Monday, 25 December 2017

Tahukah Anda : Ibu Mengandung Dilarang Makan Telur Separuh Masak

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tahukah Anda : Ibu Mengandung Dilarang Makan Telur Separuh Masak | Masa mengandung orang kata nak makan apa, makanlah.. Nanti dah lepas bersalin nak pantang lama. Tapi MF rasa konsep tu macam salah je ka.. Sebab sebenarnya ada beberapa makanan yang kita juga wajib pantang ketika mengandung sebab ada mudharatnya. Salah satunya ialah telur.

Selepas bersalin kena pantang telur sebab ada luka takut luka tu bernanah.. Tapi lepas luka sembuh boleh makan... Rupanya semasa mengandung pun kena pantang juga telur. Iaitu telur separuh masak.

Wanita mengandung perlu elakkan makan telur separuh masak kerana ada kesan kepada kandungan.

Penjelasan mengenainya MF memetik sedikit tulisan dari Prof Emelda Balchin mengenai telur mentah dan telur separuh masak kepada wanita hamil.

Tahukah Anda : Ibu Mengandung Dilarang Makan Telur Separuh Masak

Tahukah Anda : Ibu Mengandung Dilarang Makan Telur Separuh Masak


Telur mentah dan telur separuh masak.  
Ramai ibu yang hamil bertanya saya kenapa saya nasihatkan mereka elakkan memakan telur mentah atau telur separuh masak.  
Hari ini saya nak bagi penjelasan kenapa ibu-ibu hamil, kanak-kanak bawah lima tahun, orang-orang tua dan mereka yang kekebalan immune system yang tidak kuat (penyakit HIV, diabetes yang tidak terkawal) tidak digalakkan memakan telur mentah atau telur separuh masak.  
ADA DUA SEBAB.  
PERTAMA.
Dari segi khasiat, telur yang di masak sangat baik untuk kita, tapi telur yang mentah tidak boleh dihadam protin nya dengan sepenuhnya.  
Saya dah buat posting di sini berkenaan berapa banyak makanan protin kita perlu makan dan jenis-jenis protin.  
https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10155030301676659 
Bila kita makan telur masak, 90% protin boleh dihadam oleh usus manusia, tapi hanya 50% daripada protin telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita. Sila lihat gambar satu.  
KEDUA.
Dari segi kuman penyakit, telur mentah ialah pembawa kuman bakteria salmonella. Bakteria ini di dapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras. Untuk mengelakkan pembiakan bakteria ini supaya tidak menjadi banyak, telur-telur mentah sepatutnya disimpan dalam peti sejuk, bukannya di atas rak kedai-kedai runcit. Bakteria Salmonela dihapuskan bila telur dimasak atau dipasteurkan.  
Orang dewasa yang kuat kekebalan immune mereka, boleh melawan bakteria ini, jika hanya sedikit sahaja bakteria Salmonela di makan dengan telur mentah atau separuh mentah. Kebanyakan bakteria salmonella ini juga dihapuskan oleh acid di dalam perut. Hanya segelintir yang terlepas masuk ke dalam usus dan kemudiannya masuk ke dalam dinding usus. Di sini, bakteria yang mati akan melepaskan toxin di dalam dinding usus kita.  
Kita akan mulai rasa sakit dalam masa 6 hingga 72 jam selepas memakan telur yang mengandungi bakteria salmonella yang hidup. Toxin ini boleh menyebabkan keradangan dalam usus, sakit perut, demam, muntah-muntah dan cirit-birit selama 4 hingga 7 hari. Inilah penyakit Salmonela enteritis. Orang dewasa akan baik dengan sendiri tanpa rawatan sebab immune system kita akan melawan toxin. Antibiotik tidak mencepatkan kesembuhan penyakit ini sebab masalahnya ialah toxin yang dilepaskan. Sebab ini lah doktor selalunya tidak memberi antibiotik untuk 'food poisoning'. Pesakit dinasihatkan minum air bersih banyak-banyak sehingga sembuh sendiri.  
Tetapi mereka yang immune system lebih lemah seperti ibu hamil (semua immune system wanita menjadi lemah semasa hamil untuk menghalang ibu melawan baka janin yang datangnya dari suami), salmonella enteritis boleh menjadi penyakit yang lebih teruk dan menyebabkan keguguran atau kematian janin. Jika ibu hamil mendapat salmonella enteritis, keguguran berlaku dalam 80% ibu hamil. Anak-anak kecil pula boleh mendapat sawan jika toxin sampai ke bahagian otak. Ini semua boleh di elakkan dengan memasak telur sebelum dimakan. 
Di negara barat, Restoran tidak dibenarkan menjamu telur separuh masak, tapi kita di Malaysia santai saja order 'roti goyang', sebab memang sedap makan telur separuh masak. Undang-undang di negara kita tidak ketat seperti di negara barat, mungkin sebab kita belum lagi dapat Salmonela epidemic seperti di negara barat pada tahun 1970-1980an dimana ramai kematian disebabkan Salmonela. Di Amerika masih lagi terdapat 30 kematian setahun disebabkan telur yang dicemari Salmonela.
Jangan kata di Malaysia tak ada Salmonela. Di Malaysia, kajian ke atas ayam hidup menunjukkan yang 12 dalam 100 ayam membawa bakteria Salmonela. Kajian ke atas makanan mentah pula menunjukkan 39 dalam 100 sample daging ayam mentah mengandungi Salmonela, dan 3 dalam 100 telur mengandungi kuman bakteria Salmonela.  
Jadi dengan ilmu pengetahuan ini, kita mesti lebih bertanggungjawab untuk memberi nasihat yang baik supaya kita sama-sama melindungi ibu hamil, anak-anak dan warga emas kita, terutama sekali bila telur ayam mentah itu tidak di simpan di dalam peti sejuk.  
Untuk bacaan lanjut:
https://www.cdc.gov/features/salmonellaeggs/index.html 
https://www.fda.gov/downloads/Food/FoodborneIllnessContaminants/UCM278445.pdf 
Prof Dr Imelda,
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Lepas bersalin anak empat baru tau bab ni tau.. Mujurlah selama dok makan telur separuh masak tu takde kesan apa-apa... Alhamdulillah.. Allah lindung sebab kita tak tahu kan.. Tapi bagi yang dah tau elakkan makan telur separuh masak...

Masa mengandung ni banyak juga pantang larang sebenarnya. Ada makanan tertentu kita kena pantang. Ikut mak MF makanan berangin dan sejuk elak amalkan semasa mengandung walaupun boleh makan... Tapi jangan ambil secara kerap. Nanti lepas bersalin baru rasa.

Ada betulnya kata mak MF tu sebab beza masa berpantang anak ketiga dan keempat... Jadi, jaga pemakanan semasa mengandung untuk menjamin kesihatan selepas bersalin.


Semoga bermanfaat... 

1 comment:

  1. Waktu hamil masa tu baru tersedar bahaya makan telur sebegitu waktu mengandung. Telur masak juga, tapi dah lama sejuk masak sejak pagi punya. Jadi memulas perut lepas tu

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^