Sunday, 10 December 2017

Cerpen Cinta | Kerana Handsock Aku Relakan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cerpen Cinta | Kerana Handsock Aku Relakan


Cerpen Cinta | Kerana Handsock Aku Relakan

Maya seorang gadis biasa... Gadis kampung berhijrah ke bandar kerana menuntut ilmu... Habis belajar dan menggenggam segulung ijazah sarjana muda, Maya berkahwin dengan seorang jejaka biasa bekerja kerajaan tapi hanya berpangkat biasa...

Walaupun mereka tidak sekufu dari segi pendidikan...Tapi mereka mampu hidup rukun dan damai atas dasar agama...
Mana tidaknya, Maya berpelajaran tinggi..Bahkan bakal seorang pendidik tapi suaminya Haizam hanya lelaki biasa... Bahkan belajar setakat sijil SPM sahaja... Belajar pun sampai tingkatan 3.. Ambil SPM ketika dah bekerja... Namun, itulah jodoh ketentuan Dia...

Walaupun Haizam tak berpelajaran tinggi, tapi dia suka mendalami ilmu agama terutama selepas berkahwin.. Dia ambil tahu selok belok agama dan hukum hakam serta tanggungjawab dia sebagai suami...

Suatu hari, isterinya kelam kabut nak pergi kerja... Tiba-tiba semasa Maya memandu, telefon berbunyi... Apabila sampai di tempat kerja barulah dilihat, rupanya suaminya yang telefon... Maya telefon semulan.. Rupanya, suaminya telefon nak bagitau dia dalam perjalanan nak hantar Handsock Maya tertinggal di atas meja makan...

Allah.. kerana Handsock saja??? Mulanya Maya menolak... Tapi suaminya berkeras juga nak hantar Handsock tu ke tempat kerja... Maya mengalah...

Bila sampai je... Memang suami dia hantar Handsock.. semata-mata kerana Handsock dia sanggup berkejar begitu... Mata Maya berkaca... namun ditahan  b air mata itu daripada tumpah ke pipi... Dia rasa sungguh terharu dan dalam masa yang sama rasa sungguh bertuah dikurniakan suami sesempurna Haizam... walaupun belajar tak tinggi mana tapi bab hukum dan agama cukup tinggi. Dalam masa yang sama memanjatkan rasa syukur atas anugerah Allah...

Kerana Handsock... Suaminya berkata... Aurat Isteri tanggungjawab suami... Dia tak nak aurat isterinya dilihat oleh orang lain... Dia takut baju yang dipakai isterinya terselak hingga menampakkan lengan... Kerana itu dia sanggup hantar walaupun hanya sepasang Handsock...

###########################

Tips Cari Calon Suami/Isteri

Indahnya kisah dan cerpen ni... Bercinta, berkahwin atas dasar agama... Walaupun suaminya takde apa-apa tapi ikhlas isterinya menerima suaminya... Kerana itu juga, suaminya rela berkorban demi tanggungjawab dia sebagai suami...

Itulah.. bab nikah kahwin ni... Jangan fikir sangat cintan cintun sebelum nikah.. sebab lepas nikah itu lebih indah.... Nak cari suami jangan pandang harta, rupa dan pelajaran semata-mata....tapi ilmu agama itu yang lebih utama untuk menjadi imam dalam rumahtangga...

Jangan sibuk nak cari suami yang sama taraf tapi carilah suami yang boleh menjadi imam dan membimbing keluarga ke syurga Allah... 

No comments:

Post a Comment

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^