GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Khasiat Daun Kucai Kepada Bayi dan Kanak-kanak Yang Patut Ibu Bapa Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Khasiat Daun Kucai Kepada Bayi dan Kanak-kanak Yang Patut Ibu Bapa Tahu! | Daun kucai, bau daun yang sedikit hanyir tapi banyak khasiat nya untuk kesihatan dan perubatan petua lama.

Kucai bukan pokok yang mahal, rupanya pun macam pokok rumput je... Tapi kebenaran yang Allah anugerah kepada pokok ini untuk kegunaan dan khasiat untuk manusia.

Ini Khasiat Daun Kucai Kepada Bayi dan Kanak-kanak Yang Patut Ibu Bapa Tahu!

Ini Khasiat Daun Kucai Kepada Bayi dan Kanak-kanak Yang Patut Ibu Bapa Tahu!


1. Menambah Selera Makan

MF  sendiri pernah buat petua ni... Menambah selera makan anak dengan daun kucai... Caranya:

  1. Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
  2. Rendam dengan air suam, separuh baldi.
  3. Mandikan anak dengan air daun kucai setiap hari selama 3 hari berturut-turut.
  4. Jadikan mandian daun kucai tu bilasan yang terakhir. Jangan bilas dah lepas mandi dengan air daun kucai tu... Sambil jirus tu baca al-Fatihah dan 3 kali selawat sambil niatkan hajat kita nak anak kita selera makan dan sihat. Insha Allah dengan izin Allah, anak akan berselera makan.


2. Merawat Demam Kuning/Jaundis 

Anak demam kuning, pastikan beli daun kucai sebagai rawatan paling awal untuk redakan atau cegah demam kuning.

Zaman sekarang, memang payah nak kata anak takde demam kuning.. Kecuali kalau mak jaga makan betul-betul masa mengandung.

Cara rawat bayi kuning dengan daun kucai, sama juga kaedah macam petua tambah selera makan anak di point no.1 di atas. Hanya ramas, dan mandikan dan jadikan sebagai bilasan terakhir. Kalau MF sendiri bukan bilas, tapi memang mandikan terus dengan air daun kucai tu selama seminggu berturut ataupun sehingga betul-betul disahkan anak bebas jaundis oleh doktor.

Bolehlah cuba ye... Senang dan mudah nak dapat daun kucai ni...

Daun kucai juga punya khasiat lain kepada orang dewasa... Antaranya

Khasiat daun kucai

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai juga bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.

Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Antara khasiat lain, kucai berkhasiat untuk:

1. Menurunkan berat badan

Kucai bermanfaat untuk menurunkan berat badan, makanan ini banyak digunakan bagi mereka yang diet. Kucai sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral. Yang baik untuk kesihatan tubuh.

2. Menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

Kucai mengandungi allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang. Allicin dapat mengurangkan tekanan darah dan menurunkan kolestrol dalam tubuh. Selain itu, ia juga bermanfaat untuk membersihkan usus dari kekotoran

3. Mencegah sembelit

Kucai kaya akan serat makanan yang dapat membantu melancarkan pencernaan. Fiber yang terdapat dalam kucai mampu menghilangkan sembelit.

4. Mencegah kanser

Flavonoid dan sulfur yang terdapat dalam kucai dapat mencegah beberapa jenis kanser. Seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser  perut. Kucai dapat melawan radikan bebas dan mencegah perkembangan kanser.

5. Mengatasi masalah kulit

Kucai memiliki sifat anti bakteria dan anti fungus yang sangat baik untuk mengatasi infeksi kulit. Gunakan kucai sewaktu memakai lotion, scrab dan luka. Kucai juga dapat membunuh bakteria dan fungus ketika kulit mengalami masalah.

6. Membantu mencegah jerawat

Beta karoten yang terdapat dalam daun bawang bermanfaat untuk membersihkan kulit, sehingga kulit bebas jerawat.Kucai dapat mencerahkan kulit.

7. Mencegah rambut rosak

Daun kucai dapat memperkuat folikel rambut dan meningkatkan aliran darah dari kulit kepala ke akar. Kucai digunakan dalam beberapa produk perawatan rambut, kerana terkenal untuk menghentikan rambut gugur.

Jadi, tak perlu nak bersusah payah dengan produk moden jika kucai yang tak berharga tu punya banyak manfaatnya. Ciptaan Allah tak pernah sia-sia kan..

Semoga bermanfaat...

1Ulasan

  1. Thanks for sharing! Kalau sudi,jom join segment Hana :D

    http://pululudreams.blogspot.my/2017/12/segment-friendly-by-hana.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ