Sabun Pencuci Baju Chomel Selamat Untuk Kulit Bayi Sensitif - Maria_Firdz

Maria_Firdz

Info | Motivation | Lifestyle | Review

23 Disember 2017

Sabun Pencuci Baju Chomel Selamat Untuk Kulit Bayi Sensitif

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sabun Pencuci Baju Chomel Selamat Untuk Kulit Bayi Sensitif | Kulit Bayi baru lahir sangat sensitif dengan persekitaran yang baru.

Bayi baru lahir sangat perlu dijaga kulitnya dari bahan kimia berbahaya.. Sebab tu bayi baru lahir tak digalakkan lagi guna sebarang sabun bahkan segala baju dan pakaian bayi perlu guna sabun khas untuk cuci baju Baby dan tak boleh dicampur dengan baju kita yang dewasa ni.

Oleh sebab nak jaga kulit baby MF yang baru dilahirkan bulan lepas, MF memilih pencuci pakaian Chomel.


Sabun Pencuci Baju Chomel Selamat Untuk Kulit Bayi Sensitif

Kenapa Pencuci Pakaian Chomel Jadi Pilihan MF? :

Ada beberapa sebab MF pilih pencuci pakaian Chomel ni. Antaranya:

1. Diperbuat dari bahan organik

Pencuci pakaian bayi Chomel diperbuat dari bahan organik dan tanpa bahan kimia berbahaya. Diperbuat dari bahan berasaskan tumbuhan yang diyakini selamat untuk kulit bayi dan kulit sensitif.



2. Bebas Paraben dan Silikon

Seperti yang kita tahu, Paraben ni walaupun sikit digunakan dalam Mana-mana sabun ianya lama kelamaan memberi kesan juga kepada badan kita. Apatah lagi untuk bayi yang sememangnya masih rendah tahap imunisasi dan kulit yang masih nipis dari sebarang pelindung.



3. Selamat Untuk Kulit Sensitif dan Ekzema

Ini yang paling utama. Disebabkan pencuci ini diperbuat dari bahan organik dan bebas bahan kimia berbahaya, jadi ianya menjadikan sabun pencuci yang selamat untuk bayi yang punyai kulit sensitif dan yang ada ekzema. Kita tahu la kan... Bayi yang ada ekzema ni kena berhati-hati dalam sebarang penggunaan sabun pencuci. Jadi, jangan risau pencuci pakaian Chomel ini selamat untuk digunakan  bagi bayi yang ada ekzema.

Pencuci pakaian Chomel ini memang bebas bau... Takde bau wangi sebab tu dikatakan ianya organik. Jika sabun biasa yang ada bau tu dah dicampur bahan kimia dah.. Tapi yang ni takde bau... Maknanya itu membuktikan pencuci ini memang betul-betul organik.

Walaupun begitu, ianya tetap mampu membuang kotoran seperti muntah bayi dan warna kekuningan najis bayi. Dan untuk pengetahuan semua, pencuci ni sesuai untuk seisi keluarga... Bahkan sangat sesuai untuk basuhan baju atau pakaian berwarna putih seperti pakaian sekolah, telekung dan sebagainya sebab ianya mampu membersihkan kotoran degil tanpa memudarkan warna putih yang asal. Sebab ada sesetengah pencuci tu kan, bila basuh warna putih nanti turun warna putih asal tu.. Jadi kusam.. Tapi pencuci Chomel ni tidak...

Cara Penggunaan


Untuk menggunakan pencuci ni boleh 2 Cara. Sama ada menggunakan basuhan mesin ataupun tangan. Boleh rujuk cara penggunaannya pada botol pencuci ini... Untuk basuh sikit, guna 1/2 penutup, basuhan sederhana 3/4 penutup dan basuhan banyak 1 penutup penuh. Bagi kotoran degil, sapu sikit sabun pada kotoran dan basuh macam biasa.



Produk Chomel Baby ni ada tiga jenis sebenarnya. selain Baby laundry Detergent ada juga Breast Pump & Bottle Cleanser, Chomel dan Toy and Surface Cleaner dan  Barangan Chomel memang selamat untuk kanak-kanak. Memng bagus, semua barangan bayi dibersihkan denagn pencuci khas. Baru anak-anak kita sihat dan bebas daripada penyakit. Produk Chomel telah lulus ujian dermatologi untuk kulit sensitif.

Kalau korang berminat, boleh hubungi:

Website:
https://www.chomelbaby.com

No Tel :016-7750 888

Facebook:
https://www.facebook.com/chomelbb/

Instagram:
https://www.instagram.com/chomel_baby_/

2 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^