GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sayur Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sayur Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang | Zaman moden, perlu ikut cara moden tapi tak tinggal yang lama... Berpantang zaman sekarang lebih up to date dan berbeza dengan yang zaman dulu...

Berpantang zaman dulu, minum air pun disukat.. Tapi zaman sekarang tak relevan lagi nak buat camtu...

Zaman dulu berpantang hanya makan ikan kering bakar sahaja... Tapi zaman sekarang tak boleh nak ikut cara tu nanti lambat pulih badan selepas bersalin... Anak pun nanti kekurangan zat sebab takde vitamin dan zat lain dalam susu akibat tak makan sayur.

Sayur ketika dalam pantang boleh dimakan tapi tak semua boleh dimakan... Ada sayur yang akan memberi kesan bisa-bisa badan, badan berangin dan juga sejuk yang boleh mengakibatkan bentan ketika dalam pantang. Jadi, kena pilih sayur yang boleh dan tak boleh dimakan ketika dalam pantang.

Sayur Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

Sayur Yang Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

Kepentingan :
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu. 

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

Antara sayuran lain yang boleh dimakan ketika dalam pantang ialah:
  • Ubi Kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak Merah
  • Lobak Putih
  • Brokoli
  • Kailan
  • Kucai
  • Bayam
  • Kuaci Labu /kuaci bunga matahari (bukan isi labu yea)

Jenis Sayuran Yang Tidak Boleh Dimakan Ketika Dalam Pantang

  • Ubi Kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Timun
  • Tomato
  • Kubis
  • Terung
  • Sayur Keladi
  • Pucuk Ubi
  • Pucuk Paku
  • Daun Keti (Bunga Putih)
  • Kacang Panjang
  • Kacang Botol
  • Labu
  • Rebung
  • Jeruk Maman
  • Petai
  • Jering
  • Cili Padi / hidup mentah (untuk dijadikan pes masakan sedikit, tiada masalah)
  • Asam keping

Sayuran jenis ulaman yang boleh dimakan ketika dalam pantang

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu. 

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. 
  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Ulam Raja
  • Lempuyang
  • Jantung Pisang 
  • Daun / Ubi Cekur
  • Kunyit Hidup
  • Daun Lemuni Hitam
  • Daun Kaduk
  • Daun Sekentut
  • Daun Kesum
  • Daun Cemumar
  • Daun Pudina
  • Daun Kari
  • Daun Bebuas
  • Daun Ruku

Kebanyakan ulaman kampung boleh dimakan ketika pantang.
Jadi, sayuran boleh dimakan dan digalakkan ketika dalam pantang untuk elakkan sembelit dan memberi lebih nutrisi dan serat dalam menu berpantang.

Sayuran yang berangin dan bersifat sejuk tidak digalakkan makan bukan sahaja dalam tempoh 44 hari tapi lebih daripada tu. Kalau MF sendiri pantang makanan sejuk dan berangin ni paling kurang 6 bulan dan ada sampai 1 tahun. Apa pun tengok badan juga... Kalau badan jenis tahan dan tak beri kesan ketara makanlah.. Tapi orang kata, sekarang tak rasa nanti dah berusia baru rasa sakit badan tu...

Jadi, tak salah berpantang untuk kesihatan jangka panjang.


Semoga bermanfaat.

13Ulasan

  1. sayuran yang tak boleh makan masa pantang tu pun tak digalakkan makan masa sakit sebab nanti ganggu urat.

    BalasPadam
  2. Labu tak boleh makan... Angin... Badan nanti...

    BalasPadam
  3. Asam keping utk org dlm pantang perlu digntikn dgn asam jawa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa asam keping xboleh ye.. setahu saya asam keping elok untuk luka dalaman juga. Sebab sy buat minuman manjakani letak asam keping

      Padam
  4. Salad macam oak leaf, rocket dan seumpama boleh ke

    BalasPadam
  5. Daun sup dan tepung jagung takde masalah nak letak... sebab sikit je kan ... tapi apa-apa pun try and error... sebab lain org lain penerimaan badannya.

    BalasPadam
  6. kena jaga2 makanan pantang tu kan. good sharing tq maria

    BalasPadam
  7. Good sharing Maria.. Kak Sue dulu berpantang cara orang Jawa, lobak putih tumis air bening mesti ada dalam menu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ