GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jangan Kata Sebelum Hadap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan Kata Sebelum Hadap! 


SEBELUM memperolehi isteri cantik, manusia menyangkakan bahawa isteri cantik itulah BAHAGIA. SELEPAS memperolehi isteri cantik, hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.

SEBELUM bergelar jutawan, manusia menyangkakan bahawa memperolehi sejuta ringgit itulah BAHAGIA. SELEPAS bergelar jutawan, hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.

SEBELUM memandu kereta mewah, manusia menyangkakan berkereta mewah itulah BAHAGIA. SELEPAS memandu kereta mewah hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.

Dunia ini hanyalah fatamorgana. tak pernah selesai jika dikejar. Benarlah kata pujangga Dr Hamka “Dunia ini indahnya SEBELUM di tangan"...

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)


Sebelum kita hadap sesuatu jangan berani nak kata..

Macam MF dulu pernah juga la... Tak mengumpat.. Tapi bila tengok orang ada anak kecil-kecil... Dari jauh kata.. Rapatnya ada dia... Itu je... Sekali Allah bagi pula kat kami perkara yang pernah MF tegur orang tu...

Itulah.. Selagi kita tak hadapi jangan berani kata kat orang Macam2...

Dalam hidup ni kita banyak dok judge hidup orang lain.. Orang tak kahwin berani dah dok komplen hidup orang yang kahwin. Orang ada anak 1 dok kecam orang ada anak ramai... Sekali dia dah hadap baru tau... Bahkan kadangkala lebih teruk ALLAH beri..

Jadi, jangan  kata selagi tak hadap.. Cukuplah doakan yang baik-baik aje...

Sekian, 

0Ulasan