahkan MF mengepam susu di mana sahaja dengan power bank segalanya mudah... lagipun power bank ni comel dan kuasa yang tinggi jadi MF satu dan suami MF satu... 😊😊😊😊.

Itulah 5 barang impian MF dan suami untuk tahun 2017... Boleh dikatakan 5 barang ni banyaknya barang rumah dan keperluan harian kami......Sekali kira-kira balik... wah cukup pula jumlah 5 barang ni nilainya RM2017... kena betul dengan tahun 2017 tu kan..  Moga Lazada dapat realisasikan impian kami untuk tahun sempena CNY 2017 ini...

Korang nak tengok barang hot sale sempena CNY 2017.. boleh usha-usha  >>> DI SINI<<<

Harga Minyak Naik 20 Sen Mulai 1 Februari 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak tahu la nak senyum suka ke nak menangis...  Haha... 😢😢😢😢

Tapi memang rabak la poket kot... 

Sebelum ni bajet RM120 sebulan untuk duit minyak pergi balik kerja tak termasuk out station ke bengkel, seminar dan sebagainya...  



Pastinya lebih la RM120 kalau dah 20 sen naiknya tu... 

Huhu... Memang ada betullah kata orang Cina... Tahun ayam ni tahun yang mencabar dari segi ekonomi... Waaa... Tapi itu kepercayaan ikut fengsui orang Cina... Tapi kita sebagai orang Islam... Allah lebih tahu segalanya...  

Yang hairan sungguh kan... Dok Johor ni... Elaun Cola rendah... Tapi kos hidup tinggi... Pastu yang pelik sikit... Rate claim tetap kira 70sen 1km... Korang rasa??? Orang kerja kerajaan faham la kan... Kalau yang kerja kerajaan pun terasa beban...  Yang kerja swasta tak payah kata la kan... 

Sekarang ni... Situasinya... Yang senang bertambah senang...  Yang susah bertambah susah... 

Apa pun... Hanya doa je... Usaha selagi boleh... Dan moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk teruskan hidup berusaha mencari rezeki halal untuk keluarga... 

Moga dipermudahkan Allah... 

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahaya juga hadap Facebook lama-lama... Tambah pula jumpa kawan kaki Share resepi... Memang habis diet la kata orang... Tapi MF tak de nak diet-diet jadi tak fikir sangat.. Asal rasa nak makan buat aje...  Tambah pula kalau jumpa resepi Best...

Baru ni,  scroll Facebook jumpa resepi ayam panggang...  Tengok resepinya tak susah mana... Dan memang menarik...

Resepi ni dicetuskan oleh seorang guru dengan gelaran nama di Facebook Otai Malaya.... Memang Otai betul... Dia memang suka masak kot... Sebab kat wall dia memang banyak menu masakan...bini dia request je nak makan apa... Untung bini dia kan... Haha.... Takpe... Itu laki dia... Meh kita menguntungkan laki kita pula sebab dapat bini rajin masak kan...

Jadi, sebab bahan tak banyak... Terus la suamiku mencari bahan tambahan yang takde kat rumah iaitu serai dan ayam serta aluminium foil... Yang lain-lain memang dah ada bahannya kat rumah...


Bahan-bahan

Seekor ayam (anggaran berat 1.5kg)
7 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
4 sudu lada hitam (ditumbuk)
1 kuib pati ayam
4 sudu sos tiram
4 sudu madu
4 sudu minyak zaitun
1 sudu garam
2 sudu kicap manis pedas mahsuri (ini MF tambah sendiri)

Cara membuatnya :
Ayam basuh bersih.

Kisarkan halus serai, halia, bawang putih, minyak zaitun dan kiub pati ayam bersama dengan sedikit air.

Gaulkan bahan kisar dengan madu, sos tiram, garam, kicap dan lada hitam. Gaul sebati...

Kemudian lumurkan pada ayam sekata.

Wrap kan dengan plastik wrapping dan perap semalaman...  Kalau dah rasa tak tahan sangat nak makan peraplah minimum 4 jam... Tapi lagi lama lagi bagus...

Lepas perap, bakar dalam oven dengan suhu 200'c selama 35 hingga 50 minit bergantung kepada oven masing-masing... Sebelum bakar tu panaskan oven selama 15 minit dulu...

Habis bakar dalam 40 minit pertama tu boleh keluarkan dan sapu majerin atau planta dan sambung bakar lagi 10 minit.

Memang sedap ayam panggang ni...rasa memang ala Kenny Rogers... Memang sesuai la bagi MF yang dah memang jauh dari bandar ni nak makan ayam panggang...

Puas la sesekali buat macam ni kan... Tapi bagi penduduk di area Kupang - Baling...  Boleh nikmati ayam panggang murah di tepi jalan dekat dengan Taman Bemban... Boleh baca Review MF di sini..

Terima kasih Otai Malaya yang kongsi resepi memang sedap melekat... Suami MF kata lagi sedap dari Kenny Rogers...  Hehe..

Kisah Kelapa Tua

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macamtu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.


Sumber: google images

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalahisinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!
Sumber: Internet

KALAU TIADA YANG TUA, TIADALAH YANG MUDA... HORMATILAH PENDAPAT ORANG TUA WALAUPUN KADANGKALA PENDAPATNYA ITU TAK SESUAI PADA ZAMAN KITA... 

30 Januari 2017

DEPAN ANAK-ANAK AKU KORANG NAK BUAT MAKSIAT!

DEPAN ANAK-ANAK AKU KORANG NAK BUAT MAKSIAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
 
 
Tadi masa bawa anak jenjalan riadah di satu jalan mati dekat dengan taman perumahan kami... Memula parking kereta... Ambil.basikal layan anak-anak main...

Tak lama kemudian, seorang lelaki dan seorang perempuan menunggang motosikal yang berasingan lalu depan kami....

Diorang berdua ni mula parking motosikal jauh ke depan dari kami... Tapi kami masih boleh nampak apa yang diorang ni buat la...

Memula memang tak kisah sangat... Tapi sambil layan anak... Sambil jeling-jeling juga mata... Mula terkejut bila si lelaki tadi bertenggek di belakang motosikal si perempuan ni tadi...

Kami tak betul-betul pandang sebab tak diorang ni perasan.... Kami suami isteri buat-buat layan anak sambil mata menjeling dua orang ni... Ternampak juga aksi mencurigakan...

Terus sahaja buat layan anak sambil mendekati pasangan ni... Terus nampak diorang start motor dan jalan lagi ke depan hingga ke semak...

Dah macam tu... Mula rasa tak sedap hati... Terus sahaja nak ajak suami ke kereta dan ronda terus ke semak tu... Tapi belum sempat nak buat camtu... Nampak diorang ni dah patah balik dah... Huh!! Rasa lega sikit..

Huhu... Memang perhatiankan... Itu memang nampak budak-budak lagi... Masih bersekolah gayanya... Kalau laki bini tak kan nak buat perkara sebegitu kan... Takde makna pula rasanya nak naik motor asing macam tu kan... Allahu Rabbi... Nauzubillah...

Kot ye pun... Janganlah nak buat maksiat depan anak-anak kami... Tapi sebenarnya itu ujian Allah tu... Nak tengok iman kita kuat atau tak nak tegur perbuatan sebegitu...

Renungkan lah coretan Tarbiah Sentap ini... Moga hati ibu bapa, anak dara dan anak teruna tersentap dengan tulisan ini...  
 
 

Kami telah berkali-kali dapat soalan berbunyi begini:

"Ustaz. Tolong saya.. Saya pernah terlanjur ustaz. Dan, pakwe saya rakam dan ambil gambar saya tak berpakaian.

Saya rasa bersalah. Saya nak taubat. Saya nak tinggalkan laki tu. Dia ajak saya berzina lagi. Saya tak nak. Tapi, laki tu ugut nak sebarkan video dan gambar bogel saya.. Saya tak tau nak buat apa lagi..."

Banyak kali kami dapat soalan macam ni dengan pelbagai versi.

Pedih kami rasa.
Sedih melihat masyarakat hari ini.

Pesanan untuk ibu bapa yang sayangkan anak kalian,

CHECK FON ANAK..

Please!

Check Facebook dia, Facebook Messenger dia, Wechat dia, Skype dia, Whatsapp dia, Telegram dia, Instagram dia, Twitter dia, SMS dia, Call log dia, Photo Gallery dia dan semua benda yang ada!

Kalau tak reti, usaha juga untuk belajar!

Jangan sampai cikgu kaunselor sekolah dia call bagitau anak kalian kena tangkap basah!

Jangan sampai doktor call bagitau anak kalian mengandung!

Jangan sampai polis datang rumah bagitau anak kalian buang janin dalam semak!

Jangan sampai anak kalian lari rumah!

Waktu tu, nasi dah jadi bubur.

Pesanan untuk muslimah-muslimah yang sayangkan maruah,

JANGAN BAGI GAMBAR TAK SENONOH KAT SESIAPA PUN!

Please!

Jangan sesekali termakan pujuk rayu binatang bernama iblis berjasadkan manusia yang goda suruh bagi gambar bogel.

Jangan sampai kau kena ugut dia sebarkan gambar kau kalau kau tak berzina dengan dia!

Jangan sampai maruah kau dipijak-pijak sebab kena ugut jadi hamba seks kat lelaki durjana bersama kawan-kawan terkutuk dia!

Jangan sampai gambar tak senonoh kau jadi tatapan umum kat Facebook, Instagram, Twitter, Wechat, iklan kat tiang lampu, majalah-majalah porno!

Jangan sampai masa depan kau hancur sebab malu nak berdepan dengan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai yang pernah dapat Whatsapp aksi-aksi tak senonoh yang kau pernah rakam!

Waktu tu, sakit menimpa sesal terlambat.

Pesanan untuk lelaki-lelaki yang sayangkan iman.

JANGAN JADI IBLIS

Please!

Jangan sebab ikutkan nafsu, kau kena humban dalam neraka!

Jangan sebab tak jaga pandangan, kau rosakkan anak dara orang!

Jangan sebab rasa diri besar, kau rasa hidup selama-lamanya!

Jangan sebab kau gila seks, kau aniaya orang lain!

Apa kau rasa ada orang berzina dengan mak, kakak, adik, nenek, makcik, sepupu kau?

Apa kau rasa bila kat akhirat nanti Allah tanya kenapa kau jahanamkan hidup orang lain sambil depan mata kau ada neraka yang bakal jadi tempat tinggal kau sampai bila-bila?

Waktu tu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.

Sis, jaga maruah plis..
Bro, tundukkan pandangan plis.

Allah maha pengampun.

Taubatlah pada Allah, walau segelap manapun kisah silam kita.

Di ugut macamana pun, usah takut.

Allah bersama hambaNya yang bertaubat!

Sumber: Tarbiah Sentap

Adab Memberi Salam

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زَيْدٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ

'Abdur Rahman bin Zaid; Telah mengabarkan kepadanya bahwasanya dia mendengar Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kepada orang duduk, dan orang sedikit kepada orang banyak." (HR Muslim No: 4019)


Pengajaran:

1.  Islam mengajar adab terpuji antaranya dalam memberi salam

2.  Antara adab memberi salam:

a.  Orang yang menaiki kenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang sedang berjalan kaki

b.  Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang sedang duduk

c.  Kumpulan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada kumpulan orang yang ramai

JOM beradab dalam mengucapkan salam

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Tapi diakhir zaman... Manusia hanya akan memberi salam bahkan senyuman kepada orang yang dikenalinya sahaja...

Memang tak kanlah nak beri kepada orang yang tak dikenali... Apatah lagi senyum... 

Itu realiti... Macam semalam MF ke kenduri kahwin... MF memang akan senyum...bila jumpa orang lain...tapi orang tak balas... MF bersangka baik je la.. Mungkin dia rabun kan... Apa salahnya senyum je kan... Tak luak pun senyum...

Itulah orang kita... Kadang tengok bangsa lain pula pandai senyum, sapa dan salam kita kan... Berbanding bangsa kita sendiri...  Hmmm... Dunia akhir zaman..

29 Januari 2017

7 Tips Elak Anak Maut Ketika Tidur

7 Tips Elak Anak Maut Ketika Tidur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bayi mati ketika tidur, ada kes tapi peratusannya kecil... ada yang anggap tak penting tapi sebenarnya sangat penting. Pengalaman MF ada juga, tapi Allah penyelamat dan sebaik-baik pelindung. Masa anak sulung MF masih kecil, kami letakkan kain kecil atas ubun-ubun untuk elak masuk angin kata orang tua, kaki tangan dibedung kuat. Tapi disebabkan kepala dia selalu digerakkan, kain tu menurun dan menutupi hidungnya... Naazbillah.. mujur suami tersedar... 

Perkara begitu buatkan kami serik juga nak letak kain lain... malam sapu minyak je... takut kejadian macam tu berulang lagi. 

Jadi, MF nak kongsikan sedikit info, keselamatan bayi ketika tidur.... 

Rutin tidur menjadi sebahagian daripada tugas seorang bayi. Tidur berkualiti merangsang perkembangan positif tumbesaran bayi.  Bayi pada usia bawah tiga bulan lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur.

Posisi tidur seorang bayi memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka. Jangan bersikap sambil lewa berkenaan hal tidur si bayi kerana jika tersilap ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi.

sumber: google images

1. Risiko kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sindrom Bayi Secara Mengejut (SIDS) boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Bayi normal memang boleh tidur dalam apa jua posisi tetapi posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan.

2. Tidur menelentang memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas. Bahkan posisi ini juga tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit terutama SIDS.

3. Dalam kedudukan ini, disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala tinggi sedikit daripada perut. Ia bertujuan mengelakkan bayi daripada termuntah.

4. Bayi juga boleh ditidurkan dalam keadaan meniarap. Pastkan tilam yang digunakan tidak lembut. Letakkan bantal nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa lebih selesa. Sekiranya dalam kedudukan ini , bayi boleh mengalihkan muka sendiri ke sisi sewaktu tidur, maka mereka bebas tidur dalam keadaan begitu.

5. Anda juga boleh menidurkan bayi secara mengiring tetapi penting untuk meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang supaya  bayi tidak terlentang secara mengejut.

6. Bagaimanapun bagi ibu bapa yang memiliki anak tidak normal seperti pramatang atau sindrom down, posisi tidur menelentang tidak digalakkan. Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka lemah dan lembik. Tidur menelentang akan membuatkan mereka sesak nafas dan lidah serta rahang akan terjatuh ke belakang.

7. Oleh kerana bayi baru lahir tidur antara 16 hingga 18 jam sehari, mereka kerap terjaga apabila hendak menyusu atau menukar lampin. Ibu bapa atau penjaga digalakkan menukar posisi tidur anak setiap dua jam sekali kerana bayi baru lahir sukar bergerak sendiri.

Sebaiknya tidurkan bayi di dalam katil yang berasingan untuk mengelakkan daripada risiko lemas kerana terhempap kaki atau tangan ibu ayah, bantal dan selimut yang banyak yang boleh menyebabkan mereka lemas dan sesak nafas.

Moga dengan tips ini kita boleh mengelak kejadian yang tidak diingini... Jika dah lakukan yang sepatutnya, selebihnya berdoa dan tawakallah kepada Allah... 

ADAKAH ANDA PENAGIH TELEFON??? JAWAB 5 SOALAN INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Telefon satu keperluan dah sekarang kan... bukan lagi satu alat, tapi ada orang gelisah kalau tertinggal handphone... satu alat perhubungan yang penting kan... 

Tahun lepas, MF pernah tetinggal telefon tapi rasa tak kisah sebab masa tu suami MF hantar ambil.. tapi kalau pergi sendiri ni, rasanya perlu sangat telefon... salah satu sebab sekarang ni susah juga nak cari telefon awam yang berfungsi dengan baik.. 

Namun begitu, dalam kita jadikan telefon ni satu keperluan... adakah kita jadi sampai penagih telefon??? 

Untuk tahu jawapannya, kena jawab 5 soalan ini dengan jujur!



SOALAN 1
Bila pertama kali anda semak telefon anda?
a) Sebaik sahaja bangun tidur (8 markah)
b) Ketika sarapan pagi (6 markah)
c) Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja (4 markah)
d) Ketika dapat 2 mesej (2 markah)

SOALAN 2
Berapa kerap anda semak telefon anda?
a) Setiap 5 minit (8 marakah)
b) Setiap 30 minit (6 marakah)
c) Setiap 4 jam (4 markah)
d) 2 kali dalam sehari (2 markah)

SOALAN 3
Di manakah anda letak telefon anda ketika anda tidur?
a) Di bawah bantal (8 markah)
b) Sebelah katil (6 markah)
c) Satu sudut di dalam bilik (4 markah)
d) Dalam bilik lain (2 markah)

SOALAN 4
Adakah anda bawa telefon anda ke bilik air/tandas?
a) Selalu (8 markah)
b) Kadang-kadang (6 markah)
c) Bila dirasakan perlu (4 mrkah)
d) Tak pernah (2 markah)

SOALAN 5
Selalunya anda gunakan telefon untuk?
a) Media sosial (8 markah)
b) Email (6 markah)
c) Dengar musik dan main game (4 markah)
d) SMS dan jawab call (2 markah)





Skor:
10 - 15 markah: Tidak ketagih
16 -28 Hampir nak ketagih
29 - 40 : Anda memang seorang yang ketagih


Jadi, anda boleh nilai diri anda sendiri... di mana tahap kita... Jika kita hampir nak ketagih, cepat-cepat rawat jangan sampai jadi ketagih teruk... 

MUSIBAH HANDPHONE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kiriman Ustaz Yunan A Samad

Imam Masjidil Al Haram Asy-Syaikh Su’ud asy-Syuraim dalam sebuah khutbah Jum’at beliau berkata: ” Adakah diri kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Bacalah !

Hal ini merupakan Ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang telah menyerang akal kita, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah ta’ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, youtube, Instagram dan sejenisnya.

Kenapa hati kita menjadi keras ?

Itu akibat seringnya kita melihat video yang menakutkan dan juga kejadian-kejadian yang di share di Whatsapp. Banyak perkara pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

💜 Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

💔 Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali kekerabatan ???
Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu mereka setiap hari. Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

☎Kenapa kita sangat sering mengghibah (mengumpat), padahal kita tidak sedang duduk dengan seorangpun. Itupun kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke grup2 lain.
Dengan begitu cepatnya kita mengghibah, sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

🍴 Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita.

🌺 Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman. Suami-isteri tidak bertegur.

Isteri lupakan kebaikan suami.Terlalu sibuk dengan handphone di tangan….

✏📖Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi handphone ada di tangan pula.

🚕 Sedang memandu, HP juga di tangan.

💐Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

“Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul al Qur’an “????

Adakah kita yang mengingkari hal ini ?

Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih ?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur ? Apakah HP ?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggugjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita”?.

Allah ta’ala berfirman:
( ﻭَﻣَﻦْ ﺃَﻋْﺮَﺽَ ﻋَﻦْ ﺫِﻛْﺮِﻱ ﻓَﺈِﻥَّ ﻟَﻪُ ﻣَﻌِﻴﺸَﺔً ﺿَﻨْﻜًﺎ )
“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit”. QS.Thoha: ayat 124.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan….

Wallahua’lam.
Sumber: https://fitrahislami.wordpress.com


Handphone diciptakan untuk mudahkan hidup kita... Tapi memang realitinya begitu... ke mana pergi orang hadap handphone... Waktu pergi klinik pun mak bapak ralit hadap handphone dari pantau anak-anak lari sana sini dalam klinik... 

Handphone di tangan ketika memandu macam satu kelaziman... Wanita dan lelaki sama sahaja... kalau tengok kereta melelong kiri kanan, kalau tak mengantuk mesti layan handphone di tangan... 

Bagaikan satu musibah kalau tiada handphone di tangan... 

Muhasabah diri lah kita... agaknya orang kita ni akan mati kalau takde handphone... 

28 Januari 2017

Kisah Mak Tidurkan Anak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
 
 
 
Anak: Ummi, ngantuk...Jom tido
Mak: Jom Ummi tidokan di bilik

Beriya la si mak peluk anak nak bagi tidur...

10 minit kemudian

Si bapa datang ke bilik...

Bapa: Mana anak yang tido???

Mak: Eh,

Rupanya anak tadi dah pun pergi kat bapanya bagitau maknye dah tido.... Hahaha... 😂😂😂


Begitulah situasi mak-mak bila nak tidokan anak... Akhirnya anak yang tidokan mak bukan mak tidokan anak...😀😀😀


Biasala tu kan... Bukan mudah nak tidokan anak tau.... Hehe...


Selamat malam....

PENCARIAN SUARA BARU BAGI WATAK NANA DALAM DIDI AND FRIENDS!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berita baik bagi sesiapa yang nak ketengahkan bakat anak-anak... Pihak Didi and Friends sedang mencari suara baru bagi watak Nana dalam siri Didi and Friends...

Bagi yang minat boleh rakam suara anak dan hantarkan kepada pihak Didi and Friends untuk pemilihan dan uji bakat. Mana tau rezeki kan..


rujuk video di bawah:




Selain itu... pihak Didi and Friend juga mencari watak baru untuk bahasa Madarin

Didi mencari suara latar untuk karakter Didi, Nana, Jojo, Bingo, Tatak, Pak Atan dan lain-lain untuk Didi & Friends dalam BAHASA MANDARIN. Lelaki atau perempuan berbangsa Cina 8 - 12 tahun dan seorang lelaki dewasa berbangsa Cina. Hora horeyy! :D



如果您或您的孩子喜爱唱歌,那么千万别错过这个机会成为Didi & Friends (华文版)的一份子。我们正寻找7名年龄介于8至12岁的孩子及1名成年男性录制Didi & Friends的歌曲. Hora horeyy! :D


Jadi sesiapa yang berminat boleh rujuk poster yang tertera tu ye.. 

HUKUM MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Di Malaysia banyak perayaan... tiga yang paling besar ialah Perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali... disebabkan itu dalam kalendar memang ada cuti khas dan cuti sekolah pun lebih lama bagi ketiga-tiga perayaan ini... 

Namun begitu, sebagai orang Islam, kita amat pentingkan bab akidah... Tak semua perayaan kita boleh sambut sebenar... contohnya Krismas... kerana ia berkait dengan agama Kristian... Tapi bagaimana pula dengan Tahun Baru Cina??? 

Jom kita telusuri ilmu berkaitan hukum menyambut Tahun Baru Cina yang telah dikupas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.



Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah terperinci mengenai sejarah sambutan Tahun Baru Cina tidak dapat ditentukan secara pasti namun apabila melihat kepada versi-versi cerita yang ada, terdapat sebuah kisah yang selalu diceritakan mengenai asal-usul sambutan tahun baru ini.

Ianya bermula dengan ketakutan penduduk sebuah kampung yang selalu diburu oleh seekor makhluk mistik yang akan memakan mereka. Dipendekkan cerita terdapat seorang tua yang mencadangkan agar membuat bising dengan bunyi-bunyian seperti pukulan gendang, membakar mercun serta menggantung kertas berwarna merah dan juga menampalkannya pada tingkap rumah kerana dipercayai makhluk itu amat takutkan warna merah dan juga bunyi bising. Cadangan orang tua itu berhasil dan makhluk tersebut melarikan diri dan meraikan kemenangan penduduk kampung itu, maka ianya telah sinonim dengan meraikan tahun baru pada ketika itu.

Secara hakikatnya, sambutan Tahun Baru Cina adalah demi menyambut tahun baru bagi masyarakat Cina mengikut kalendar mereka. Mengikut kalendar Cina, setiap tahun akan diwakili dengan satu zodiak haiwan yang mana pada tahun ini (2016), jatuh pada tahun monyet. Bagi masyarakat Cina, setiap tahun mempunyai kelebihannya yang tersediri berdasarkan zodiak haiwan kalendar Cina. Sambutan Tahun Bari Cina akan berterusan selama 15 hari dan pada hari yang ke lima belas merupakan perayaan pesta tanglung. 



Bagaimana Masyarakat Cina Menyambut Tahun Baru Mereka

Sambutan tahun baru bagi masyarakat Cina adalah sambutan perayaan yang terbesar bagi mereka. Pada waktu inilah akan berkumpulnya sanak-saudara ahli keluarga untuk menyambutnya bersama-sama. Antara amalan serta adat yang berkaitan bagi menyambut tahun baru dapatlah disenaraikan secara ringkas seperti berikut:
  • Ahli keluarga akan membersihkan rumah dan menurut kepercayaan masyarakat Cina ianya bagi menghilangkan hantu dan juga sial.
  • Makan malam bersama pada malam sambutan tahun baru adalah perkara yang sangat penting.
  • Sampul merah (hong bao di dalam bahasa Mandarin/ang pow di dalam bahasa Hokkien) akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan oleh pasangan yang sudah berkahwin.
  • Warna merah bagi melambangkan nasib dan juga masa hadapan yang baik. Dekorasi rumah juga akan dihiasi dengan hiasan-hiasan yang berwarna merah.
  • Memakan mee yang panjang dengan kepercayaan bahawa semakin panjang mee yang dimakan, semakin panjang umur yang bakal dinikmati. Jika mahu umur yang panjang, jangan dipotong mee tersebut.
  • Memakai pakaian yang berwarna merah dan mengelak dari memakai pakaian berwarna hitam.


Islam & Toleransi Dalam Beragama

Islam tidak pernah menafikan hak agama yang lain bahkan pada zaman Rasulullah SAW sendiri, Baginda hidup bersama masyarakat Yahudi, Nasrani dan juga kaum musyrikin. Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala' kepada Islam dan barra' dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Firman Allah SWT:



وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ 

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!". (Fussilat: 33)


Melihat kepada hakikat sambutan tahun baru Cina, ianya merupakan satu perayaan adat yang tidak ada kaitannya dengan permasalahan akidah. Ianya semata-mata menyambut tahun baru mengikut kalendar lunar Cina. Ini menjadi kayu pengukur buat seorang muslim dalam bermuamalah dan bergaul bersama orang bukan Islam dengan melihat adakah tindak-tanduknya itu menjurus kepada sikap reda terhadap akidah mereka ataupun hanya perbuatan yang dilakukan atas dasar kemasyarakatan dan hubungan sosial.



Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  • Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  • Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Yee Sang (Mengajukan Ucap Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss)

Di Malaysia mahupun Singapura, masyarakat Cina amat sinonim dengan Yee Sang iaitu satu upacara makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran. Uniknya Yee Sang ini adalah apabila ianya hanya popular bagi masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura dan tidak pula di tanah besar China, Hong Kong dan juga Taiwan.

Yee Sang atau disebut juga Yusheng adalah sebuah hidangan yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia. Ia dihidangkan dengan mencampurkan tujuh jenis warna yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur-sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.

Dari kaca mata Islam, makanan yang halal lagi baik maka tidak ada halangan baginya untuk dimakan. Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ حَلَٰلٗا طَيِّبٗا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٌ 

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.  (Al-Baqarah: 168)

Melihat kepada amalan ini, ianya lebih kepada adat dan tidak ada sangkut pautnya dengan permasalahan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara Yee Sang ini selama mana makanan yang dihidangkan halal dan tidak ada perkaitannya dengan permasalahan akidah baik dari segi ucapan mahupun iktikad terhadap upacara tersebut. Begitu juga selama mana tidak ada unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut. Wallahu a’lam.

Maksud ‘Gong Xi Fa Cai’

"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk). Melihat kepada maksudnya ini, ianya jelas tidak bermasalah dan tidak bercanggah dengan akidah Islam malah ianya satu ucapan yang amat baik dan melambangkan perpaduan yang erat sesama kita.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa yang majmuk, adat dan budaya yang berlainan seperti Malaysia, sudah tentu ia menjadikan kita lebih terbuka dan bertolak ansur (tasamuh dan toleransi) tanpa menggadaikan prinsip-prinsip utama Islam.

Berikut merupakan beberapa garis panduan yang kami cadangkan kepada semua umat Islam yang ingin terlibat dalam sambutan perayaan bangsa lain untuk sama-sama diteliti dan diaplikasikan:

Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
Kami dapati sambutan Tahun Baru Cina yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin masyarakat Cina dan juga disertai oleh pemimpin negara atau negeri yang beragama Islam, masih di ruang lingkup yang dibenarkan oleh Islam. Ini kerana, ia bertujuan untuk menjaga dan memelihara hubungan masyarakat dan lebih kepada hidup dalam kontrak sosial yang diraikan tanpa menggadaikan prinsip agama.

Sumber rujukan: http://www.muftiwp.gov.my/


Kesimpulannya, takde masalah nak sambut Tahun Baru Cina sebab ianya tak berkaitan dengan agama mereka... ianya lebih kepada adat mereka menyambut Tahun Baru bagi kalendar Cina... Tahun ni tahun ayam pula kan... setiap tahun tu ada binatang yang mereka percayai ada tuahnya... 

Korang lahir tahun apa??? MF lahir tahun Harimau... lebih kurang la garang macam harimau tapi sesekali manja macam kucing. hahaha.... harimau dan kucing kan tak jauh bezanya kan... hihi... 

SELAMAT TAHUN BARU CINA BUAT KAUM CINA DI MALAYSIA KHUSUSNYA... 
‘Gong Xi Fa Cai’
恭喜發財

27 Januari 2017

Kenali Tanda-tanda Anak Anda Dibuli!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Buli satu igauan buat anak-anak dan juga ibu bapa kepada mangsa buli... Tergerak hati nak tulis tajuk ni sebab rasakan satu perubahan kepada anak sendiri masa bersekolah tahun depan... Walaupun baru bersekolah tadika..tak mustahil kes buli boleh berlaku...

Kenali Tanda-tanda anak dibuli

Jika anak menceritakan tentang kawan-kawannya yang nakal di sekolah, maka mudahlah bagi anda memahami apa yang berlaku. Tetapi bagaimana jika sebaliknya?

Anak yang ceria tiba-tiba menjadi pendiam dan kelihatan ada tanda-tanda luka yang tidak begitu jelas pada bahagian badannya.

Beberapa tanda amaran lain yang menunjukkan anak mungkin menjadi mangsa buli ialah seperti tidak ada selera makan seperti kebiasaan, bersikap pelik, lebih suka menyendiri, gemar tidur lebih daripada sepatutnya dan sebagainya.

Apabila anak mula menjadi lebih sensitif dan mengelakkan beberapa situasi seperti tidak mahu menaiki bas ke sekolah, itu juga mungkin petanda bahawa dia telah dibuli.

Apabila anda mengesyaki anak anda telah dibuli tetapi dia cuba menafikannya, cari jalan di mana anda boleh mengaitkan keadaan tersebut bagi membuka mulut anak tentang situasi yang menghantuinya.

Sebagai contoh, jika anda berdua sedang menonton televisyen, buka peluang untuk bersembang dengan bertanyakan pendapatnya tentang cerita yang sedang ditonton.

Minta pendapat anak dan kalau boleh kongsikan cerita adik-beradik atau saudara mara lain yang pernah berhadapan dengan situasi buli pada usia yang sama dengan anak anda.

Beritahu kepada anak bahawa adalah amat penting untuk bercerita kepada seseorang tentang kejadian buli yang menimpa mereka.

Selain ibu, masalah tersebut boleh diceritakan kepada guru, kaunselor sekolah, rakan sebaya atau adik-beradik lain.

Bagaimana membantu anak yang telah dibuli?

Anak yang dibuli biasanya akan menganggap bahawa ibu bapa mereka akan kecewa kerana mereka dibuli. Mereka berasa malu dan ada juga yang beranggapan bahawa kejadian buli itu disebabkan oleh salah mereka sendiri.

Ada juga yang takut sekiranya mereka memberitahu orang lain, mereka akan dibuli lebih teruk. Mereka juga risau jika ibu bapa menyuruh mereka melawan balik si pembuli.

Jika anak mula menceritakan tentang kejadian buli yang menimpa mereka, perkara pertama yang anda ibu bapa boleh lakukan ialah dengan memuji kerana mereka berani menyuarakan tentang perkara tersebut. Perlu untuk anda mengingatkan mereka bahawa mereka tidak berseorangan.

Memang ada ibu bapa yang turut berasa panas hati apabila anak mereka dibuli. Tapi anda perlu ingat, jangan sesekali menyuruh anak melawan balik kerana itu akan mendatangkan bahaya kepada mereka.

Anda boleh cuba menasihati anak-anak untuk melakukan perkara seperti di bawah seterusnya memberikan mereka rasa lebih lega dan terbela.

📌Jauhi pembuli dan mulakan sistem berteman.

📌Cuba kawal kemarahan akibat dibuli.

📌Beranikan diri dan jangan pedulikan si pembuli.

📌Beritahu kepada orang dewasa.

📌Cuba bercerita dengan sesiapa sahaja tentang kejadian tersebut.

📌Kurangkan duit belanja ke sekolah.

Didiklah anak agar memberitahu ibu bapa atau pihak sekolah apabila dibuli atau diancam pelajar samseng.

Beritahu anak bahawa tindakan mendiamkan diri hanya akan menyusahkan diri sendiri.

Beritahu anak agar mengelak daripada berjalan sendirian di tempat sunyi. Sebaliknya berjalan berkumpulan bersama rakan-rakan lain akan menakutkan pembuli.

Sumber rujukan: Utusan Malaysia

Tahun ni anak MF yang sulung dah ke Pra-Sekolah... Alhamdulillah... Nampak lebih baik... Dan dia tak sabar nak ke sekolah setiap hari.  Alhamdulillah....

RAYUAN INSAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Wahai Allah,

Jadikanlah hari ini sebagai..

🌹Pembuka pintu rezeki

🌹Pintu segala kebaikan

🌹Pintu Kesabaran & Kekuatan

🌹Pintu kesihatan dan keselamatan

Dan pintu syurga buat kami..

Allahumma amin ya rabbal alamin.



Salam Jumaat yang penuh barakah

26 Januari 2017

Bila Takde Idea Nak Menulis!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila seseorang tanya saya,

"Apa nak buat kalau masa menulis je, tiba-tiba takda idea. Apa nak buat?" 

Biasa saya akan sebut,

"If you can't write, read. If you can't read, write.."

Hassan al Banna sebut dalam wajibat al Akh yang ke 14,

"Hendaklah al akh itu BIJAK dalam MEMBACA dan MENULIS, banyak mentelaah perutusan-perutusan, akhbar, majalah Ikhwan dan sebagainya. 

Hendaklah membuat PERPUSTAKAAN SENDIRI walaupun KECIL, hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seninya jika kamu seorang ahli takhasus.

Hendaklah kamu menguasai hal-ehwal am
Islam yang membolehkan kamu menggambarkannya dan memutuskan sesuatu hukum yang bertepatan dengan kehendak fikrah. "

Tanya pada diri sendiri,

1. Berapa banyak buku kita dah baca? 
2. Berapa banyak artikel/buku kita dah tulis?
3. Dah ada perpustakaan sendiri?
4. Apa bidang yang kita pakar? 
5. Sejauh mana kita kuasai isu semasa? Sama ada dalam negara atau luar negara? 

Muhasabah malam ni sebelum tidur.

Moga manfaat.

#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat

Sumber: Tarbiah Sentap 



Membaca itu sumber dan cabang ilmu... Bagi MF... Menulis dan berkongsi ilmu bermanfaat lebih mudah dari menulis hal peribadi... Mungkin orang kata ilmu itu Copy paste tapi bagi MF pengalaman kita boleh digarap kan jadi ilmu berguna buat semua... Contoh kita ada pengalaman TRAVEL... Kita kongsi pasal pengalaman itu kerana ianya satu panduan untuk orang lain... Sama juga berkongsi resepi..  Itu satu ilmu untuk orang lain.   

Jadi tulis apa sahaja..  Asalkan bermanfaat untuk orang lain... 

Ada Apa Dalam Biskut???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa kat sini suka makan biskut???  MF antara menggemar biskut... Antara biskut kegemaran MF sekeluarga ialah Cream O, biskut Jacob dan biskut keluaran Hup Seng... MF rasa semua orang tahu biskut ni sebab ini antara biskut yang popular kat Malaysia ni. 

Dalam membeli biskut aspek penting MF tengok ialah tanda halal sebab ada biskut tak halal juga dijual di negara kita... Ada juga biskut import tiada logo halal yang diiktiraf JAKIM... 

Jadi, MF nak kongsi, apa yang menyebabkan sesuatu biskut boleh jadi halal dan boleh jadi tak halal... Apa kandungan yang terdapat dalam biskut yang kita makan... Ini juga termasuklah dalam biskut bayi... 


INFO UMUM ANTARA BAHAN RAMUAN KRITIKAL HALAL DALAM PRODUK BISKUT

Biskut adalah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan.  

Ia adalah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung.

Dalam istilah bahasa Inggeris, biskut merupakan produk kecil yang dibakar keras dan turut dipanggil sama ada "cookie" atau "cracker".

Sebelum kita menjamah biskut sebagai snek untuk mengalas perut atau dicicah air kopi untuk minum petang, pernahkah kita terfikir apakah ramuan kritikal yang terkandung dalam biskut tersebut dan signifikan dalam penentuan status halal?

Semakin banyak bahan ramuan yang ditambah dalam suatu resipi untuk membuat biskut, maka penilaian penentuan halal menjadi semakin teliti berdasarkan kompleksiti pemprosesan produk tersebut.

Oleh itu, mari kita kenali antara bahan ramuan kritikal dalam biskut:👉

🌺MENTEGA:-

Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair.  

Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini dan biasanya disimpan di dalam peti sejuk kerana akan cair disuhu bilik.

Terdapat dua jenis mentega (atau juga dikenali sebagai butter) yang biasa terdapat di pasaran  iaitu  mentega tulen (pure butter atau pure creamy butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter).

Mentega tulen turut membangkitkan aroma,tekstur dan rasa biskut yang lebih enak berkrim (creamy), gebu dan wangi berbanding lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi.

Mentega paling kerap dibuat daripada susu lembu, mentega juga boleh dibuat dari susu mamalia lain, seperti biri-biri, kambing, kerbau, unta dan yak. 

Bahan ramuan seperti bahan perisa, vitamin, zat pewarna  dan pengawet seperti  sodium benzoat kadangkala ditambah kepada mentega dan perlu dikenalpasti status halalnya.

Misalnya, jika ditambahkan pewarna karoten, pewarna ini biasanya berada dalam suatu carrier (pembawa/ penyalut), dan salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai carrier adalah gelatin (boleh terhasil dari sumber babi.)

Selain itu, terdapat mentega yang melalui proses fermentasi  dengan kultur mikroorganisma tertentu seperti Streptococcus lactis, Str. Citrovorus dan Lactococcus lactis untuk memberi citarasa mentega yang spesifik. 

Status halal mentega ini perlu diperiksa dari segi media kultur yang digunakan kerana ia boleh tercampur ke dalam mentega.


🌺 SHORTENING/LEMAK SAYURAN:-

Shortening adalah 100% lemak dan padat (solid) pada suhu bilik. Shortening adalah sangat sinonim dengan lemak haiwan, tetapi sejak penciptaan minyak sayuran hidrogenasi dalam abad ke 20, shortening telah sering dikenali sebagai lemak sayuran. 

Ia biasanya dibuat daripada minyak sayuran yang dihidrogenasikan (hydrogenated) tetapi kadang-kadang juga mengandungi lemak haiwan. 

Tekstur 'flakey' pada biskut dan produk pastri  datang dari lemak padat atau 'lard' (lemak khinzir) yang diuli dalam lapisan tepung/doh. Dalam sesetengah resepi, shortening dipukul dengan gula untuk memerangkap udara, menghasilkan produk yang gebu. 

Terdapat juga pengemulsi (emulsifier) ditambah dalam shortening yang membenarkan ia mengemulsikan shortening dengan cecair. Ini bermakna ia membolehkan minyak dan cecair untuk bersatu, mewujudkan keserataan rasa dan tekstur di dalam adunan doh biskut dan produk pastri.


🌺 MARJERIN:-

Marjerin dibuat terutamanya daripada satu atau lebih sayuran terhidrogenasi atau lemak haiwan atau minyak. Marjerin adalah produk bukan tenusu dicipta sebagai pengganti mentega.

Walaupun asalnya diperbuat daripada lemak haiwan (termasuk lemak babi) pada tahun 1800, hari ini bahan-bahan utama marjerin termasuk minyak sayur-sayuran, air, garam, pengemulsi, dan ada juga merangkumi bahagian susu.
  
Marjerin di Malaysia lazimnya adalah dari sumber minyak kelapa sawit. Namun begitu, penilaian terhadap status halal bahan ramuan yang ditambah ke dalam marjerin perlu diambil perhatian seperti

sumber bahan pengawet ( contoh: biasanya potasium sorbat dan sodium benzoate), bahagian susu seperti whey protein, bahan asidulan (contoh: asid laktik) dan bahan pengental seperti gelatin.


🌺 BAKING POWDER:-

Salah satu bahan tambahan yang cukup sering digunakan saat membuat biskut dan pastri adalah baking powder. Fungsi baking powder adalah sebagai bahan pengembang atau penaik bagi biskut yang diadun dan dimasak.  

Ia boleh terdiri daripada beberapa bahan, tetapi biasanya mengandungi baking soda (natrium bikarbonat, NaHCO3), krim tartar / cream of tartar (kalium Bitartrate, C4H5KO6), dan tepung jagung. 

Sekiranya krim tartar terkandung dalam baking powder, maka ia akan menjadi kritikal dan perlu diteliti kerana sumber krim tartar biasanya adalah bahan sampingan dalam proses pembuatan arak wine (by-product of wine production).


🌺 BAHAN PERISA BISKUT:-

Terdapat pelbagai jenis perisa biskut di pasaran. 

Antara yang kritikal adalah :

🌿 Keju (Cheese) :-

Dalam penghasilan keju, terdapat penggunaan sejenis enzim yang lazim digunakan dan dikenali sebagai rennet.  

Enzim rennet boleh diperolehi dari lapisan perut anak lembu dan babi. Terdapat juga rennet daripada sumber tumbuhan dan sintesis mikroorganisma.


🌿 Coklat : -

Seperti yang telah dikongsikan dalam info tentang ramuan kritikal coklat sebelum ini, kita perlu berhati-hati dengan kandungan ramuan coklat yang digunakan seperti gelatin, lesitin, gliserin/gliserol , asid lemak lain dan perisa ( tidak halal seperti rum dan wine) yang terkandung dalamnya.

🌿 Perisa:-

Perisa yang digunakan dalam pelbagai produk biskut juga boleh menjadi salah satu titik kritikal Halal apabila pelarut bagi bahan perisa boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti lemak haiwan atau pelarut universal seperti air.

Walau bagaimanapun, bagi produk2 yang telah mempunyai pensijilan Halal,status bahan perisa ini telah dikenalpasti tidak mempunyai unsur keraguan (syubhah) atau haram


Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Logo/Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Ianya bukan sahaja dijamin HALAL malah TOYYIBAN iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard dan garis panduan halal yang telah ditetapkan.


#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
Sumber: @MyJakim

Jadi jangan mudah terpedaya dengan dakwaan lain seperti biskut ada plastik dan sebagainya... Mana-mana biskut kalau dibakar memang akan terbakar... Harap takde lagi orang sebarkan Info tak betul pasal sesuatu isu... 

BUAT 6 AMALAN INI CONFIRM MASUK SYURGA!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jaminan Syurga

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ

Dari 'Ubadah bin Ash Shamit bahwa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695)



Pengajaran:

Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:

1.  Jujur jika berbicara
Ibnu Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran akan membezakan antara munafik dan beriman.

2.  Menepati janji 
Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.

3.  Menunaikan amanah 
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan

4.  Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)
Maknanya memelihara aurat dan maruah diri... 

5.  Menundukkan pandangan
Ibnu Qayyim: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran

6.  Menahan tangan 
Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, maupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya. 

Ayuh kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan. 
Sumber: http://telegram.me/hadisharian_ikram

SEMAK DIRI.... ADA TAK 6 AMALAN NI PADA DIRI KITA???

KITA IMPIKAN SYURGA ALLAH, TAPI APA BEKALAN KITA ATAU TIKET KITA NAK KE SYURGA DIA??? SETAKAT SOLAT, PUASA SAHAJA CUKUP KAH???

RENUNGKAN BERSAMA... 

25 Januari 2017

Kucing Jalanan Yang Membawa Tuah Dalam Movie A Street Cat Named Bob!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dulu selalu layan movie..  tahun ni jarang dapat layan Movie...  tapi suami MF memang kaki layan movie... jadi apa-apa movie dia layan dulu... kalau Best dia download la untuk MF pula layan dengan anak-anak...

Hujung minggu lalu, ada satu Movie Best MF layan.... semestinya movie English kan... movie ni Adaptasi dari sebuah buku Inggeris yang merupakan Best Seller Book sebab penulis buku tu menulis tentang kehidupan sebenar dirinya.

Buku dan Movie ni bertajuk A Street Cat Named Bob... sememangnya MF peminat kucing... jadi memang seronok layan Movie ni...


Kisahnya memang menyentuh hati... walaupun agak slow tapi seronok...

Kidah James seorang bekas penagih dadah yang dalam proses nak pulih dari ketagihan... dia menjadi penyanyi jalanan... hidupnya susah dan merempat... sehinggalah satu hari ada seorang perempuan tumpang kan dia tinggal di sebuah rumah sewanya..

Tapi dia tetap menyanyi untuk mencari sesuap nasi... bapanya sayangkan dia tapi terlalu mengikut  kata bini dia iaitu ibu tiri James... buatkan dia seolah dibuang keluarga...

Satu hari seekor kucing jalanan masuk ke rumahnya untuk tumpang berteduh... Malam tu dia biarkan... Esoknya dia mencari kot ada yang hilang kucing... Tapi takde... Dia pun lepaskan kucing tu di satu taman... Biarkan kucing tu sendiri...

Tapi keesokannya, dia nampak kucing ni luka cedera... Kerana kasihan dia bawa balik dan jumpa perempuan yang beri dia rumah... Perempuan tu la minta dia jaga dan rawat kucing tu... Sedihnya bila dia bawa kucing tu ke klinik haiwan tapi duit takde... Tapi dia sanggup gadaikan duit makan dia kerana kucing yang bernama Bob!

Sejak itulah kehidupan dia berubah... Ke mana dia pergi bob pasti ada... Sejak itu rezeki dia sebagai penyanyi jalanan bertambah...

Bob juga pernah merajuk dengan James sebab ada orang nak beli Bob dariJames.. Berhari-hari Bob tak balik... James jadi tak keruan... Tapi akhirnya bob balik juga...

Sejak itu seorang wanita sarankan dia menulis buku tentang dia dan Bob... Atas dorongan itulah dia menulis dan bukunya menjadi antara yang terlaris di pasaran...

Memang seronok kisah ni... Kisah benar yang ditulis kemudian difilemkan... Bagus jika dilayan bersama anak-anak dan keluarga...

Next week nak layan filem Dangal pula... Tak sempat nak layan lagi filem Dangal ni... Insha Allah... Pasti nak tengok sebab kisah keluarga juga ni... 

Deko-Deko Bilik Anak Perempuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Balik rumah terus lipat lengan baju...bantu suami cat dinding rumah... Semangat lain macam tuh... Itu lah yang terjadi ahad lepas...

Kali yang keberapa ntah lerr deko si bilik kakak ni... Bilik yang tak besar mana tapi puas memikirkan nak bagi nampak luas...

Akhirnya suami dapat idea... Dan reka letak serta susunan katil dan almari yang bersesuaian dan menampakkan bilik tu luas...

Alhamdulillah...

Bilik si kakak dicat baru... Menutup cela pada dinding yang kakak dan adik la yang tukang kreatif kat dinding tu...

Guna cat lebih masa mengecat dapur... Jadi kombinasi Pink dan lime green memang naik dan menjadikan ceria, terang dan nampak luas....




Ditambah dengan aksesori bunga suku kata yang MF buat sendiri... Print dan laminate...  Kemudian dihias dengan carpet 3D warna merah... Sebagai pelengkap anak-anak untuk layan tv.

Alhamdulillah... Nampak selesa kakak tidur di situ... Sebelum ni tak nak tidur kat bilik dia... Dah deko baru nak tidur situ.. Ara pun dah join kakak dah...

Alhamdulillah...  Dua-dua dah boleh tidur sendiri... Cukup jam pasang video zikir di tv... Terus tidur sendiri... Alhamdulillah...  Tak payah nak paksa tidur lagi dah buat masa ni....

Main pun dah reti kemas... Alhamdulillah... Tanda anak-anak dah makin dewasa... 😊

Memang seronok layan kehendak anak-anak ni...  Dan lebih seronok bila mereka seronok apa yang kita dah lakukan pada mereka....  

PERKATAAN YANG ALLAH PALING BENCI!!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman (Al-Anaam:125)