GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Trending : Kes Cikgu Azizan Didakwa Ibu Bapa Pelajar Jadi Sejarah Terbesar Pendidikan Tahun 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Trending : Kes Cikgu Azizan Didakwa Ibu Bapa Pelajar Jadi Sejarah Terbesar Pendidikan Tahun 2017 | Alhamdulillah... Sepanjang jadi cikgu, inilah kes yang paling trending dan penuh viral serta debaran kami para guru.

MF tak pernah lihat guru Malaysia punya kekuatan dan bersatu kerana kes ini... Tapi kes cikgu Azizan ini memberi gambaran bahawa kami guru Malaysia memang sentiasa bersatu..

Sejak dua minggu lepas sana sini memperkatakan kes ini... Mulanya hanya tular di media sosial, akhirnya menarik perhatian pemberita...

Kronologi Kes Cikgu Azizan

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid atas kesalahan:

  • Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
  • Buli.
  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.


27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

Alhamdulillah... Sejak kes ni tular.. Dan mendapat sokongan banyak pihak... Akhirnya hari ini, kes cikgu Azizan ditarik balik oleh Peguam Pendakwaraya.

Screenshoot dari: Pendidik2u

Alhamdulillah, kuasa Allah dengan kehendak dan keizinannya juga segala ini berlaku... Berkat bersatu nya para guru, orang ramai serta NUTP dan PIBG sekolah tersebut serta beberapa persatuan guru yang lain.

Cikgu-cikgu ni dah berpakat macam-macam andai kata beliau disabitkan kes ni atau kalah dalam perbicaraan.

Semua rakyat Malaysia yang ikut kes ni mengucap syukur atas kes ni.. Hatta mereka bukan guru, tapi masih ramai yang hormat cikgu.

Alhamdulillah... Walaupun kes ni berat tapi disebabkan tindakan pelajar itu, sekurang-kurangnya ianya untuk beri pengajaran kepada ibu bapa sekalian... Guru bertindak sedemikian kerana ingin mendidik...

Kadang MF sendiri rasa pelik... Ibu bapa sekarang over protective sampai orang lain nak tegur anak orang yang buat salah pun tak boleh nak terima... Sedangkan zaman kita jadi Kanak-kanak dulu pun kalau buat salah kena bedal juga dengan cikgu.. Kalau balik mengadu siap kena tambah lagi... Tapi memang pelik perasaan tu... MF sendiri pun kadang ada rasa gitu, kalau suami marah anak, cukup terasa tapi MF tak layan perasaan tu.. Sebab tahu, jangan manjakan anak... Sesekali kena bertegas juga...

Buat ibu bapa sekalian, belajarlah ilmu keibubapaan setiap masa... Jangan sakiti hati guru jika ingin ilmu yang berkat... Jangan sampai cikgu terasa hati...

Tapi kagum dengan cikgu Azizan ni.. Seorang yang lembut hati.... Kerana dia buat macam bukan ikut tapi kerana nak mendidik... Bahkan dia tak berdendam... Dan bertambah baik hatinya, dia tak dedahkan siapa pelajar dan ibu bapa yang mendakwanya tu... Ramai nak tengok tapi dia sangat jaga aib orang... Kerana itu tak hairan Allah bela dia dan berikan berita gembira hari ini... Allah itu bersama orang-orang yang sabar kan..


Untuk ibu bapa di luar sana...

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi

Nukilan : Ustazah Aizah - 18 Disember 2017

Alhamdulillah... Moga kes ini jadi pengajaran buat semua... Sama ada kita sebagai ibu bapa, guru ataupun orang biasa...

0Ulasan