GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Makan Gaji Atau Kerja Sendiri, Mana Yang Lebih Baik?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Makan Gaji Atau Kerja Sendiri, Mana Yang Lebih Baik? | Pernah terjadi perbalahan di Facebook... Orang yang kerjanya makan gaji, pergi jam 8 balik jam 5 petang...Diperlekehkan kerja tu dengan orang yang kerja sendiri terutama yang buat bisnes terutama geng MLM.

Geng MLM kata kerja diorang paling best dan bagus.. Duit banyak masuk dan tak penat kerja... Orang yang makan gaji akan terasa.

Tapi betul ke kerja depa paling bagus? Dalam Islam ada jawapannya.

Pekerjaan Paling Baik


عن سعيد بن عمير الأنصاري قال : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.” (HR. Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi

Makan Gaji Atau Kerja Sendiri, Mana Yang Lebih Baik?


Makan Gaji Atau Kerja Sendiri, Mana Yang Lebih Baik?

Pengajaran:

1.  Setiap kita wajib melakukan usaha dan ikhtiar bekerja mencari nafkah dan perbelanjaan kehidupan.

2.  Sumber nafkah hendaklah diperolehi daripada sumber yang halal dan diharuskan syarak.

3.  Pekerjaan yang paling baik ialah yang dilakukan dengan tangan sendiri juga perniagaan yang halal.

4.  Pekerjaan dengan tangan sendiri bermaksud pekerjaan yang dilakukan seseorang tanpa meminta-minta. Pekerjaan tersebut termasuk yang menggunakan tulang empat kerat seperti buruh, tukang, operator juga yang menggunakan kelayakan akademik seperti doktor, guru dan yang lain-lain.

5.  Perniagaan yang baik bermaksud perniagaan atau perusahaan yang bersih dari penipuan dan kecurangan. Baik kecurangan timbangan mahupun kecurangan dengan menyembunyikan cacatnya barang yang dijual.

Kesimpulan:

Makan gaji atau berniaga sama-sama baik... Keduanya pekerjaan yang baik kerana hasil usaha sendiri. Yang makan gaji untuk dapat gaji yang baik perlu kerja kan... Kalau tak kerja, tup2 dapat gaji, gaji tu tak berkat namanya.

Yang berniaga tak kira MLM atau berniaga biasa-biasa asalkan jujur dan patuh syariat ianya dikira pekerjaan yang paling baik...

Jadi, tak payah mengeji antara satu sama lain.. Kerja makan gaji atau sendiri, kerja kerajaan atau swasta sama sahaja... Bukan gaji yang kita kejar tapi kejarlah keberkatan dari kerja kita. Insha Allah lebih bahagia.

Tak perlu merendahkan kerja orang lain jika kita tak berada ditempatnya. Suri rumah walaupun tiada gaji, tapi ladang pahala hingga akhirat jika segala kerja rumah dan tanggungjawab suami dilaksanakan ikhlas. Yang bekerja, walaupun bergaji sedikit tapi ikhlas, insya Allah lebih berkat.

Justeru, syukur seadanya rezeki kurniaan Dia. Usaha sedayanya dengan ikhlas untuk mengejar keberkatan daripada Nya. Insha Allah bahagia selama nya.

1Ulasan

  1. Saya kerja makan gaji. Dalam masa yang sama saya juga buat part time (lepas waktu kerja). Ingat lagi 4-5 tahun, nak berhenti dan tumpu pada part time saja.. Hihi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ