GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

(Pekeliling) Cuti Bersalin Untuk Guru Mulai 1 Januari 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

(Pekeliling) Cuti Bersalin Untuk Guru Mulai 1 Januari 2018 | Rezeki tak diduga Allah nak bagi... Anak keempat... Mula memikirkan tempoh cuti bersalin yang hanya tinggal 40hari... Anak pertama MF 80hari, anak kedua dan ketiga 90hari... Jadi baki tinggal 40 hari..

Dalam kerisauan itu, mula berkira-kira dengan kerani sekolah... Macam mana dengan cuti bersalin MF ni... Lepas ikut pekeliling tahun 2010, MF kena ambil cuti tanpa gaji la sebab tempoh minimum cuti bersalin ialah 60 hari.. Hmm.. jadi berkira-kira 20 hari jugalah kena ambil cuti tanpa gaji tu.

Redha je la kan.. Tak lama lepas tu, dalam bajet 2018, PM umumkan cuti bersalin ditambah 60 hari... Ya Allah, syukurnya dengar berita tu... Tapi lepas bersalin tak boleh nak happy juga sebab bila tanya kerani tak tahu lagi status tu hingga keluar pekeliling bab cuti bersalin yang baru...

Alhamdulillah, sekali kak ipar whatsapp bagitau pekeliling baru dah keluar... Cuti bersalin boleh bersambung dan pekeliling yang sebelum ni terbatal...

Ya Allah... rezeki anak... dapat sambung cuti lagi... Alhamdulillah 3 bulan lah cuti bersalin... tak perlu ambil cuti tanpa gaji...

Jadi MF nak kongsikan sikit isi kandungan pekeliling yang baru ni... Untuk rujukan semua penjawat awam termasuk guru.

(Pekeliling) Cuti Bersalin Untuk Guru Mulai 1 Januari 2018

(Pekeliling) Cuti Bersalin Untuk Guru Mulai 1 Januari 2018

Kelayakan

5. Kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:
5.1 kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai;

5.2 tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari1 bagi setiap kelahiran; dan

5.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.

6. Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut:

6.1 Bagi pegawai selain guru:

i. menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan
ii. jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan
iii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.

1 Tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran.

6.2 Bagi guru:

a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
i. menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan
ii. jika tidak mencukupi, Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari digunakan; dan
iii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.

b. Semasa cuti penggal sekolah, guru hendaklah:
i. menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan
ii. bagi tempoh yang selebihnya dianggap dalam cuti bergaji penuh.

7. Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut:

7.1 Bagi pegawai selain guru:

i. menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin; dan
ii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.

7.2 Bagi guru:

a. Semasa penggal sekolah, guru hendaklah:
i. menggunakan Cuti Bersalin separuh gaji hingga 14 hari; dan
ii. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan.

b. Semasa cuti penggal sekolah, guru yang bersalin dianggap dalam cuti bergaji penuh.

8. Panduan pilihan kemudahan Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari adalah seperti di Lampiran A.

9. Cuti Bersalin separuh gaji dan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C Tahun 1974 dan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C Tahun 1974.

10. Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

11. Bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service), kelayakan mereka adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan 5, 6 dan 7 di atas. Walau bagaimanapun, mereka tidak layak mengambil Cuti Menjaga Anak bagi menggantikan kelayakan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 4, perkara 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 dan peraturan lain yang berkuat kuasa. Kemudahan Cuti Bersalin tanpa gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.

12. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

13. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

14. Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.

15. Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini.

16. Urusan pentadbiran kemudahan Cuti Bersalin adalah seperti berikut:

16.1 pegawai hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik Kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan ini;

16.2 bagi memudahkan urusan pentadbiran, pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan; dan

16.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

PANDUAN BAGI TEMPOH PERALIHAN

17. Bagi pegawai yang sedang dalam tempoh Cuti Bersalin seperti yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 hingga melepasi tarikh 1 Januari 2018, pegawai boleh menggunakan kadar tambahan baharu ini mulai 1 Januari 2018. Contoh kaedah pelaksanaan kemudahan Cuti Bersalin dalam tempoh peralihan ini adalah seperti di Lampiran C.

PEMBATALAN

18. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 adalah dibatalkan.

TARIKH KUAT KUASA

19. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Boleh Muat Turun Pekeliling Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam untuk rujukan penuh dan lengkap.


Alhamdulillah... Benar kata Allah... Setiap anak itu dah ditentukan rezekiNya... Allah beri rezeki anak keempat dalam waktu yang tak diduga... Seiring dengan itu juga Allah berikan rezeki lain juga... Alhamdulillah... Sememangnya, seronok sangat dengan berita ini.. Syukur ya Allah dengan kurniaan dan nikmat dari Mu ini..

Moga berita ini juga jadi berita gembira buat penjawat awam yang lain... Dan lagi best kalau cuti bersalin boleh pass kat orang lain.. Terutama yang masih ada baki cuti tapi dah tak bersalin lagi... Boleh pass kat cikgu muda yang boleh bersalin lagi nih.. Hehe... Berangan je la kan... Apa pun syukur dah dapat cuti ni pun... 4 orang anak kira dah ramai dah ni di zaman GST ni kan... Alhamdulillah... Syukur... Tak kaya harta tak pelah kaya anak pun dah cukup... Setiap orang kan rezeki lain-lain yang penting syukur... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ